BAB 8

Drama Completed 2648

Maznina begitu kesal kerana selama ini dialah yang mendesak abangnya mengikut segala kehendaknya. Sejak hari itu Maznina selalu menung dan mengulangi ke tempat kejadian. Maznina amat takut mendengar deruman motosikal semenjak kejadian itu. Begitulah ceritanya Lokman. Pakcik telah lama memujuk dan menasihati supaya Maznina jangan mengingati kisah lama itu. Maznina hanya diam, kadang-kadang dia menangis. Maznina masih menyalahkan dirinya atas kejadian tersebut,

Walaupun begitu Maznina masih tetap melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita seperti biasa. Sebelum abangnya meninggal Maznina tidak suka melakukan semua itu. Menurutnya leceh dan rumit hendak membuatnya. Abangnya selalu menyuruhnya membuat kerja-kerja rumah itu. Maznina hanya menarik muka. Sejak itu tidak lagi Aider menyuruhnya. Aider tahu yang Maznina tidak suka ditergur”

Aku terharu mendengar cerita itu. Kini aku faham kenapa Maznina takut denganku. Tiba-tiba aku terpandang sebuah potret yang iras-iras rupaku. Itukah Aider ? Aku mengerti kini, kenapa Maznina masih sudi diajak menumpang motosikalku tempoh hari. Rupanya dia begitu sayang dengan abangnya. Sampaikan dia sangka aku abangnya Aider.

Sejak pertemuan aku dengan Encik Murad ayah Maznina tempoh hari, aku sering berkunjung ke rumah Maznina. Aku merasa kasihan dengan Encik Murad dan berjanji padanya, untuk membantu memulihkan ingatan Maznina dan menerima realiti keadaan sebenar. Aku cuba berbual dan berlagak seperti Aider. Aku tahu tindakanku salah tetapi itulah satu-satunya cara supaya Maznina dapat menerima kenyataan. Encik Murad telah menganggapku seperti anaknya. Encik Murad tahu aku lakukan semua ini kerana Maznina.

Maznina sudah mahu berjumpa dan berbual dengaanku. Hubungan kami menjadi rapat. Kegiatanku bersama geng ‘GAGAK ” ditinggalkan. Sikap dan kemesraan Maznina, membuatkan aku berubah terus dari amalan dan kelakuanku selama ini. Aku tidak mahu lagi melukakan hatinya. Maznina menganggap aku seperti abangnya.

Aider begitu baik bagi Maznina, jadi kenapa aku tidak mencontohinhya. Maznina begitu mesra denganku. Segala masalah termasuk yang peribadi diceritakan padaku. Maznina tidak murung lagi. Kini wajahnya bersiri-siri. Mukanya sentiasa dihiasi senyum. Suaranya lembut dan lunak merdu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience