BAB 10
Pintu utama berbunyi ketukan, dan ketika itu Maimun tiada hanya ibunya, Fatin dan Fatin agak gementar untuk membukanya dan berdoa agar bukan Aya yang mengetuk pintu. Tiba-tiba, terdengar suara Maimun membuka kunci pintu dan Fatin lega kerana itu adalah Maimun tetapi tiba-tiba dia terdengar suara budak perempuan sedang rancak berbual dengan Maimun.
Maimun tergamam kerana terlihat ibunya dihadapan dan terlupa akan kehadiran Loli. Maimun terkedu seketika dan Loli berasa hairan dan seakan pernah melihat wajah wanita yang berada di hadapannya.
Fatin seakan menangis dan gembira akhirnya bayi yang pernah beliau belai dan jaga berada di depan mata. Loli hanya mampu membiarkan Fatin memeluk erat badannya dan Maimun menghela nafas lega dan mengajak Loli untuk mendengar kisah yang sebenar.
Fatin dan Maimun menceritakan kesemua perkara sebenar kepada Loli dan memberitahu beliau bahawa ibunya, Aya merupakan seorang wanita yang baik, tabah dan menghormati orang tua. Loli tersentuh dan memeluk erat neneknya, Fatin sambil dilihat oleh Maimun yang juga menangis melihat pertemuan antara mereka berdua. Maimun mengajak Loli untuk ke dapur bagi menyiapkan makan malam manakala Fatin terus ke bilik tidur bagi menyiapkan tempat tidur untuk cucu kesayangannya.
Kelihatan Aya sedang meyakinkan Tuan Amir tentang keuntungan yang bakal mereka perolehi jika menjadi rakan kongsi dan Haji ismeth pada asalnya tidak bersetuju dengan pandangan Aya namun kemudian selepas melihat prospek-prospek akan datang yang bakal restoran Santap perolehi, dia bersetuju dan mengarahkan Aya untuk menguruskan restoran tersebut dengan penuh amanah dan bekerja dengan penuh tekun.
Aya yang mendapat mandate dan tanggunjawab tersebut bersyukur dan berterima kasih dengan keputusan Tuan Amir. Aya yang ditemani Sofi hanya mampu tersenyum dan gembira kerana diberi peluang untuk menguruskan perniagaan Santap yang terkenal dengan masakan Minangkabau.
Share this novel