BAB 3

Romance Series 53241

Genap seminggu Anis hidup bersama isteri Atuknya, namun masih ganjil rasa perjalanan hidup barunya. Entah kenapa berita kepulangan anak mak cik timah juga membuatkan dia rasa serba tak kena. Dia masih belum dapat menerima dunia barunya sekarang.

” ayah sihat?” tangan ayah tirinya disalam. Hj sidiq suami maknya jadi seboleh mungkin dia akan menghormati lelaki itu.

“sihat” wajah tua itu tersenyum.senang dengan penerimaan anak tirinya itu. Fatimah juga masih belum sudah senyuman dibibir, dia pasti Khairul akan menerima pilihannya.

“sikit lagi pangkat besarlah anak kita ni, balik dari oversea..”, gurauan Hj.sidiq disambut ketawa kecil isteri dan anak tirinya.

Khairul memandang ruang bilik yang sederhana besar itu. Maknya sedang asyik mengemas bajunya. Satu persatu dimasukkan ke dalam almari.

“mak bahagia?”

“haiii anak mak ni…mestilah mak bahagia anak manja mak kan dah balik”, diusap rambut anaknya yang sudah rebah di ribanya. Khairul sememangnya anak yang manja.

“maksud khai dekat rumah ni..”

“khai..ayah layan mak baik sangat..dia lelaki yang baik, lantaklah orang nak kata apapun mak bahagia dengan dia”, khairul tersenyum.

“emmm kenapa tak pernah tengok pun cucu ayah tu masa khai kat sini ek”,

“si anis tu budak bijak, dia sekolah asrama penuh lepas tu terus universiti, manalah khai nak jumpa dia. Tapi lepas tu dia terus duduk kampung uruskan ladang atuk dia”, terang Fatimah. Khairul mengangguk perlahan, terbayang wajah selamba Anis saat mereka dikenalkan.

“dia tak suka mak ke?”, pertanyaan itu membuatkan Fatimah terdiam

“mak…khai tanya ni..”,

“dia belum biasa lagi dengan mak”, jawapan itu membuatkan dahi khairul berkerut. Belum biasa??. Dia pasti ada yang tak kena dengan hubungan maknya dengan Anis.

Suasana banglo setingkat itu agak sepi. Masing-masing dengan hal sendiri. Anis masih melayan perasaannya di atas buaian besi di taman bunga atuknya. Hj sidik sememangnya suka berkebun. Tidak hairanlah berpuluh ekar tanahnya membuahkan hasil.

“kenapa awek atuk yang sorang ni moyok je?”, Anis tersenyum. ’awek’ itulah perkataan yang sering digunakan atuknya.

“sebab pak we Anis dah ada awek lain”, kata-kata Anis membuatkan Hj sidiq tersenyum dia duduk di atas buaian yang sama.

” Tuk sekarang dah ada mak cik timah, kak Normah, Kak Nina, Abang Fahrin, Khairul semua tu atuk sayang.. tapi tempat Anis tak pernah berubah tau… Anis tetap cucu sayang atuk sampai atuk mati…”, Anis sayu. Kata-kata atuknya meresap ke hati.

“Anis yang bawa bahagia dalam hidup atuk dan arwah nenek dulu….sebab Anis ada atuk bahagia. Lepas nenek tinggalkan kita Anis tak pernah tinggalkan atuk..sakit pening atuk kan dengan Anis”, Anis mengangguk perlahan.

“Anis sayang atuk…”, Anis tersenyum manja..

“hahhh nilah awek atuk…senyum je, dah pergi masuk makan. Atuk tahu anis tak makan lagikan”,

“baik bos……” ketawanya tercetus bahagia.

Anis masuk ke dapur melihat kalau-kalau ada lagi lauk yang boleh dimakan. Peti sejuk LG di buka. Oren juice dikeluarkan. Mungkin itu yang dapat mengalas perutnya. Nak meminta kepada mak cik timah terasa malu pula.

“Anis nak makan ke?”, suara itu membuatkan Anis berpaling.

“taklah….” krikk krikk..pantas Anis menekan perutnya. Alamak perut ni kuatnya bunyi memalukan. Fatimah tersenyum, yakin gadis itu lapar.

“mak cik ada masak mee goreng udang tadi, nanti mak cik keluarkan kita makan sama-sama”, Anis mengangguk perlahan tidak dapat menafikan perutnya yang lapar tahap dewa.

“emmm…sedap”, tiba-tiba pujian itu keluar secara tak sengaja. Fatimah tersenyum mendengar pujian yang lahir dari mulut Anis.

“ehhh makan apa tu, mee goreng udang…ada lagi tak? terasa nak makan lagilah mak..” suara manja Khairul pula memecah sunyi di dapur. Dia menarik kerusi bertentangan dengan Anis.

“haiii..bukan tadi dah makan ke?….”, Fatimah tahu anaknya sengaja menyiasat sejauh mana hubungan dia dengan Anis.

“lapar lagilah mak…mak masakkan sedap, dua kali tambah baru cukup syarat..” khairul mengajuk satu iklan TV.

Anis dapat merasa kasih sayang seorang ibu yang ditunjukkan oleh Mak cik Timah kepada Khairul. timbul rasa cemburu di hatinya, dia tidak pernah merasa kasih sayang itu lagi selepas neneknya meninggal. Pantas mee di pinggan dihabiskan tidak mahu berlama di situ.

“ehhh…Anis nak lagi?”

“emm..tak apa dah kenyang..”

Mata khairul hanya memandang wajah hampa maknya. Langkah Anis dihantar dengan jelingan. Wanita itu langsung tidak menegurnya sejak dia menjejakkan kaki ke rumah besar ini.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience