Chapter 5

Drama Completed 16839

BAB 5

Maimum sedang seronok menonton televisyen dan dia kelihatan santai ketika itu kerana perniagaan salun kecantikkan yang dibukanya tutup pada waktu itu. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk.

Kelihatan Maimum keseorangan, dia sudah menjadi janda sejak dua tahun lalu dan dia sudah biasa tinggal berseorangan. Dia membuka salun kecantikan di bawah pangsapurinya. Sedang enak dia menonton siri komedi ditelevisyen, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dan dia membukanya dan terkejut bahawa Aya dihadapan rumah bersama anaknya, Loli. Maimum mengalu-alukan kehadiran kakak kesayangannya.

Maimum: Siapa itu?
Aya: Akaklah Mun! Loli pun ada sekali.
Maimum: Oh, sekejap, Maimum datang.
Loli: Salam mak cik, buat apa itu?
Maimum: Yana, tengok televisyen, Dua orang saja?
Aya: Takkan kawan-kawan akak nak ikut sekali! Maimum sihat?
Maimum: Alhamdulliah, banyaknya makanan. Dari mana akak dapat lauk-lauk ini semua?
Aya: Akak dah ambil alih kedai Haji Ismeth. Akak dah mula masak di kedai itu.
Maimum: Alhamdullialh, baguslah itu.
Loli: Mak cik, mama Yana tumpang tengok televisyen ya?
Maimum: Ya, tengoklah. Akak, Yana macam dah berubah saja. Makin baik dan menghormati orang ramai.
Aya: Sejak Zaher meninggal, dia berubah. Dia lebih menyayangi keluarganya. Itu sajalah permata yang akak ada sekarang ini.
Maimum: Akak, Mun pun selalu ada di sisi akak. Ah, masa hari itu Mun balik ke kampung untuk selesaikan harta peninggalan arwah mak cik. Kemudian, lepas semua pegawai pulang, Mun duduk sekejap di rumah dan tiba-tiba Mun terbau bau mama akak. Mun jadi takut.
Aya: Mun, buat akak takut saja. Jangan merepeklah.
Maimum: Akak, bukan itu saja, masa saya nak pulang sempat saya ke rumah mak cik Salmah, dia kata rumah arwah mak cik selalu terang kalau waktu malam dan kadang-kadang anak-anak dia Nampak kelibat wanita. Mun takutlah akak.
Aya: Adik, akak bukan tak percaya dengan cerita adik Cuma akak nak adik jangan percaya sangat dengan cerita-cerita karut ini. Akak nak adik beranikan diri ya.
Maimum: Baik akak! Tapi, saya rasa apa yang Alaisa cakap tu macam betullah akak!
Aya: Mun, akak tak nak adik percaya dengan Alaisa. Dah jangan fikir bukan-bukanlah, jom kita buka makanan ini dekat dapur.

Maimum dan Aya menuju ke dapur untuk membuka makanan yang dibawa Aya. Loli datang membantu mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience