BAB 6

Family Completed 3105

Sebelum ini puas dia menggeledah. Akhirnya dia temui juga duti tersebut. Naina tidak peduli walaupun emaknya sedang merayu agar duit tersebut tidak di usik.

Naina buat tidak tahu. Dia terus berlalu dan menolak ibunya yang kini sedang memegang kakinya. “Naina ..tolonglah, emak kumpul dah berapa bulan Naina , nanti adik kamu tidak dapat sekolah” rayu emaknya yang sudah mula menangis itu. Naina buat pekak. Di fikirannya hanya teringatkan permintaan Iqbal .

“Naina ..” emaknya masih merayu. Naina tunduk memandang ibunya.

“Hish..emak ni , sibuklah” tengking Naina geram. Sakit hatinya apabila emaknya masih memegang kakinya enggan melepaskan dia melangkah pergi.

“Naina !, kasihankanlah mak ni” rayu emaknya buat sekian kali.

Naina mendengus. Tanpa berfikir panjang Naina menendang muka ibunya sekuat hati. Tendangan kuatnya itu menyebabkan ibunya terlentang ke lantai dan bibirnya pecah berdarah. Tetapi Naina tidak peduli.

Puas hatinya, Naina melangkah keluar rumah sambil memasukkan wang yang diambilnya ke dalam beg tangan. Bibirnya menyungging senyuman puas. Pasti Iqbal akan lebih menyayanginya nanti. Bukanlah Iqbal sudah berjanji kali ini dia akan menikahi Naina jika perniagaannya berjaya.

Sariah mengongoi, pilu hatinya memikirkan wang di rampas Naina tadi. Hatinya juga lebih kecewa dan terluka kerana Naina benar-benar sudah berubah. Dia bukan tidak mahu memberikan wang itu kepada Naina , tetapi wang itu memang dikumpulnya untuk adik-adik Naina naik sekolah nanti.

“Mulai ini kau bukan anak aku Naina , aku menyesal lahirkan kau” terlafaz juga sumpah dari bibirnya kerana terlalu kecewa dengan Naina .

Naina berang tatkala melihat Iqbal berada di ranjang dalam keadaan berselimut dnegan wanita lain sewaktu dia baru tiba di rumah Iqbal.

Hatinya begitu gembira dan teruja mahu memberikan Iqbal kejutan dengan wang yang diambil dari ibunya. Namun dia kecewa dan hampa apabila melihat kecurangan Iqbal di depan mata. Iqbal yang menyedari kehadiran Naina kelam kabut mengejar Naina yang sudah pun meluru keluar dari rumah sewanya. Dia mencapai baju dan menyarungnya.

Naina perlu di pujuk kerana gadis itu adalah lubuk duitnya, mana mungkin dia melepaskan sumber untuk dia meneruskan kelangsungan hidup!

Naina yang kecewa itu terus melangkah laju keluar dari rumah Iqbal . Baru lima puluh meter berjalan dia sudah mendengar hon kereta Iqbal yang berhenti di sebelahnya. Mulanya dia enggan mengendahkan, tetapi setelah berkali-kali Iqbal menekan hon akhirnya Naina masuk juga ke dalam kereta. Wajahnya masam mencuka.

Geram dan sakit hati dengan sikap Iqbal . “Maafkan aku Naina , semalam aku ke kelab dan kami sama-sama mabuk, aku tak sedar langsung macam mana dia boleh ikut” pujuk Iqbal.

“Bohong! Naina dah nampak depan mata abang dengan dia tanpa seurat benang! Nak kata apa lagi?!” jerit Naina meluahkan rasa hatinya geram dan marah.

“Naina ..., abang minta maaf okay, satu selimut jer kan bukan Naina nampak kami berbogel ke, berasmara ke kan, lagipun sumpah abang memang tak buat apa-apa dengan dia pun” Iqbal merayu bersungguh-sungguh.

Setelah berejam memujuk Naina akhirnya gadis itu mengalah. Malam itu mereka berpesta di pusat hiburan sampai jam tiga pagi. Memandu di dalam keadaan mabuk begitu menyebabkan pemanduannya tidak tentu arah.

Apa yang pasti ketika keluar dari simpang sebuah lori hantu menghentam kereta yang di pandunya. Kereta wira itu terseret entah berapa puluh meter di dada jalan raya. Remuk dan hancur. Pemandunya mati di tempat kejadian dan penumpangnya parah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience