BAB 2

Family Completed 3105

Hatinya mula tertanya-tanya adakah hubungan wanita itu dan anaknya bermasaalah. Namun berat mulutnya mahu bertanya apatah lagi itu adalah sesuatu yang amat peribadi.

“Ada apa lagi yang saya perlu tahu Puan Doktor?” tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul dari bibir wanita itu.

Doktor Shakila tersentak. “Buat masa ini itu sahaja yang dapat kami beritahu” Doktor Shakila menjawab lembut.

Wanita itu mengangguk. “Kalau macam tu saya beransur dulu, saya pun sudah lambat mahu masuk kerja”.Ujar wanita itu dengan nada endah tidak endah.

Doktor Shakila tercengang. Dia mahu menuturkan sesuatu namun tetapi tiada suara yang keluar. Akhirnya dia hanya memandang sahaja wanita itu berlalu keluar dari biliknya.

Doktor Shakila memicit dahinya sendiri. Tidak pernah seumur kerjayanya sebagai doktor, ahli keluarga pesakit terutama ibu pesakit sendiri bersikap endah tidak endah demikian. Sudah keringkah rasa kasih ibu di hatinya.

Dan baru Doktor Shakila sedar wanita itu tidak sedikitpun mempamerkan riak sedih di wajahnya. Ya wajah yang dingin dan kaku tanpa perasaan. Dunia sekarang...

“Naina , kalau kamu ada sedikit wang boleh kamu bantu belanja rumah ini sedikit?, kau pun tahu emak sudah beberapa hari tidak bekerja sebab tidak sihat. Beras di dapur pun sudah tinggal setanak, nanti adik-adikmu kelaparan pula” lembut Sariah meminta dari anak sulungnya yang sudah bekerja itu.

Sariah tahu gaji Naina tidak besar mana sebagai minah kilang. Namun Sariah juga tahu wang anak gadisnya itu lebih banyak dilaburkan kepada teman lelakinya dan juga buat dia berjoli di pusat hiburan.

“Mak..manalah Naina ada duit, mak pun sakit sikit tak kerja, mak memang malas kan, adik-adik tu pun macam kerbau asyik makan je” bentak Naina kasar.

Sariah tersentak, terguris hatinya mendengar kata-kata Naina .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience