Prolog Act 3: Kepergian

Fantasy Completed 2560

Bagai disambar kilat, sebuah kejutan yang membuat jantung berdegup pantas. Meremang bulu roma, terasa darah mengalir deras diperbuluh nadi. Wajah bertukar pucat kelat.

"Siapakah yang mengirim buku nie?" Fikir Ethan menyelak halaman lain, namun hanya halaman pertama saja yang diisi tulisan.

Fikirannya menerawang jauh memikirkan apa yang tercatat di buku tersebut. Apakah ianya ada hubungan dengan kemalangan orangtuanya dan juga pakcik serta makciknya. Adakah pengirim buku itu yang merampas segala yang dia sayang.

Ethan bingkas bangun dan terus kekamar mandi terasa muar perutnya selepas membaca buku tersebut. Pening kepalanya memikirkan perkataan itu. Selesai membersihkan diri, dia mengapai telepon bimbitnya dan melihat banyak panggilan terlepas.

"Dia pasti mengamuk nanti," kata Ethan mengeluh dan bergegas turun kebawah.

Hadi yang kebetulan berada di tempat meletak kereta menyapa Ethan yang bergegas"Tuan, tuan hendak kemana bergegas nie" soal Hadi.

"Saya kena jemput Lysa nanti dia mengamuk pula," balas Ethan sambil tersengih. Dia masuk kedalam kereta dan menghidupkan enjin dan keluar dari tempat meletak kereta.

"Hati-hati dijalan tuan,"kata Hadi kepada Ethan sambil melambai tuannya, Ethan membalas dengan anggukkan.

Dalam perjalanan menjemput Allysa, Ethan terkenang kecelakaan yang menimpa keluarga Allysa tigabelas tahun dulu. Saat itu mereka pulang bercuti dan Ethan bakal memulakan alam sekolah menengahnya.

Dalam perjalanan mereka Allysa asyik bergurau senda dengan abahnya sambil diperhatikan oleh Ethan, dia sangat pendiam selepas kepergian keluarganya dan itu menyebabkan kerisauan buat pakcik dan makciknya.

"Han, bagaimana percutian kali ini, awak suka tak," Soal makciknya memecahkan lamunan Ethan.

Ethan memandang wajah makciknya dan mengangguk perlahan. Allysa memandang Han dengan wajah benci namun tidak disedari oleh mereka.

"Han tidak lama lagi bakal masuk sekolah menengah, nanti Han boleh berkawan dengan ramai orang," Tambah makciknya lagi.

"Mak siapalah nak berkawan dengan orang pendiam dan mengasingkan diri," Sampuk Allysa dengan wajah selambernya.

"Ish Lysa nie, awak sepatutnya jaga Han nanti, ajarlah dia berkawan,"Kata maknya pula kepada Allysa.

"Yalah tu," singkat saja Allysa membalas dan mencebik mulut kearah Ethan.

Mereka berdiam sepanjang perjalanan Allysa dan Ethan tertidur dibangku bangku, namun tiba-tiba kenderaan yang dipandu pakciknya terasa bergoncang kuat dan saat Ethan bangun dia sudah dipapah naik ke ambulan.

Dalam sekelip mata saja kejadian serupa dengan kedua orangtuannya terjadi lagi, Ethan menangis sekuat-kuatnya namun dia kamudian tenang melihat Allysa dipapah dan masih selamat.

Tidak terasa Ethan sudah sampai dilapangan terbang dan kelihatan sesosok gadia jelita sedang menanti sambil mulutnya mancung kemarahan. Ethan pula bersiap menerima peluru amarah Allysa.

"Kenapa lewat nie hah! awak tahu tak berapa lama aku tunggu!" jerkah Allysa saat Ethan keluar dari kereta.

"Maaflah, aku lewat tidur malam tadi banyak kerja," balas Ethan ringkas dan mengambil bagasi Allysa untuk dimasuk ke tempat belakang.

"Kerja! hm ada-ada jer awal nie, kau ingat aku tak tahu yang awak keluar malam tadi dan balik mabuk pagi hari," Kata Allysa sambil membuka pintu sebelah pemandu.

Langkah Ethan terhenti, dia berfikir soal itu juga kerana pagi tadi Hadi juga memberitahunya, ini pasti Hadi yang memberitahu Allysa detik hati kecilnya.

Ethan tidak membalas perkataan Allysa, dia terua memandu dan tidak banyak bercakap. Disebelahnya Allysa terlelap lena dia tahu yang gadia itu letih kerana perjalanan jauh dan membiarkannya terlelap.

Saat melalui lereng bukit menuju ke kediamannya, Ethan yang memandu dengan kelajuan tinggi tiba-tiba melihat seseorang perempuan yang melintas jalan namun tidak sempat nenekan pedal breknya lalu terlanggar perempuan tersebut.

Akibat brek mengejut kereta Ethan melanggar penghalang jalan, Allysa yang tertidur bangun dan wajahnya menjadi pucat begitu juga dengan Ethan.

"Awak nie kenapa hah! awak nak bunuh kita berdua ke"jerkah Allysa, namun Ethan tidak mempedulikan Allysa dia keluar dari kereta dan melihat kehadapan keretanya ada kemik sedikit namun tiada orang disitu.

"Siapakah itu tadi, aku rasa aku ada terlanggar orang"guman Ethan dalam hati.

Allysa pula tidak berani lagi memejamkan mata dia memarahi Ethan sepanjang perjalanan dan saat sampai dirumah. Ethan hanya memekakkan telinga saja.

Ethan mencari Hadi untuk bertanya sesuatu namun dia tidak melihat pembantunya itu mungkin dia keluar membeli sesuatu fikir Ethan.Ethan melangkah menuju kamarnya.

Sampai dikamar mata Ethan tertangkap dengan buku yang tidak bertajuk lalu mengapainya dan menyelak halaman dan kali ini halaman kedua tercalit sebuah ayat berkata...

SAAT KAU MELIHAT AKU, DAN SAAT ITU JUGA AKU MULAI MENGHAMPIRI MU NAMUN SAAT ITULAH WAKTU MU PERGI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience