Bab 11

Family Series 1711

Khairul Adam meletakkan Amanda Raisa yang tertidur di dalam kereta itu di atas sofa panjang di ruang tamu.

"Thanks for everything." Alisa Amira tersenyum.

Mereka berdua bertukar-tukar nombor telefon lalu Khairul Adam meminta izin untuk pulang.

Datin Maria keluar dari biliknya setelah mendengar pintu rumah ditutup.

"Dah putus tunang tu,balik ja lah terus ke rumah ni!Tak perlulah pergi shopping ke apa ke,buat malu ja lah!Dah lah dengan bawa anak pungut ni!" Tuduh Datin Maria.

"Mommy!Lis baru sahaja balik dari hospital lah!"Marah Alisa Amira.

"Tu lah Mommy kata,budak ni bawa malang kat keluarga kita!" Suara Datin Maria semakin meninggi sehinggakan Amanda Raisa terkejut lalu terjaga dari lenanya.

Alisa Amira mendukung Amanda Raisa lalu naik ke bilik tidur mereka tanpa menghiraukan Datin Maria.

Alisa Amira menyejukkan badannya lalu berehat di samping Amanda Raisa dan terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience