BAB 11

Romance Series 53241

Maafkan Anis kerana membuat keputusan ini. Bukan niat Anis nak larikan diri tapi ini pilihan Anis Mungkin ucapan selamat tinggal hanya mampu dilafazkan di atas kertas. Atuk pernah cakap Anis anak yang kuat semangat jadi Anis kena buat keputusan. Untuk Ibu, nenek atau Acik Timah anis pernah bergurau dengan atuk yang anis keliru nak panggil apa Mak Timah nanti. Tapi semalam Anis temui jawapannya, semua panggilan itu milik Mak Timah. Kasih anis pada atuk kini untuk Mak Timah. Kepada Nina dan kak Normah sejujurnya jauh di lubuk hati ini begitu gembira kerana punya saudara. Tapi mungkin ada sempadan antara kita. Buat khairul Anis mengerti perasaanmu tapi mungkin keadaan dan masa yang menidakkan perasaan itu. Maafkan Anis. Kata maaf juga ku tujukan kepada Fahrin kerana berkasar, bukan niat Anis. Anis doakan semua akan bahagia sentiasa.

Selamat tinggal….

ANIS SURAYA…

Masing-masing terdiam. surat yang ditinggalkan Anis ibarat menjawab segalanya. Mak timah tersenyum dia pasti Anis akan pulang ke pangkuannya suatu hari nanti. Kerana rasa kasihnya berkata begitu. Fahrin memegang tangan isterinya kini dia belajar menghargai segala yang ada.kerana rasa cinta nina bertindak begitu mngkin semua salahnya, dia akan berusaha mencari kebahagiaannya sendiri.biarlah peristiwa antara dia dan Anis menjadi sejarah. Khairul melipat kemas surat ditangannya.lama dia berfikir, Akhirnya dia tersenyum.

Anis miliknya..

“khai nak ke mana tu?”

“cari cinta khai….”, Mak Timah tersenyum. dalam diam dia mendoakan anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience