Rate

BAB 2

Spiritual Completed 432

“Haha, itulah balasannya kalau kau tak sedar diri!” Azhar tertawa besar
sambil bercekak pinggang. Dia meludah ke sisi tanda berpuas hati dengan
apa yang telah dilakukannya terhadap Adnan.

“Puih, aku tak percaya orang macam kau boleh terpilih untuk menjadi
tentera.” Adnan tersengih sinis. Dia cuba untuk bangkit perlahan-lahan.
Bajunya yang kotor terkena debu-debu di tanah ditepuk-tepuk sedikit. Dia
malas hendak peduli dengan Azhar yang sememangnya tidak pernah serik
untuk membuli orang lain.

“Ha? Apa kau kata?” Azhar mendekati Adnan sambil mengepal buku limanya.
Bibirnya diketap perlahan menahan geram dengan lelaki itu. Adnan hanya
mampu meneguk air liurnya. Dia segera berpaling untuk melarikan diri.

“Kau nak lari ke mana?” sekali lagi Adnan ditendang dan kali ini di
bahagian perut pula. Tersembur air liur bercampur darah daripada
mulutnya. Peritnya usah dicerita. Belum sempat Adnan hendak membalas,
wajahnya ditumbuk berkali-kali sehingga lebam. Sebatang giginya telah
patah. Keadaannya saat itu sememangnya mampu mengundang simpati sesiapa
yang melihat.

Adnan harus pantas memikirkan cara untuk melepaskan dirinya daripada
pukulan Azhar yang jauh lebih besar daripadanya. Dia melihat melalui
ekor matanya. Terdapat beberapa buah kotak besar di belakang Azhar.
Tanpa membuang masa, Adnan membaling begnya ke arah Azhar. Dengan
mudahnya, Azhar mampu mengelak serangan Adnan.

“Heh, baling barang pun tak betul. Macam mana orang pendek dan lemah
macam kau boleh terfikir untuk jadi askar? Hahaha….”

Pang! Pang! Pang!

Beberapa paip besi jatuh dan mula menimpa Azhar. Cemas sebentar lelaki
itu saat hendak mengelak jatuhan pain-paip besi tersebut. Kini, giliran
Adnan pula tersenyum.

“Kalau badan sahaja besar tetapi otak kecil, tiada guna juga.” Adnan
segera berlalu daripada situ. Baju kemejanya yang tersangkut di sebatang
paip besi diambil bersama begnya.

“Aduh, sakit juga…” lelaki itu mengaduh kesakitan saat dia cuba mengesat
darah di bibirnya.

“Tunggu…”Azhar cuba untuk meminta bantuan Adnan namun langsung tidak
dihiraukan.

Dari kejauhan, sepasang mata tua sibuk memerhatikan situasi yang sedang
berlaku. Segaris senyuman terukir di wajahnya. Lelaki itu, sesuai sekali
untuk misi kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience