Hembusan bayu yang membawa haruman semerbak angin segar menyapa wajah nan suci. Langit yang cerah menyinari bumi ini, di kejauhan seorang anak gadis sedang termenung jauh dan memperhatikan perilaku penduduk bumi waktu siang.
Allysa mengeluh dan hatinya bagaikan hendak luluh mengenang semua peristiwa yang terjadi di sekitarnya, selepas kehilangan keluarga tersayang dan kini dia kehilangan orang tersayang.
"Kenapa nasibku begini, tiada satupun yang kekal disisiku." bicaranya dalam hati.
Allysa merenung matahari yang bakal tenggelam dan senja akan tiba. Di satu tempat seorang pria masih terkaku berdiri merenung orang dihadapannya.
"Alam, apa yang awak buat! duduklah mereka sudah lama menunggumu"celah Timmer membangunkan Ethan yang masih terkejut.
Ethan melangkah dan duduk berhadapan dengan semua orang, Eralder tersenyum menyambut kedatangan orang yang dinantikannya.
"Nampaknya, tidak sia-sia kita menanti selama ini"katanya sambil melabuhkan punggung"kali ini kita pasti mampu melawan balik"jelas Eralder sambil disambut tepukkan gemuruh dan senyuman mesra dilempar kepada Ethan yang masih tertanya-tanya.
"Maaf jikalau saya ingin bertanya, apakah maksud semua ini?"Soal Ethan yang masih tidak faham.
"Awak bukanlah orang biasa, sejak awak lahir dunia ini sudah tersambung dengan takdir awak"ucap Eralder tenang namun perjelasannya belum memuaskan hati Ethan.
"Takdir saya tersambung disini, kenapa?"Soalnya lagi.
"Awak adalah Alam yang menentukan nasib kami tetapi Misteri muncul dan cuba merampas semua takdir awak sampai semua orang yang awak sayang meninggalkan awak"kali ini perjelasan Eralder menyentap jantung Ethan dia memandang Timmer disisinya.
SEBUAH KEBAHAGIAAN ADALAH PENYEKSAAN BUATKU NAMUN SEBUAH PENDERITAAN MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN YANG TIDAK TERHINGGA BUATKU
Share this novel