BAB 7

Family Completed 3105

Naina meraung lagi, kali ini rambutnya ditarik sehingga kulit kepalanya tersiat, otaknya pula terasa mengggelegak. Dari kemaluannya keluar bintang bisa dan binatang itu menggigitnya sehingga lumat. Kemudain dia terpaksa memakan ketulan daging busuk dan menjijikkan. Semua siksaan itu berulang dan berulang tanpa sesaatpun berhenti.

“Mak..maafkan Naina ” jeritnya azab.

“Tuhan ampunkan aku, kembalikan aku ke dunia, aku akan menebus semua dosa-dosaku” rintihnya sengsara.

Sariah terkejut dari tidurnya jam dua pagi. Baru sebentar tadi dia bermimpi Naina menjerit-jerit memohon ampun darinya. Keaadaan Naina sangat azab. Tubuhnya rentung dan hitam legam.

Kaki dan tangannya Sariah diranti besi daripada api. Naina merayu-rayu dan menangis agar di diampunkan oleh ibunya. Hati Sariah berdetak pantas. Perlahan dia beristighfar. Ya Allah apa yang telah aku lafazkan buat anakku. Sariah sedar dia sudah terlepas kata. Hati keibuannya merasakan Naina kini sedang diazab akibat sumpah laknatnya pada anak sendiri.

Sebenarnya dia sudah bermimpikan keadaan Naina yang azab itu beberapa hari. Mulanya dia tidak mahu mengendahkan kerana hatinya masih sakit dan marah terhadap Naina.

Tetapi kali ini dia tersentuh mendengar Naina merayu kemaafan darinya. Airmatanya merembes. Ya Allah kasihan anakku, bisiknya pilu. Esok dia mahu melihat Naina di hospital.

Di hospital, Doktor Shakila kelam kabut apabila bacaan monitor di katil pesakitnya yang bernama Naina itu tidak menentu. Malah Doktor Sariah meremang bulu roma apabila melihat kulit Naina yang pucat itu merah kehitaman seperti sedang dipanggang hidup-hidup.

Bahkan apabila kulitnya disentuh bahangnya memang terasa. Doktor Shakila tahu Naina kini berhadapan dengan sakaratul maut. Namun yang pasti nyawanya seperti tersekat di antara dua alam.

Sudah beberapa kali gadis itu mengeruh dalam komanya namun nyawanya masih sukar terpisah dari jasadnya. Azab benar Sariah rasakan azab yang menimpa gadis itu. Malah sejak hampir dua minggu ini keadaan Naina sentiasa saja berada dalam keadaan kritikal. Namun yang aneh, sepanjang dia terlentang koma itu tiada seorang pun yang datang menjenguk dan menjaganya waima ibunya sendiri.

“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu, durhaka pada ibu dan menolak kewajiban, dan minta yang bukan haknya, dan membunuh anak hidup-hidup, dan Allah membenci padamu banyak bicara, dan banyak bertanya demikian pula memboroskan harta (menghamburkan kekayaan)” - Hadits Riwayat Bukhari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience