BAB 10

Romance Series 53241

Sudah tiga hari rumah besar ini sunyi tanpa atuk. Anis hanya berkurung di bilik. Sejak mata atuknya terpejam setitis airmatapun tidak mengalir. Kenapa dia sendiri tak pasti.

“mak..Anis macamana?” Khairul dan Fahrin duduk mengadap maknya yang baru sudah membaca Yasin. Nina menemani Normah ke rumahnya untuk mengambil barang untuk anak-anaknya.

“entahlah mak risau, menangis tak, marahpun tak…mak tak tahu nak cakap apa…mak malu sebenarnya dengan dia.” Menitis lagi airmata itu.

“mak sabarlah…jangan macam ni, Anis tu seorang yang tabah”, Fahrin pula bersuara. hatinya juga turut tak menentu melihat keadaan Anis. Khairul memandang ke arah wajah Abang Iparnya. Kalau dulu dia marah, benci dan geram, kini Fahrin adalah lelaki yang dikagumi.Lelaki itu memaafkan kakaknya walaupun kesalahan itu dia sendiri belum lagi memaafkan kakaknya Nina. Selepas kejadian itu Nina langsung tidak ditegur.

Anis keluar dari biliknya perlahan-lahan kakinya melangkah mendapatkan 3 insan yang sedang memandang ke arahnya.

“Anis nak makan? Acik Timah buatkan ek?” pertanyaan itu tidak dijawab. Matanya masih memandang ke arah Mak Timah. Ada sedikit rasa takut di hati mak Timah.

“Anis?” panggilan serentak Fahrin dan Khairul tidak dihiraukan. Mereka juga bersedia jika ada sesuatu yang akan dilakukan oleh anis.

Anis duduk di sofa sebelah mak Timah. Matanya masih memandang ke arah wajah itu. Isteri atuknya. Lama dia begitu.

“Anis dilahirkan tanpa kenal siapa ibu Anis…atuk pungut Anis, Dia bagi anis tempat tinggal, makan, pakaian cantik…atuk sentiasa senyum kalau ada yang buli Anis. Atuk pujuk nenek terima Anis, atuk buat nenek kasih pada Anis…Atuk akan buat anis genbira kalau anis sedih, atu yang akan balut luka Anis kalau cedera..”, airmatanya sudah merembes keluar. Begitu juga dengan Mak Timah. Dia terlalu sayu mendengar luahan insan kesayangan arwah suaminya ini. Nina dan Normah yang baru masuk juga turut mengalirkan airmata.

Khairul melarikan pandangan tak tahan rasa hati lelakinya melihat kesediha insan yang disayang. Kata-kata Anis membuatkan Fahrin sedar dia banyak meninggalkan kesedihan di hati wanita itu. Dia sememangnya tak layak untuk Anis.

Wajah Anis diusap perlahan. Tangan mak timah sudah menyentuh pipi lembutnya yang sudah basah dengan airmata. Semua disitu hanya menjadi penonton sepi.

“Acik Timah tahu Atuk sayang sangat Anis..”, Mak Timah menyapu airmatanya dengan lengan bajunya. Terasa sebak mengucapkan kata-kata itu.

“atuk pergi tinggalkan Anis sebab anis tinggalkan dia, tapi anis tahu atuk sayangkan anis..Atuk pergi tapi dia tak biarkan Anis sorang-sorang..dia hadiahkan Anis Acik Timah menganti kasih sayang dia kan?”, laju Mak timah menggangguk. Nina sebak rasa bersalahnya menggunung. Dia berdosa.

“boleh tak Acik Timah peluk Anis…Anis rindu sangat dekat atuk….”, ucapan perlahan Anis membuatkan tangan Mak Timah pantas menarik tubuh anis ke dalam pelukannya. Anis menangis semahunya. Tiada apa lagi yang disimpan. Semuanya diluahkan.

“terima kasih atuk” bisik hati Anis….dia tahu kini alasan utama atuk kawin lagi..

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience