BAB 2

Romance Series 53241

“Anis mari sini atuk ada benda perkara nak cakap?”, anis duduk di hadapan atuknya sedang duduk di kerusi malas.

“emm…Atuk dah buat keputusan yang atuk akan kawin dengan mak cik timah minggu depan”, Anis tersentap wajah atuknya dipandang tajam.

“anis tak setuju ke?…”

“selama ni atuk yang jaga Anis dari kecik sampailah dah besar sekarang. Anis tak akan halang kalau itu yang buat atuk gembira”, pertanyaan tuk sidik membuatkan dia terdiam. Tak setuju!!! Hatinya memekik kuat. Tapi hakikatnya itu tak akan terluah.Tuk sidik tersenyum mendengar jawapan cucu kesayangannya itu.

****

Majlis perkahwinan orang kaya Sidiq berjalan dengan meriah. Setelah 8 tahun menduda akhirnya janda beranak 3 juga dipilih. Fatimah memandang anaknya yang tersenyum ke arahnya. Normah dan Nina sudah berkeluarga. Anak bongsunya khairul pula masih di london tapi dia bersyukur kerana semua anaknya merestui perkahwinannya. Dia sendiri tidak menyangka akan naik sekali lagi ke atas pelamin setelah kehilangan seami berbelas tahun lamanya. Walaupun Hj. Sidiq agak berusia namun entah kenapa rasa sayang tumpah pada lelaki itu.

Anis memandang dari jauh. Atuknya tersenyum bahagia. Wajah-wajah anak kepada nenek barunya dilihat, baru tadi mereka berkenalan. masih terbayang jelingan Nina seakan ingin menikamnya. Kejam.

“kenapa cucu atuk ni diam je dari tadi?”

“emmm….penat sikit”

“ya ke??”, Hj. Sidiq duduk sambil mengusap rambut cucu kesayangannya.

“Anis tak suka atuk kawin ke?” tanyanya lagi apabila melihat kebisuan Anis.

“Anis peninglah Tuk..”

“kenapa?”

“Anis nak panggil apa mak cik timah tu?”

“hah?!”, Hj sidiq memandang dalam anak mata cucunya keliru.

“yalah…umur anis ni lebih kurang je anak-anak dia tak akan nak panggil nenek kot?”, ketawa Hj.sidiq kuat kedengaran. Itu rupanya yang dirunsingkan cucunya.

“sudahlah Anis jangan pening-pening. Anis panggil je macam Anis selalu panggil tu, atuk yakin dia tak kisah”

Hj. Sidiq meninggalkan cucunya. Tetamu masih ramai untuk dilayan. Anis memandang lesu langkah atuknya bukan itu sebenarnya yang dirunsingkan. Perlahan dia melangkah masuk ke rumah ingin berehat, terasa kehadirannya disitu tidak memberi makna.

***

“Mak jangan bagi muka sangat perempuan tu”,

“Perempuan mana pulak ni Angah?”,Fatimah memandang wajah anak keduanya. Serius.

“Alaaa…cucu Ayah tulah…kalau dia buat apa-apa dekat mak bagi tahu Angah..taulah nasib dia”,

“Amboi anak mak ni, awak tu dah kawin, jaga je laki tu. Mak tengok tadi si Fahrin tu makan pun ambik sendiri..” Nina tersentap. Merah mukanya mendengar teguran Fįtimah

“Dia dah biasalah mak”

“HAH! Yang biasa tulah esok jadi masalah, kau tau tak?”maknya sudah mula ingin membebel.

“Mak Khai bila balik?”, Nina mengubah tajuk. Fuhhh selamat wajah kerut maknya mula hilang mendengar nama anak kesayangannya disebut.

“emmm entahlah katanya minggu depan, rindunya mak dekat dia”, Nina mencebik. Nampak sangat maknya lebihkan Khairul adiknya. Maknya sanggup bersusah payah untuk menanggung Khairul di luar negara.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience