Proloq Act 7: Perkaitan Tidak Terungkai

Fantasy Completed 2560

Pagi hening dan cahaya matahari perlahan-lahan menyinari kamar tidur yang suram, si gadis perlahan mencelikkan matanya dan bangun lalu mengeliatkan badannya, dia mencapai tuala lalu membersihkan diri.

"Hadi bagaimana dengan Cik Lysa?" Soal Puan Sally pembantu di kediaman mewah itu.

"Entahlah mak cik, aku pun puas pujuk dia untuk keluar namun tidak diendahkannya," jawab Hadi dengan wajah murung.

Kedengaran langkah kaki menuruni anak tangga, Hadi berpaling dan melihat Allysa turun dari atas, dia sudah berkemas seperti kebiasaannya, Allysa melangkah menuju kearah mereka.

"Apa khabar makcik?" Sapa Allysa lembut dan dia juga melemparkan senyuman manis kepada Hadi.

"Saya baik cik, cik nak pergi mana?" Soal Puan Sally sambil melemparkan seulas senyuman kepada Allysa.

"Saya cuma nak tenangkan fikiran dan cari udara segar, terperuk kat kamar buat saya bosan"balas Allysa wajahnya kelihatan suram.
Selepas berbicara dengan Hadi dan Puan Sally, Allysa melangkah menuju ketempat letak kereta dan memandu menuju ketempat yang dia fikirkan untuk menyegarkan mindanya yang beserabut.

Sementara itu disatu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun Ethan dan Timmer melangkah menaiki anak tangga yang banyak dan tinggi.

"Timmer, masih jauh lagikah?"soal Ethan yang semakin lelah, terasa kakinya bagai nak tercabut sahaja.

"Rasanya hampir sampai hihihi"jawab Timmer ringkas sambil ketawa berdecit.

Ethan hanya berdiam saja, sepanjang perjalanan itu hampir ratusan anak tangga yang didaki namun Timmer langsung tidak menunjukkan rasa letih, malah dia asyik menunjukkan senyuman menyeringainya.

Sampai di puncak yang tertinggi, terasa kesejukkan yang menyengat sum-sum tulang membuat Ethan bergetar, Timmer melangkah dan mengetuk sesuatu dengan bunyi irama yang tertentu dan dihadapan mereka muncullah pintu gerbang besar.

"Masuklah, Eralder menunggu kau Alam"Kata Timmer dengan senyuman lebar.

Didalam ruangan besar itu terdapat sebuah meja lebar dan banyak orang menggunakkan jubah menanti kedatangan Ethan. Lelaki yang berada dihujung meja bangun dan bersuara...

"Selamat kembali Alam, sudah lama kami menunggu kedatangan kamu." Kata lelaki yan mungkin Eralder ketua disitu.

MISTERI TERCIPTA UNTUK DIRUNGKAI TAPI SIAPAKAH YANG MENCIPTA MISTERI KERANA ITU KAU DAN AKU SALING MEMERLUKAN

please rate and comment......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience