BAB 4

Romance Series 53241

Anis sedang asyik membasuh kereta kancil pinknya. Comel. Tangannya sudah penuh dengan buih sabun.

“emmm comel kereta kau..”, khairul berdiri hampir dengan kereta Anis sambil melihat-lihat ke dalam kereta wanita itu. Anis diam lagu yang tadi tak henti dari mulutnya berhenti tiba-tiba.

“kereta cantik tapi tuan dia garang, muka masam 24 jam”,

“apa dia?”, Anis dapat menangkap kata-kata khairul.

Tiba-tiba hatinya berbisik nakal. Khairul memasang air dan menarik getah paip hampir dengan kereta milik Anis. Perlahan tangannya mengarahkan air itu ke kereta. Anis hanya mengawasi khairul dengan ekor mata.

“ehhh apa ni???..” anis menjerit kuat apabila, bajunya sudah basah. Dia yakin lelaki itu sengaja mengarahkan air itu kepadanya.

“oopppss sory ada orang rupanya, ingatkan kereta ni bercakap…”, khairul sudah ketawa kuat.

“oooiikkk kau nak sangat main air sangat ek…”, Anis mengangkat baldi yang berisi air sabun lalu di simbah ke arah khairul. Khairul menjerit kuat tidak menyangka tindakan Anis sepantas itu. Lama mereka terdiam akhirnya gelak Anis kedengaran.

***

“kau sedarlah sikit kau tu bukan cucu betul ayah pun..”

“apa kak Nina cakap ni?”

“kau jangan buat-buat lupa. Kau tu Hj sidik ambik dari rumah anak yatim tau. Tak tentu asal usul entah datang dari keturunan mana”, wajah Nina direnung tajam. Anis cuba menyabarkan dirinya. Dia mengucap di dalam hati.

“terima kasih kak sebab ingatkan saya, saya tak pernah lupa”,

Kata-kata Nina pagi tadi masih bermain-main di mindanya. Entah kenapa Anis Suraya boleh lembut hati begini. Mungkin ajaran atuk membuatkan dia sentiasa mendahulukan akal dari perasaan.

“Anis abang minta maaf, kenapa anis susah sangat nak maafkan abang”, suara Fahrin membawanya kembali ke alam realiti.

“dahlah kisah kita dah habis…kau juga yang pilih diakan..kalau maaf yang kau nak, aku dah lama maafkan kau”, wajah Fahrin langsung tidak dipandang. Rasa benci pada lelaki itu mungkin sudah tiada tapi untuk berbaik seperti dulu jawapannya tidak.

“jadi Anis tak cintakan abang lagi?”, pertanyaan itu bagaikan belati menikam hatinya. Kalau ikutkan hati mahu saja di tampar beratus kali wajah tampan di hadapannya.

“sudahlah..gelilah dengar cinta-cinta ni jangan lupa kau tu suami orang. Aku tak akan rela jadi perampas lagipun kita dah bersaudara sekarang. Kau pun dah jadi pak cik tiri aku”, Anis tersenyum entah kenapa terasa lucu bila perkataan itu keluar dari mulutnya tak akan dia nak panggil si Nina tu mak cik. Boleh biru muka dia dengar.

Laju langkahnya meninggalkan Fahrin. Memang dulu Fahrin lelaki yang memiliki hatinya 5 tahun mereka mengemai cinta. Tapi entah dekat mana silapnya lelaki itu memilih Nina. Terbayang wajah berserinya di pelamin. Hahhh semua tu dah berlalu. Kisah itu sudah lama tamat.

“Anis dari mana?”, semua mata memandang ke arahnya. Atuk dan Khairul sedang asik menghirup kopi aroma goreng pisang menusuk rongga hidungnya.

“Anis mak cik tanya tu..”, suara atuknya pula kedengaran membuatkan dia tersedar.

“emm tak ke mana saja ronda-ronda kampung”,

“marilah makan sekali”, Fatimah tersenyum manis. Dia sedar kehadirannya masih belum diterima oleh cucu suaminya itu.

“emmm tak apalah mak cik, anis dah makan tadi”, pantas kakinya memanjat tangga meninggalkan 3 insan itu.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience