BAB 7
Restoran Santap kelihatan padat dengan makanan yang terhidang disekeliling meja. Wong, jiran Aya dan Sofi sedang gigih menyusun makanan di suatu sudut. Aya, kelihatan letih tetapi tetap bergaya.
Selepas selesai menyiapkan makanan kepada krew-krew perfileman tersebut, Loli meminta izin ibunya untuk keluar sebentar bertemu dengan rakan-rakan. Aya mengizinkan dan sejurus selepas Loli beredar, tiba-tiba Minah dan Maimun memasuki ruang restoran dan menyapa manja Aya yang kelihatan terkejut dengan kehadiran mereka. Aya mencium mesra kedua-dua mereka dan memperkenalkan mereka kepada Sofi dan Wong, jiran Aya. Aya mempelawa mereka untuk menjamu selera namun mereka menolak kerana hasrat mereka adalah untuk mengajak Aya untuk menemani mereka berdua ke kampung untuk menghantar Minah yang datang ke sini untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Aya meminta maaf kerana gagal menyertai mereka berdua. Maimun dan Minah terus mengucapkan selamat tinggal kepada Aya dan rakan-rakannya. Sejurus kemudian, krew-krew perfileman mula membanjiri restoran Santap.
Loli: Mama, kerja Loli dah selesai, Loli keluar jumpa kawan sekejap boleh?
Aya: Baiklah, hati-hati ya sayang.
Loli: Baiklah, selamat tinggal!
Wong: Untung Aya dapat anak macam Loli, baik orangnya.
Aya: Itulah, nasib baik Loli dah banyak berubah.
Sofi: Aya, itu macam Maimun dengan kawan dia.
Aya: Oh, Minah, sepupu saya.
Maimun: Akak, Sofi. Eh, Wong pun ada sekali.
Wong: Bantu Aya, Loli keluar sekejap.
Minah: Apa khabar semua? Aya, maju peniagaan sekarang.
Aya: Alhamdullialh, bolehlah. Kenapa datang ke sini?
Maimun: Oh, tadi Minah telefon suruh hantarkan dia ke hospital sebab dia perlu dapatkan rawatan di Kuala Lumpur. Lagipun, Maimun tak sibuk. Ingatkan nak ajak akak hantarkan Minah ke kampung.
Aya: Maafkan akak Risa, akak banyak kerja.
Maimun: Taka pa. Kami faham.
Minah: Kalau tak gerak sekarang lambat sampai pula ke kampung.
Maimun: Yalah akak, Maimun dan Minah pulang dahulu ya.
Aya: Hati-hati jalan ya.
Maimun: Wong, Sofi kami pulang dahulu.
Sofi: Baiklah, hati-hati.
Minah: Selamat bekerja semua.
Selepas Maimun dan Minah pulang, kelihatan sekumpulan krew-krew perfileman sedang dalam perjalanan untuk menjamu selera di situ. Aya, Sofi dan Wong kelihatan bersedia untuk melayan krew-krew perfileman tersebut.
Share this novel