BAB 7

Romance Series 53241

“Atuk Anis tak salah..percayalah Anis tak salah…”, Hj Sidik masih berdiam diri. Malunya bukan kepalang apabila Anis ditangkap kerana berkelakuan sumbang. Malah apa yang membuatkan hatinya bertambah sakit apabila lelaki itu menantunya sendiri.

“Acik Kiah….Anis tak salah…khairul percayalah Anis tak buat semua tu”, sendunya sudah kedengaran. Dia seperti orang hilang pegangan. Malah apabila menatap mata Atuknya dirinya terasa dibuang.

Fahrin memandang sepi. Entah kenapa keinginannya itu melimpah luah, keinginannya untuk mengahwini Anis sudah diberitahu kepada semua orang. Di depan seisi keluarganya dia meluahkan perasaan. Amukan Nina sudah dibayangkan dari awal tapi dia kena meluahkan rasanya. Anis tidak bersalah kenapa mesti dia dihukum. Dia ingin membela wanita itu tapi apa dayanya.

“dasar perempuan tak sedar diri. kurang ajar. Perampas, kau ingat kau hebat sangat ke? Cantik sangat? ” maki hamun Nina masih belum berhenti.

“Apa ni Nina…Ya Allah Nina mengucap..” Fatimah cuba menenangkan anaknya. Malu dia dengan pandangan suaminya.

“perempuan ni mengatal dengan laki angah mak..dasar anak pungut.”, Anis tersentak. Pantas wajah tenang atuknya dipandang. Atuknya masih diam. Air matanya menitis lagi. Kebisuan atuknya menambahkan lagi rasa pilu dihati.

Normah diam seribu bahasa, mujurlah suaminya masih bertugas di Kuala Lumpur kalau tidak dia sendiri malu dengan apa yang terjadi pada keluarganya ini. Wajah adiknya dipandang sepi. Kesian pun ada. Kalau dia di tempat Nina mesti perkara yang sama akan berlaku.

“sudahlah angah, sabar dulu….”, khairul menarik tangan kakaknya.

“hahhh kaupun sama juga dah makan puaka perempuan sial ni…kaupun ada hati jugak dekat diakan..”, jeritan Nina membuatkan Khairul memandang tajam kakaknya sudah melampau.

Hj. Sidik memandang wajah keruh cucunya, dia tahu Anis terluka tapi dia perlu adil. Dia kena mendengar dari dua-dua pihak. Dia bangun langkahnya diatur dekat ke arah Fahrin. Fahrin gerun.

“kau dah buat keputusan ke?”, tanyanya perlahan. Amukan Nina berhenti. Diam. Sunyi. Semua mata terarah kepada Fahrin.

“saya dah fikir masak-masak ayah. Saya nak kawin dengan Anis.”, tegas jawapan Fahrin. Sekali lagi terdengar jeritan Nina. Khairul menjeling tajam ke arah Fahrin. tadi tumbukan sulongnya sudah mengenai wajah tampan abang iparnya. Nasib baik pergelutan mereka dimatikan oleh Hj. Sidik.

“Nina cuba bawa bertenang, jangan nak terpekik-pekik macam orang tak ada agama”, suara Hj sidik meresap masuk ke dalam hati Fatimah . terasa ada kekurangan dalam dia mendidik anak-anaknya. Nina di pelukannya diam sebaik mendengar arahan ayah tirinya ada rasa takut dengan renungan tajam mata redup itu. Sama seperti rasa takutnya kepada arwah ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience