Chapter 6

Drama Completed 16839


BAB 6

Aya kelihatan selesa di atas katil biliknya sambil duduk termenung di atas tilamnya. Dia kelihatan sunyi dan senyap sambil jarinya bermain-main dengan rantai emas pemberian ibunya, Sofiya. Dia terfikirkan tentang kata-kata adiknya dan Alaisa mengenai hubung kait kematian ibunya dan juga ibu Alaisa yang hilang. Tiba-tiba Loli datang menyapa.
Aya asyik termenung dan berfikir mengenai perihal ini. Lalu, Aya dikejutkan dengan kehadiran anaknya, Loli yang masih lagi tidak tidur. Jam menunjukkan pukul satu dan kedua-dua beranak tersebut masih lagi tidak tidur walaupun esok mereka perlu memasak untuk krew-krew perfileman. Tinggal dua hari lagi untuk mereka menghidangkan makanan kepada seluruh ahli produksi filem yang membuat pengembaraan di sekitar rumah Aya.

Loli: Mama, tak tidur lagi ke? Loli tak boleh tidurlah.
Aya: Mama tak ngantuk lagi sayang, dah jam 12 dah, kenapa anak mama tak boleh tidur ke?
Loli: Loli, masih teringatkan papa. Loli rasa sedih sangat.
Aya: Loli, papa dah tiada, jangan fikirkan sangatlah.
Loli: Sebelum papa peluk Loli, papa sempat kata yang Loli bukan anak kandung dia. Betul ke mama?

Tiba-tiba, Loli menanyakan soalan yang menderau darah Aya, Loli menanyakan samaada Zaher merupakan ayahnya ataupun tidak kerana sebelum Zaher cuba merogol Loli, Zaher mengatakan bahawa Zaher bukannya bapa kandung Loli dan ini membuatkan Loli sedih dan cuba untuk menghapuskan Zaher. Aya terkejut dan berterus-terang terhadap anaknya, Loli. Loli merupakan anak luar nikah Aya selepas Aya dirogol dengan kejam oleh bapa kandungnya sendiri. Ini menyebabkan ibunya Sofiya membenci Aya kerana Sofiya beranggapan Aya bersikap liar dan melakukan seks dengan lelaki-lelaki lain. Aya menangis dan Loli menenangkan ibunya.

Aya: Loli! (Sambil menangis)
Loli: Kenapa mama nangis, maafkan Loli kalau ini membuatkan mama sedih.
Aya: Mama nak cerita sikit pasal hal ini. Dulu, mama dirogol oleh atuk Loli dengan kejam. Mama masa itu baru habis sekolah dan sedih sebab dirogol oleh darah daging sendiri. Kemudian, papa Loli datang dalam hidup mama dan merubah keadaan mama. Nenek tak suka dengan mama sebab mama mengandung sebelum berkahwin dan nenek tak pernah tahu perkara sebenar hanya mak cik Maimun saja yanh tahu. Mama sedih, dan maafkan mama sebab tak ceritakan perkara sebenar kepada Loli sebelum ini.
Loli: Mama, yana faham dengan apa yang mama sudah lalui.
Aya: Mari peluk mama!
Loli: Mama!

Kelihatan Loli sedang menenangkan ibunya yang kelihatan sedih dengan kisah lampaunya. Aya memeluk erat anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience