BAB 1

Family Completed 3105

Naina sudah letih berjalan, kakinya lenguh dek berjalan tanpa arah tujuan. Dia merasakan dirinya bagai berjalan di padang pasir yang tandus. Dia perlukan air, dahaga bukan kepalang.

Puas dia berlari akhirnya Naina terduduk kepenatan. Bumi yang dipijaknya itu terasa panas membakar dan seketika kemudia dia menyedari yang tapak kakinya sudah mula merekah dan berdarah dan sakitnya bukan kepalang.

Dia menangis namun tangisannya itu bagai tiada erti, perit tubir matanya mahu mengalirkan airmata namun semuanya kering kontang bagai bumi yang dipijaknya saat itu.

‘’Aku dahaga.. Aku dahaga..’’ rintihnya.

“Maafkan kami puan , anak puan kini dalam keadaan tenat dan koma, berdoalah semoga dia akan sedar semula” lembut Doktor Shakila memberitahu wanita tua yang duduk di hadapannya itu.

Kasihan sungguh hatinya melihat kedaifan wanita itu. Wajahnya kusam, garis-garis kedutan melingkari setiap sudut wajahnya walaupun umurnya baru menginjak lima puluh tahun.

Sungguh kemanusiaannya memberitahu wanita itu sudah terlalu sarat memegang bebanan kehidupan.

Wajah tua itu tunduk. Hanya sebersit keluhan yang amat dalam terbit dari bibirnya yang kering. “Puan tak mahu tengok dia?” Doktor Shakila bertanya setelah melihat wanita itu tidak bertanya apa-apa.

Wanita itu menggeleng perlahan. Doktor Shakila kehairanan. Hairan kenapa wanita itu tidak sudi melihat anaknya walaupun dia tahu kondisi anaknya itu kini tenat dan koma.

Kalau mengikut istilah perubatan harapan anaknya hidup adalah nyawa-nyawa ikan. Hanya Allah sahajalah yang dapat membantu anak wanita itu ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience