Chapter 9

Drama Completed 16839

BAB 9

Kedua-dua mereka berborak ceria dan sofiya memberitahu anaknya tentang perkara sebenar yang berlaku. Alangkah terkejutnya Maimun apabila mengethaui bahawa wanita yang meninggal di dalam kejadian kemalangan tujuh tahun lepas ialah Feeza, ibu Aminah dan kini dia yakin dengan tanggapan Aminah tentang kehilangan ibunya ada berkaitan rapat dengan kematian Zainon.

Zainon mengingatkan Maimun supaya tidak memberitahu kewujudannya kepada Aya atau sesiapa pun kerana beliau tidak bersedia.Maimun berjanji tidak akan memberitahu kakaknya akan perkara ini.

Maimun memulakan perniagaan kecantikkannya seperti biasa. Kedainya sentiasa penuh dengan pelanggan setempat. Ibunya yang bosan berada di rumah keseorangan turut membantu anaknya Maimun di salon. Tiba-tiba, Aya muncul dan ditangannya penuh berisi makanan untuk digunakan sebagai bahan memasak.

Maimun terkejut dan ketika itu ibunya sedang berada di stor. Maimun menyuruh Aya tunggu sebentar dan Aya kelihatan hairan dengan sikap adiknya yang jarang bersikap aneh seperti itu. Maimun lantas ke stor untuk memaklumkan kehadiran Aya kepada ibunya. Zainon kelihatan terkejut dan meminta Maimun supaya tidak membenarkan anak sulungnya itu tidak memasuki ruang stor salon tersebut. Maimun akur dengan permintaan ibunya. Aya hanya mampu memberitahu bahawa dia akan meninggalkan Loli di rumahnya kerana Aya perlu menyelesaikan isu restoran Solero dengan berjumpa Tuan Amir. Maimun hanya mengangguk setuju. Aya pulang dengan tergesa-gesa. Zainon keluar dengan rasa lega apabila diberitahu Aya dan mula merasa syahdu selepas lama tidak mendengar celoteh anak sulungnya, Aya.

Selepas penat membersihkan pinggan mangkuk dan restoran tersebut, Stella dan Aswindar meminta pulang ke rumah dan tinggal Aya dan Loli sedang mengira keuntungan yang diperolehi hari ini.

Loli mengemukakan cadangan kepada ibunya supaya membelanjakan wang hasil keuntungan dengan bercuti bersama mak ciknya Maimun namun Aya bertegas kepada anaknya supaya berjimat cermat untuk masa hadapan dengan menabung di Amanah saham Berhad (ASB). Loli hanya tersenyum. Sebelum mereka pulang, Aya sempat memberitahu Loli supaya pergi ke rumah Maimun selepas pulang dari sekolah kerana Aya akan keluar Bandar seketika untuk menguruskan tentang urusan restoran Solero milik Tuan Amir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience