Prolog Act 4: Menghadapi Kenyataan

Fantasy Completed 2566

Seluruh isi rumah terkejut dengan derakan tapak kaki yang berlari pantas, semua kepala menoleh memandang sosok lelaki tegap yang melintas pantas melepasi mereka. Wajahnya kelihatan pucat dan langkahnya dipercepat.

"Han!awak nie dah kenapa hah, aku letih nak berehat" jerkah Allysa memberhentikan langkah Ethan.

"Kalau awak nak rehatlah, tidak perlu kau jerkah aku macam tu sekali!" balas Ethan berlalu sambil menghempaskan pintu depan.

Allysa terpana kerana selama ini lelaki itu tidak pernah membalas balik jerkahannya, lelaki yang selama ini berdiam diri, tiba-tiba menjadi seorang yang tidak dia kenali.Allysa membuka langkah mengejar Ethan.

"Han Awak nie dah kenapa hah, kenapa awak berang tiba-tiba"soal gadia itu memperlahankan nada percakapannya.

Satu patah perkataan pun Ethan tidak menyahut dia membuka pintu keretanya dan melemparkan buku tidak bertajuk tadi kedalam dan cuba masuk kedalam kereta, namun dihalang Allysa.

"Han! jawab dulu pertanyaan aku?" soal Allysa yang masih jengkel dengan perilaku Ethan yang tiba-tiba.

Ethan tidak menyahutnya, malah Ethan memaut bahu gadia itu lalu menolaknya ketepi dan lantas masuk kedalam kereta. Ethan memandu keluar dari perkarangan rumah dan memecut laju dari situ.

"Apa yang terjadi sebenarnya, kenapa aku kau incar dan kenapa kau datang tidak diundang hah, siapakah kau"teriak Ethan tanpa sedar.

Satu-persatu wajah orang yang dia sayang melintas difikirannya ibunya, abahnya,pakciknya dan makciknya kamudian disusuri dengan deretan tragedi ngeri lalu akhirnya wajah Allysa muncul dibenaknya dan peristiwa petang tadi yang hampir saja menjadi tragedi meninggalkan pertanyaan buat Ethan.

"Apa harus aku buat nanti, aku takut Allysa meninggalkan aku juga." fikir Ethan sendiri "dia juga orang yang aku sayangi dan hanya dia yang aku miliki didunia ini" kata Ethan dalam hati.

Tanpa Ethan sedari sebuah truk panjang sedang bergerak dengan tidak tentu arah, Ethan yang masih menerawang tidak menyedari kedatangan Truk tersebut pun bertembung dengan truk itu.

Pertembungan yang kuat menyebabkan kereta yang dinaiki Ethan terbabas dan melanggar pembatas jalan lalu jatuh kebawah gaung.

Dirumah Allysa menanti kepulangan Ethan, dia merasa tidak nyaman dengan kepergian Ethan tadi terasa ada sesuatu yang aneh. Tiba-tiba Hadi bergegas masuk dengan tergesa-gesa meluru kearah Allysa.

"Cik Allysa ada sesuatu yang terjadi"katanya sambil termengah-mengah.

"Tarik nafas dululah, saya tidak faham dengan percakapan awak"balas Allysa memandang Hadi yang termengah-mengah.

Selesai menarik nafas baru Hadi meneruskan percakapannya "Tuan Ethan, dia kemalangan di gaung menuju bandaraya"jelas Hadi menerangkan keadaan Ethan.

Bagaikan diruntun hati Allysa mendengar khabar itu, orang yang sangat dia sayang dan rindu selama ini telah melalui tragedi ketiganya, Allysa terjelepok kelantai dan airmata gadis laju menuruni pipi putihnya.

Ditempat kejadian pihak berkuasa cuba menarik kereta yang dinaiki oleh Ethan keatas dan dijalan raya sehelai kertas dengan calitan perkata sedang melayang tinggi

ANDAI DAPAT KU ULANGI MASA KAU LAH YANG PERTAMA NAMUN AKU TIDAK SANGGUP SEBAB BILA WAKTUNYA TIBA KAU JUGA AKAN KU JEMPUT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience