Bab 4

Family Series 1711

Sudah berbulan-bulan Amirul Iskandar kembali ke rahmatullah.Datin Maria dapat menerima kenyataan bahawa anaknya itu sudah pun tiada.Datin Maria meneruskan hari-hari seperti sedia kala dan dalam doa hariannya,pasti nama Amirul Iskandar akan terselit jua.

Alisa Amira baru sahaja pulang dari kerja.Dia merebahkan punggungkan di atas sofa.Matanya mula terasa berat.Tidak lama kemudian,dia terlelap.

"Adik,abang ni.Bila kamu nak kotakan janji kamu?Kesian anak abang kat tempat asuhan tu,sorang-sorang.Dia tengah tunggu adik untuk jemput dia masuk dalam rumah ni.Pergilah bawa dia pulang adik.Tempatkan dia kat bilik abang."

Alisa Amira jurus terjaga. "Astaghfirullahalazim,abang."

Alisa Amira menyapu mukanya dengan kedua belah tapak tangannya.

"Ha!Tu lah,tidur waktu maghrib lagi.Dah bangun,mandi,kita solat berjemaah."Kata Dato' Amran yang telah pun siap berkain pelikat dan bersongkok.

"Maghrib dah ke?! Astaghfirullahalazim.Daddy,Lis 'ABC' ni." Kata Alisa Amira lalu bergerak menaiki tangga.

"ABC?Nak makan ABC ke pula budak tu?Haish,macam-macam lah." Dato' Amran tertanya-tanya sendirian.

Seusai solat insya',Datin Maria mengajak Alisa Amira untuk turun dan makan bersama.

"Duduk,tunggu Daddy jap.Kamu ni,mengada betullah.Mommy dah lah lapar sekarang ni.Tak pasal kena tunggu Daddy balik pula." Kata Datin Maria.

"Mengada apa pula?Daddy pergi mana Mommy?" Tanya Alisa Amira kehairanan.

"Daddy pergi kedai,beli ABC.Dia kata maghrib tadi kamu minta ABC.Mengadalah kamu ni,Lis!"Marah Datin Maria.

"Bila masa pula Lis minta ABC?Lah!ABC!Allah Bagi Cuti lah,Mommy!Daddy salah faham tu."

Ruangan makan itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka dua beranak.

"Ingatkan pontianak mana yang mengilai kat rumah kita ni.Takut Daddy nak masuk rumah tadi." Gurau Dato' Amran lalu duduk di kerusi paling hadapan meja makan.

"Nah,ABC yang kamu minta maghrib tadi."Dato' Amran menghulurkan bungkusan ABC kepada Alisa Amira.

Mereka dua beranak ketawa lagi.Alisa Amira menjelaskan maksud 'ABC' itu dan Dato' Arman turut ketawa bersama.

"Mommy,Daddy,Lis nak cakap something ni."Suara Alisa Amira kedengaran serius.

"Nak cakap apa?Cakap lah.Macam serius je ni."Tanya Dato' Amran lalu menyuapkan nasi ke mulutnya.Datin Maria hanya terus menyuapkan nasi ke mulutnya dan sedia mendengar kata-kata Alisa Amira itu.

"Beberapa bulan sebelum abang meninggal,Lis ada pergi rumah asuhan dengan abang.Kita berkenan dengan seorang budak perempuan ni.Comel ja budak tu.Abang kata nak ambil budak tu jadi anak angkat dia.Tapi,oleh kerana abang dah tak ada,so,Lis nak ganti abang.Lis yang nak ambil budak tu jadi anak angkat Lis."

Datin Maria menghentikan suapannya lalu meninggikan suara, "Mommy tak suka anak pungut!Anak yang tak ada darah daging kita langsung!Anak yang tak kenal ibu bapa dia!Mommy tak nak!"

"Maria,baguslah ambil anak angkat ni.Kita juga yang dapat pahala sebab bantu anak-anak yatim.Lagipun,rumah kita ni besar,sunyi je.Kalau ada budak-budak,meriah sikit rumah ni." Kata Dato' Amran menyokong tindakan Alisa Amira itu.

"No!Saya tak suka anak pungut!Kalau ambil anak pungut tu,habislah status saya!Saya tak setuju dan tak kan pernah setuju!" Marah Datin Maria.

"Tapi Mommy,abang sendiri yang nak budak ni.Ni permintaan abang yang terakhir,Mommy.Please." Rayu Alisa Amira.

"Ok,fine!Kalu betul lah Lis nak pungut budak tu dari tempat asuhan,ok,buatlah!Tapi Mommy tak kan sekali-kali terima budak itu sebagai cucu Mommy,dan budak itu tak ada hak kat rumah ni." Datin Maria berlalu pergi dalam keadaan marah.

Alisa Amira memandang ke arah makanannya yang masih lagi berbaki.

"Lis,kalau betul kamu nak jaga budak tu,kamu jagalah.Daddy ok.Mommy tu,nanti Daddy pujuk lah.Lagipun Daddy kenal Mommy kamu tu,nanti hati dia terbuka lah untuk terima budak tu,lagipun Mommy kamu pun tak pernah jumpa budak tu kan.Jangan risaulah." Kata Dato' Amran.

Alisa Amira tersenyum nipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience