Bab 5

Family Series 1711

"Alisa,ni rumah baru kamu." Kata Alisa Amira dengan ceria.

Alisa Amira meletakkan Amanda Raisa yang berada di pangkuannya itu ke bawah.

Meskipun baru sahaja berumur 2 tahun,tetapi Amanda Raisa sudah pandai berjalan dan bertutur walaupun setiap perkataan yang keluar tidaklah betul sangat.Budak-budak lah nak dikatakan.

Amanda Raisa tersenyum riang melihat rumah yang besar itu! Dia sungguh gembira kerana akhirnya dia telah pun mempunyai keluarga yang tersendiri.

Amanda Raisa berlari ke hulu ke hilir,tidak puas berlari kerana keluasan rumah tamu yang besar itu sudah menjadi seperti padang bola pada pandangan budak kecil itu.

Semasa berlari,dia terlanggar dengan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an.Amanda Raisa jatuh terduduk.Dia memandang wajah wanita itu.

"Ish!Budak ni!Dah terlanggar tu,tak pandai nak minta maaf ke?Pukul nanti baru tahu!" Tangan kanan Datin Maria dinaikkan.

Dato'Amran yang terdengar kekecohan di luar bilik tidurnya itu segera mencegah perlakuan isterinya itu.

"Maria!Budax kecil ni pun awak nak marah ke?" Dato' Amran meninggikan suaranya lalu menepis tangan isterinya itu.

Datin Maria berlalu pergi dengan keadaan bengis.

Amanda Raisa mula menangis kerana takut akan Datin Maria yang ingin memukulnya tadi.

Dato' Amran mendukung Amanda Raisa.

"Dah,tak nak nangis lagi.Nanti tak cantik dah." Kata Dato' Amran sambil mengesat air mata Amanda Raisa.

Amanda Raisa berhenti menangis lalu memandang ke arah Dato' Amran,lama.

Dato' Amran mula ketawa.

"Lah,kamu hairan ke sekarang ni?Nama atok,Amran.Kamu boleh panggil atok,Tok Ki.Nama kamu siapa?"

"Aisa." Jawabnya perlahan.

"Wow!Kamu dah boleh berkata-kata lah." Dato' Arman ketawa lagi.

"Aisa,Aisa! Mana kamu ni?" Alisa Amira tercari-cari.

"Ni ke anak yang kamu katakan itu?" Tanya Dato' Amran.

Alisa Amira mengangguk.

"Comel Aisa ni.Tapi,kenapa muka dia nampak betul-betul seiras Amirul?Seiras kamu pun ada.Macam anak kandung!"Kata Dato' Amran mengejut.

Alisa Amira terkelu.

"Tak adalah,Daddy gurau je."Sambung Dato' Amran.

"Mama,kung!" Kata Amanda Raisa.

Alisa Amira segera mengambil Amanda Raisa dari pangkuan Dato' Amran.

"Daddy,Lis naik atas dulu."Alisa Amira meminta izin untuk beredar.

Alisa Amira menaiki tangga lalu menuju ke bilik abangnya,Amirul Iskandar.

"Aisa,ni bilik kamu.Ta-da!"

"Tak nak!" Amanda Raisa mencebik.

"Kenapa pula tak nak?Bilik ni cantik lah." Pujuk Alisa Amira.

"Tak nak!Bilik ni tak tantek!Nak bilik Pink!" Amanda Raisa mencebik lagi.

"Ish,budak ni!Cam arwah Papa dia dulu-dulu.Memilih!" Alisa Amira ketawa lalu menyambung kata-katanya lagi, "Okay,nanti Mama belikan cadar Pink,cat dinding warna Pink,almari tu,nanti mama belikan cat kayu warna putih.Kita ubahsuai bilik arwah Papa Aisa ni ya." Pujuk Alisa Amira.

Nasib baik lah Amanda Raisa ni lebih senang dipujuk berbanding abangnya,Amirul Iskandar.Dua beranak ni memang sama,memilih sangat!

"Abang!Adik rindu abang!"

Air mata Alisa Amira mulai gugur ke bumi,tetapi segera diseka sebaik sahaja melihat Amanda Raisa sedang memerhatikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience