Bab 8

Family Series 1711

"Ting" Telefon pintar Alisa Amira berbunyi menandakan suatu pesanan ringkas masuk.

'Hey,kau free?Aku ada smth nk ckp ngan kau.Jumpa kat tmpt biasa." -Imran Anwar.

'Knp cam mrh ja ni,bae?ok.stengah jam lgi I sampai.' -Alisa Amira.

Alisa Amira bersiap-siap lalu menuruni tangga ke dapur untuk mencari Datin Maria .

"Mommy,Lis nak keluar dengan Im kejap ni.Mommy tolong jaga Aisa boleh tak?" Tanya Alisa Amira mengharapkan pertolongan Datin Maria.

"Apa?!Lis nak suruh Mommy tolong jaga anak pungut tu?!No way!!Kalay Lis nak keluar,bawa sekali budak tu!Mommy tak nak berdua ja dengan anak pungut tu!Muktamad!" Datin Maria meninggikan suaranya tanda protes.

"Errr.Mommy,Lis memang boleh ajak Aisa tu sekali,tapi Im tak tahu lagi pasal Aisa ni.Lis belum menceritakan apa-apa lagi kepada Im." Jawab Alisa Amira tersekat-sekat.

"Maksud kamu Im tak tahu pun pasal anak pungut ni?!Dia tu tunang kamu lah Lis!Kamu ambil budak tu tanpa buat sebarang perbincangan dengan Im?Serius ke kamu ni?"Tanya Datin Maria,sedikit terkejut.

Alisa Amira hanya mengangguk.

"Bagus sangat lah cam tu," sinis Datin Maria, "kalau dia tahu yang kamu ambil anak pungut ni,kamu rasa dia nak lagi ke kat kau?!"

"Eh,Mommy!Im tak macam tu lah!Dia sayangkan Lis dan dia terima apa saja keputusan Lis!" Alisa Amira menengking Datin Maria kerana tidak tahan dengan kata-kata ibunya itu.

"Yes!Dia sayang kau!Tapi tak kenal lagi siapa budak ni!Kamu bawa budak tu sekali pastu tengok apa keputusan dia!"

"Ok,fine!Lis yakin yang dia akan terima Lis dan Aisa,tak can Mommy!" Alisa Amira mendukung Amanda Raisa lalu keluar untuk bertemu dengan Imran Anwar,tunang Alisa Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience