BAB 9

Drama Completed 2648

Maznina sudah mahu bergiat aktif semula. Pelajarannya mula terserlah. Aku bangga kerana dapat menolong Maznina. Aku gembira kerana gadisku telah berubah. Maznina sudah pandai bergaul semula. Aku sedar Maznina sangat rapat dan menyayangi seorang jejaka yang tampan. Maznina sering bercerita kepadaku perihal jejaka idamannya, Menurut Maznina, dia tidak berani bersuara menyatakan perasaannya kepada jejaka tersebut. Adab seorang muslimah tidak membenarkan berbuat demikian.

Maznina meminta aku abangnya, menolong menanyakan untuk kepastian hubungan mereka kepada jejaka idamannya. Sebagai abang angkat yang sangat menyayanginya, melebihi kasih sayang adik abang, cemburuku tetap ada. Kalau boleh, aku sendiri ingin memilikinya sebagai suri hidupku. Gerak geri Maznina segalanya menjadi penghitunganku kini. Aku sering membayangkan Maznina disampingku. Alangkah bahagianya hidupku sekiranya impianku menjadi kenyataan.

Tetapi kini, ya kini. Apakah aku mesti pergi ke rumah Maznina lagi esok. Jika aku tidak pergi, pasti Maznina kecewa. Mungkin Maznina akan kembali seperti dulu. Berpisah dirinya dengan dunia nyata. Aku tidak mahu gadisku seperti itu. Aku tidaak mahu orang sekeliling mengata-ngata Maznina, yang tidak elok. Aku tidak mahu gadisku disakiti hati dan peraasaannya lagi. Aku mahu Maznina yang sekarang. Seorang gadis yang ceria, menampakkan lagi keayuannya. Biarlah aku korbankan perasaanku untuk kebahagiaan Maznina adikku.

Adikku…, kau tidak mengerti perasaan abangmu ini rupanya. Kemesraanmu telah aku salah mengertikan. Aku akan kehilanganmu adik. Adakah aku salah mencintaimu adik. Esok ya… esok kau bukan lagi milikku. Kau akan dikongsi antara aku, ayahmu Encik Murad dan jejaka itu.

Yang lebih penting, kau akan dimiliki oleh jejaka itu. Ya… dia berhak memilikimu. Aku tahu adik, kau sangat menyayangi jajaka itu dari cerita-ceritamu kepadaku. Aku mengajar dan menasihatimu yang sewajarnya sebagai seorang abang. Aku tahu, aku silap di sini. Kenapa aku tidak begitu berani menyatakan perasaanku yang sebenar padamu dik? Kenapa? Ya… Kenapa? Sudahlah dik, rupanya kau menganggap kemesraan kita hanya sekadar kemesraan adik dan abang. Aku yang silap menilai kemesraanmu itu. Aku tahu hatiku kecewa demi hari kebahagiaanmu esok. Namun aku bahagia dik. Benar-benar bahagia.

Maafkan abang adik. Aku masih tidak mengerti hatimu. Rupanya kau benar-benar kesal dengan perbuatanmu dulu. Kau benar-benar terasa kehilangan seorang abang yang sangat-sangat kau sayangi. Maka diriku kau jadikan ganti. Begitukah sebenarnya adik? Kalau benar begitu, maaf adik, maafkan abang. Abang berjanji akan sentiasa merestui kebahagiaanmu bersama jejaka pilihanmu itu.

Namun adik, pesan abangmu ini, janganlah kau lukakan hati jejaka itu seperti kau melukakan hatiku. Kau tidak bersalah adik tetapi abang yang silap penghitungan menilai sikapmu. Abangmu ini tidak mahu adik rasa bersalah. Percayalah adik, abang rela kau pergi. Jangan lupa pesan abangmu ya. Jadilah suri yang baik dan solehah ya adik. Berjanji ya…

Pinta abang lagi, doakan abang juga mendapat jodoh segera ya. Nanti kita boleh saling berkunjung. Kita akan tetap seperti dulu. Punya kemesraan dan sayang menyayangi seperti semalam. Semoga kita tidak berpisah lagi adik. Adik… pesan abang lagi, jika kau tidak bahagia, kembalilah pada abangmu ini dik. Abang sedia menanti kedatanganmu sejak dulu lagi. Apakah daya dik, suratan takdir menentukan segalanya. Percayalah adik, abang berjanji akan tetap melindungimu sehingga akhir hayat abang. Abang akan tetap menyayangimu sampai bila-bila. Tidak salahkan adikku sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience