Bab 2

Family Series 1711

"Assalammualaikum,boleh saya bercakap dengan orang tua Amirul Iskandar?"Suara seorang perempuan di hujung talian.

"Waalaikummussalam.Diorang tak ada di rumah.Saya adik kepada Amirul Iskandar.Dengan siapa saya bercakap ni?"Jawab Alisa Amira.

"Saya Suri Hani.Saya ingin memaklumkan kepada cik bahawa abang cik telah pun kemalangan sebentar tadi dan sekarang dia telah digegaskan ke bilik icu.Minta cik hadir ke sini sekarang juga."Jawab wanita itu.

Ganggang telefon rumah Alisa Amira terhempas ke lantai.Alisa Amira mencapai kunci kereta lalu bergegas ke hospital.

Alisa Amira tidak berhenti beristighfar dan berdoa agar abangnya itu terselamat.Air matanya juga tidak berhenti mengalir.

Alisa Amira cuba untuk menghubungi kedua orang tuanya itu,tapi panggilannya tidak disahut.Dia memecutkan keretanya.

Alisa Amira menuju ke bilik rawatan icu dan menunggu abangnya dengan gelisah.Dia ke hulu dan ke hilir sambil mendail nombor Datin Maria.Akhirnya,panggilannya disahut jua.Dia menceritakan apa yang telah berlaku.Dato' Amran dan Datin Maria bergegas ke hospital.

Setelah beberapa jam didalam bilik icu,akhirnya doktor yang merawat Amirul Iskandar keluar.

"Doktor,macam mana dengan keadaan anak saya?" Tanya Datin Maria termengah-mengah kerana tangisannya masih lagi membasahi pipinya.

"Maaf puan.Anak puan berada dalam keadaan kritikal sekarang ini.Kami sudah cuba yang terbaik untuk anak puan.Walaupun dia tersedar,tapi dia tidak akan bertahan lama.Maafkan saya puan." Kata doktor itu lalu beredar dari situ.

Datin Maria yang berdiri lemah itu mula rebah ke tanah.Dia menangis teresak-esak.Alisa Amira dan Dato' Amran memapah Datin Maria dan cuba untuk membangunkan beliau,tetapi semuanya sia-sia dan Datin Maria pengsan di situ.

Di dalam kekalutan itu,jururawat di dalam bilik icu itu keluar dan memberitahu mereka bahawa Amirul Iskandar sudah tersedar dan dia meminta untuk berjumpa dengan Alisa Amira.

Dato'Amran memapah Datin Maria yang pengsan itu dan didudukkan ke atas kerusi lalu menyuruh Alisa Amira untuk masuk bertemu dengan Amirul Iskandar.

Sebaik sahaja masuk ke bilik itu,dia melihat Amirul Iskandar terlantar dalam kesakitan.Hati Alisa Amira hancur sejuta melihat keadaan abangnya itu.

"A..ad..adik..A..Ab..Abb..ang..dah t..ak..la..ma..ni..A..bang..n..nak..mi..in..ta..to..olo..ng..A..bang..n..nak..a..dik..ja..ga..a..an..nak..a..a..abang tu.." Kata Amirul Iskandar tercungap-cungap.

"Abang,kenapa abang cakap cam ni?Jangan tinggalkan Lis sorang-sorang!Adik sayang abang!"Kata Alisa Amira sambil menangis.

"J..an..ji..d..de..ngan...ab..bang..I..ni..ke..ten..tu..an..Il..lah..hi..ad..ik.."Kata Amirul Iskandar lagi.

Sebelum sempat Alisa Amira menyuara,Amirul Iskandar telah pun berada di penghujung hayat nya.Alisa Amira yang melihat keadaan abangnya itu terus mengucapkan dua kalimah syahadah di telinga Amirul Iskandar.Setelah selesai mengucap dua kalimah syahadah,Amirul Iskandar pergi kembali ke rahmatullah.

Mayat Amirul Iskandar ditanam pada malam itu juga.Datin Maria masih lagi tidak boleh menerima kenyataan bahawa satu-satu anak lelakinya telah pun meninggal dunia.Dato' Amran menyorokkan kesedihannya itu kerana tidak mahu membuatkan isterinya dan anak perempuannya lebih lemah jikalau melihatkan dirinya juga lemah.

Selepas membaca surah Yaasin di tanah perkuburan itu,Alisa Amira berkata dalam hati, "Adik janji abang",sambil memegang tanah yang menutupi mayat abangnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience