Rate

BAB 6

Spiritual Completed 432

“Adnan, sudah tiba masanya ujian dijalankan. Adakah kau sudah bersedia?”
soal Tok Janggut. Dia dibaringkan dia atas katil khas yang ditutup
dengan cermin kaca bagi memudahkan pemerhatian dilakukan ke atas lelaki
itu. Adnan mengangguk perlahan.

Lantas tanpa membuang masa lagi, dia disuntik dengan sejenis serum
berwarna ungu. Giginya diketap perlahan kerana menahan sakit yang amat
sangat. Cecair itu terasa seperti bisa yang menjalar ke seluruh
badannya. Pandangannya kian berpinar-pinar. Samar. Wajah Tok Janggut
dikerling dengan pandangan sayu. Setitis cecair jernih mengalir dari
hujung matanya sebelum pandangannya gelap seratus peratus.

***

Sudah dua tahun berlalu. Begitu banyak perubahan telah berlaku. Adnan
telah pun dilantik menjadi pegawai atasan dalam unit ketenteraan. Dia
bertanggungjawab dalam merangka strategi peperangan. Namun, keamanan itu
cuma sementara. Selagi Tanah Melayu masih belum merdeka, selagi itu
keamanan itu bukan milik kita!

“Tuan, kami dapat berita bahawa tentera Jepun telah mendarat di Kota
Bharu!” Adnan termenung panjang saat mendengar perkhabaran buruk itu.
Nampaknya, askar Inggeris telah tumpas di tangan Jepun. Tidak
habis-habis dengan penjajahan. Dia tidak akan benarkan sekali lagi tanah
airnya dijajah. Pencoroboh itu patut diusir dari sini!

Lalu strategi peperangan pun dirangka. Namun, terdapat cela dalam
percaturan kali ini. Hal ini kerana, wujudnya tali barut dalam kalangan
orang Melayu. Sangka mereka, dengan membiarkan Jepun memerintah Tanah
Melayu, orang Melayu juga akan dapat hidup aman sentosa di bawah
pemerintahan Jepun namun janji dan propaganda yang ditaburkan oleh
tentera negara matahari terbit itu bagai menanam tebu di bibir sahaja.
Mereka jauh lebih kejam berbanding orang Inggeris.

Begitu banyak kemusnahan berlaku. Kali ini, Adnan sendiri terpaksa
berhadapan dengan mereka semua. Di sekelilingnya, sahabat-sahabat
seperjuangan sudah pun tumbang menyembah bumi setelah ditikam dengan
bayonet milik tentera Jepun.

“Ikat dia!” arah Ketua tentera Jepun itu. Adnan yang sudah longlai itu
diikat di sebatang pokok.

“Biar aku ajar bagaimana caranya hormat orang Jepun!” Askar Jepun itu
menikam perut Adnan berkali-kali sehingga lelaki itu tidak mampu lagi
menyuarakan rasa sakitnya. Sebelum sekali lagi dia ditikam, sebutir bom
asap tiba-tiba dilontar ke arah meraka.

“Eh, musuh datang! Cepat bersiap dengan senjata masing-masing!” Askar
itu mengarahkan konco-konconya dalam bahasa Jepun. Namun asap yang
keluar daripada bom tersebut menyukarkan meraka untuk melihat ke hadapan.

“Dasar penjajah, aku takkan biarkan kau rosakkan keamanan bumi bertuah
ini!” seorang lelaki berjanggut putih muncul dengan keris di tangannya.
Dalam asap tebal itu, dia menikam satu persatu tentera yang ada.

“Adnan, kau harus kuat. Kau harus kuat!” Tok Janggut segera memapah
tubuh Adnan dengan berhati-hati. Perutnya sudah hampir hancur kerana
ditikam berkali-kali. Namun lelaki tua itu tidak mudah gelabah. Dia
mengeluarkan sebotol cecair berwarna unggu.

“Sepatutnya kau tidak boleh ambil botol kedua ini selepas dos pertama
dua tahun lalu. Namun, aku tetap harus berikhtiar untuk menyelamatkan
satu nyawa. Ya Allah, selamatkanlah anak muda ini.” Cecair itu
dicurahkan ke atas luka tikaman pada badan Adnan.

Bang!

Bergema kawasan itu dengan satu bunyi tembakan senapang. “Uhuk!”
tersembur cecair merah pekat dari mulut lelaki tua itu. Tubuhnya rebah
mendakap tubuh Adnan.

“Ya Allah. Merdekakanlah Tanah Melayu….”

“Tok Janggut…?” kedengaran suara halus daripada Adnan. Namun matanya
masih terpejam. Tok Janggut hanya mampu melakar senyuman terakhirnya.
Akhirnya pandangannya kian samar.

Gelap.

Setelah dua tahun berlalu, Jepun mengundur diri setelah bom atom
dilepaskan di Hiroshima dan Nagasaki. Ternyata mereka juga serik dengan
serangan besar itu.

Tanah Melayu kembali diperintah oleh British namun semua itu tidak lama.
Masyarakat Melayu semakin sedar dan mulai bangkit untuk bersuara.
Ternyata cara yang sesuai bukan lagi dengan peperangan senjata dan
pertaruhan nyawa namun, cukuplah dengan kelantangan dalam bersuara
ditambah pula dengan kemunculan masyarakat intelek dalam kalangan
masyarakat tempatan.

Tahun demi tahun berlalu. Pelbagai cabaran hadir termasuklah dengan
ancaman komunis selama 14 hari. Setelah itu, mereka dapat dibanteras
dengan kebijaksanaan pemimpin pada masa itu. Melihatkan Malaysia yang
sudah mampu berdiri atas kaki sendiri, British telah memberi kepercayaan
kepada Malaysia untuk membina kerajaan sendiri dan memerintah di negara
sendiri dengan beberapa syarat penting. Tanggal 31 Ogos 1957 ialah detik
yang paling mengharukan buat semua rakyat Malaysia. Akhirnya kalimah
‘Merdeka’ itu berjaya dilaungkan dengan rasa bangganya.

Merdeka! MERDEKA!

Peperangan kecil itu ternyata telah mengorbankan begitu banyak nyawa.
Mereka semua dinobatkan sebagai perwira yang berjuang untuk tanah air.
Semua yang menyertai peperangan itu tersenarai namun, nama Adnan
langsung tidak tercatat dalam sejarah. Hal ini kerana, jasadnya hilang
dari tempat kejadian saat operasi mencari mangsa peperangan dilakukan.
Tiada sesiapa pun yang tahu di mana lelaki itu pergi. Sama ada hidup
ataupun mati, hanya Allah yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience