Bab 1

Family Series 1711

Alisa Amira berjalan menuju ke ruang tamu dimana abang sulongnya,Amirul Iskandar,berada.

"Abang Amirul!Buat apa tu?Termenung jauh nampak."Sergah Alisa Amira.

Amirul Iskandar terkejut dengan sergahan adiknya itu dan mula tersedar dari lamunannya.

"Ish,adik ni!Nanti bagi lah salam dulu.Ni tak,main sergah ja."Kata Amirul Iskandar sambil mengurut dadanya.

"Abang kan duk mengelamun,mana boleh nak cakap slow-slow,nanti bazirlah air liur adik ni.Abang duk fikir apa ni?Serius nampak." Tanya Alisa Amira,inginkan jawapan.

"Ermmm,Daddy ngan Mommy ada kat rumah tak?Kalau tak,abang tak boleh nak cerita ni kat adik." Jawab Amirul Iskandar.

"Tak ada.Diorang keluar pergi rumah Dato' Lily."Jawab Alisa Amira untuk soalan abangnya itu.

"Ok.Kalau abang cerita ni,adik janji kena rahsiakannya,adik tak boleh cakap kat sesiapa.Nanti bila dah sampai waktu yang sesuai,abang sendiri akan beritahu Mommy ngan Daddy."

Alisa Amira mengangguk dan bersedia untuk mendengar apa sahaja cerita yang abangnya ingin sampaikan.Dia tahu bahawa cerita yang akan disampaikan itu suatu perkara yang serius.

"Kamu ingat tak ex girlfriend abang,Nadia,yang meninggal akibat kemalangan tahun lepas?"

Alisa Amira sekali lagi mengangguk.

"Abang sebenarnya,dah terlanjur dengan dia dulu.Masa dia meninggal,dia telah sarat mengandungkan anak abang!Doktor berjaya selamatkan anak kandungannya itu.Sekarang ni,budak itu dijaga di tempat asuhan."

Alisa Amira yang mendengar cerita Amirul Iskandar itu terdiam seribu bahasa.Tangan kanannya yang pada mulanya berada di atas pahanya,telah pun terlekat pada mulutnya,menutup mulutnya yang telah ternganga luas.

Amirul Iskandar menyambung lagi, "Yang abang tahu,nama dia Amanda Raisa.Dia berumur setahun lebih."

Alisa Amira masih lagi membisu.

"Woi!Kau dengar ke tak ni?!"

Alisa Amira menarik nafas panjang,lalu beristighfar berkali-kali lalu mula membuka suara.

"Abang ni dah gila ka?Camna abang tahu yang anak itu anak abang?Sebelum perempuan tu meninggal,abang memang dah putus kut dengan dia.Tak kan lah anak tu anak abang?Salah-salah anak tu anak orang lain?Tapi ada orang cuba tipu abang dengan mengatakan yang anak tu anak abang."

Amirul Iskandar memandang ke arah lantai, "Abang tahu tu anak abang sebab,after kita berdua terlanjur tu,abang terus tinggalkan dia.Tapi tak lama lepas tu,dia mesej abang dan cakap yang dia dah mengandung.Tapi abang anggap yang semua itu satu penipuan dia ja untuk kembali kepada abang."

Alisa Amira mendengar kata-kata abangnya itu lalu bertanya, "Siapa yang bagitahu abang tentang budak ni?Dah setahun lebih berlalu,takkan lah tetiba abang dapat mimpi tentang budak ni kut?"

"Mama dan Papa Nadia yang cerita semua ni kat abang semalam.Mereka berdua jugalah yang hantar anak abang kat tempat asuhan selepas beberapa minggu dia dilahirkan.Sekarang ni,abang dah buat keputusan,nak pergi ambil budak tu dan jaga dia.Nanti,abang pandai-pandailah pujuk Mommy dan Daddy tu."Jawab Amirul Iskandar.

"Astaghfirullahalazim.Sanggup mereka buang anak yang tak bersalah camtu.Lis sokong dengan tindakan abang tu sebab dia darah daging abang.Lis pun akan tolong abang jaga budak tu ye." Kata Alisa Amira sambil tersenyum kepada Amirul Iskandar,abang kesayangannya itu.

Amirul Iskandar membalas senyuman adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience