Chapter 8

Drama Completed 16839

BAB 8

Sejurus selepas sampai, Minah menjemput Maimun untuk masuk ke dalam tetapi Maimun menolak kerana enggan pulang lewat. Alaina menghormati keputusan Maimun yang mahu pulang awal. Sebenarnya, Maimun ingin ke rumah Mak Cik Zainon untuk melihat sendiri samaada kata-kata orang kampung adalah benar ataupun tidak.

Maimun memberanikan diri untuk ke rumah Mak Cik Zainon. Maimun mengetuk pintu rumah dan rumah mak cik Zainon tidak berkunci dan Maimun seakan-akan takut untuk masuk tetapi demi mencari kebenaran beliau memberanikan diri. DIa melihat sekeliling rumah tersebut dan keadaan adalah sangat bersih, dia cuba untuk membuka pintu bilik utama tetapi berkunci. Perasaan hairan terbenak di dalam fikirannya.

Dia cuba mengetuk, tetapi tidak berjawab, lalu dia teringatkan kunci-kunci rumah dan bilik yang pernah diberikan oleh Aya. Dia menggunakan kunci tersebut untuk membuka pintu bilik utama dan alangkah terkejutnya Maimun apabila terdapat seorang wanita sedang duduk ketakutan di hujung bibir katil. Maimun seakan tidak mampu berkata apa-apa. Mulutnya kaku, dan dia seakan-akan di awangan. Maimun pengsan.

Selepas Maimun terjaga, dia terus terlihat wajah Fatin, ibunya yang tersenyum melihat keletah anaknya. Maimun seperti bermimpi tetapi dia takut untuk menghampiri ibunya yang selama ini diingatkan sudah meninggal dunia. Maimun kemudian memberanikan diri untuk membelai wajah ibunya yang sudah lama tidak dijumpa. Kedua-dua beranak tersebut berpelukan mesra dan menangis sehingga tidak mampu mengawal rasa gembira yang teramat.

Sejurus selepas itu, Fatin mahu mengikuti anaknya Maris sake Bandar kerana sudah lama tidak keluar dari rumah. Maimun mengizinkan hajat ibunya dan berhasrat untuk menjaga ibunya sebaik-baiknya sehingga ke akhir hayat ibunya.

Namun, sempat Fatin menanyakan perihal Aya kepada Maimun dan adik Aya mengatakan bahawa Aya seorang wanita yang tabah dan cekal serta mudah berdikari. Sofiiya menangis dan bangga dengan anaknya. Kedua-dua mereka keluar dari rumah secara senyap-senyap supaya orang kampung tidak mengesyaki gerak-geri mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience