BAB 5

Family Completed 3105

“Naina mintalah mak Naina duit, abang nak pakailah, Naina pun tahu abang ni meniaga, payment sangkut ni, nak makan pun tak ada duit” Iqbal menjual kelentongnya kepada Naina . Naina menarik muka. Tetapi Iqbal tahu Naina akan menurut. Dahulu masa Naina termengandung dia suruh gugurkan pun Naina menurut, bukan sekali tetapi rasanya dah tiga kali.

Naina memang penurut, dijanji untuk dikahwininya sudah beratus kali pun Naina tetap setia walaupun janji hanya tinggal janji.

“Abang ni, mak Naina bukan ada duit pun, duit Naina pun abang dah ambil semua, takkan nak minta dengan mak Naina lagi” Naina merengek. Dia kini berada di dalam pelukan Iqbal.

Baru beberapa jam lalu dia dan Iqbal keluar dari pub berhibur. Memang selalunya Naina akan pulang ke rumah sewa Iqbal dahulu sebelum balik ke rumah. Dan setiap kalipun mereka akan berzina. Naina sudah lupa halal haram kerana terbuai dek amukan nafsu dan pujukan iblis.

Naina meraung kuat. Kali ini tanah yang tandus dan kering itu menjadi lautan lahar yang membakar. “Panas... panas... tolong aku tolong!” Naina meraung dan meraung. Kalau sebelumnya dia terasa azab dengan kehausan dan kelaparan kini dia merasa lebih azab dengan kepanasan tidak terhingga. Tapak kakinya melecur, malah dagingnya relai kerana panas di rebus lahar yang panas tidak terhingga. Anehnya setiap kali daging itu relai ia akan tumbuh semula.

“Haus...aku haus..” Naina menjerit. Dia nampak seberkas air dari bekas tembaga. Terkocoh-kocoh Naina mengambilnya, dengan gelojoh Naina meminumnya.

“Argh...panas... panas...” Naina meraung, tekaknya terasa luluh dan hancur kerana yang diminumnya nanah berbau busuk dan panas mengegelegak.

Naina lapar dia mahu makan, kini yang tersedia di hadapannya seberkas buah yang berduri. Dia tidak mahu makan, tetapi kelaparan perutnya memaksa Naina makan.

Sekali lagi dia meraung azab. Tekaknya koyak rabak, perutnya juga pecah kerana sebaik sahaja dia menelan buah tersebut duri-duri tajam itu melumatkan tekak dan perutnya.

“Naina ... tolonglah jangan ambil duit tu. Itu aja yang mak simpan. Kau pun tahu duit tu mak nak guna untuk sekolah adik kau seminggu lagi” Sariah merayu Naina yang kini memegang seberkas duit yang di temuinya di bawah katil emaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience