Prolog Act 2:Terpisah

Fantasy Completed 2566

Kicauan burung pagi sangat indah,embun pagi menitis dari daun hijau segar yang membawa haruman kesegaran yang menyamankan.Matahari terbit menyinari bumi biru dan membangunkan setiap penduduk seluruh pelosok dunia yang disinarinya.

Dikediaman mewah kedengaran suara derapan kaki yang berlari pantas menuju kesatu arah.

"Tuan!Tuan! bangun,kenapa tuan tidur disini? "teriak suara Hadi membangunkan Ethan dari mimpi lena. Ethan mencelikkan matanya dan melihat wajah risau pembantunya itu.

"A..apa yang terjadi Hadi." Soal Ethan memegang belakang kepalanya yang berdenyut kesakitan akibat tergelincir dari tangga malam tadi.

"Tuan lupakah?" Soal Hadi kehairanan sambil memandang wajah tuannya yang kebingungan.

"Lupa.. lupa pasal apa pula?"wajah Ethan berubah kebingungan, memangnya apa yang dia buat malam tadi.

"Tuan keluar dengan teman tuan malam tadi dan balik lewat sangat." jelas Hadi menjelaskan keadaan.

Wajah Ethan bertambah kerut mendengar penjelasan Hadi, sedangkan dia jatuh pengsan akibat tergelincir, mana dapat dia keluar berjalan masa itu.

"Tuan, tuan tidak mengapakah?"tanya Hadi yang risau dengan perilaku bingung tuannya itu.

"Saya tidak mengapa, tidak perlu risaulah. "jelas Ethan bangun perlahan-lahan "Hadi awak teruskanlah kerja awak, tidak perlu risaukan saya, saya nak berehat dibilik." tambah Ethan mula melangkah menaiki tangga.

Hadi berasa pelik dengan perangai tuannya itu, mungkin ada sesuatu yang telah terjadi, namun Hadi membuang fikiran yang bukan-bukan itu jauh lalu melangkah meneruskan kerja-kerjanya.

Sesampai dibilik tidurnya, Ethan merebahkan diri dikatil sambil memikirkan apa yang diberitahu Hadi padanya.

"Aish! mustahil aku keluar malam tadi, memang mustahil."guman Ethan sendiri, kepalanya masih berdenyut sakit.

Ethan memejamkan mata dan fikirannya menerawang masa-masa lampau yang dilaluinya sebelum mendapat apa yang ada sekarang. Kejadian limabelas tahun dahulu saat sebuah tragedi yang meragut orang tuanya dan meninggalkan dia sebatang kara.

"Han cukuplah menangis tu, pakcik tau Han sedih tapi sekarangkan ada pakcik dan makcik yang akan jaga Han."kata pakciknya yang merupakan adik kepada ayahnya.

"Taknak! Han nak abah dan mak, Han nak bersama mereka."bentak Ethan sambil ditenggelami suara tangisannya sendiri.

"Han, tidak boleh begini nanti abah dan mak Han sedih mendengarnya, kat rumah makcik nanti Han boleh bermain dengan lysa."pujuk makcik pula sambil mengusap rambut Han dengan lembut.

Allysa anak pakcik dan makciknya yang juga merupakan sahabat baik Ethan walaupun mereka berbeda umur dua tahun. Allysa sangat baik dengan Ethan.

Selepas kepergian orangtuanya Ethan tinggal dengan keluarga pakciknya mereka sangat baik dengan Ethan. Ethan terbangun dari lenanya selepas mendengar deringan telepon bimbitnya.Di layar skrin tentera nombor orang yang sangat dirindui Ethan namun belum sempat di menjawab panggilan tiba-tiba mata dia menangkap sesuatu yang aneh.

Disebelah telepon bimbitnya tergeletak buku yang tidak bertajuk, Ethan mengapai buku tersebut namun semua halaman kosong dan saat Ethan kembali menyelak halaman pertama sebuah ayat terbentuk sendiri dengan tinta merah.

TIADA ORANG YANG LAYAK UNTUK MU DAN HANYA AKU YANG LAYAK UNTUK MU MEREKA HARUS MATI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience