BAB 5

Romance Completed 11941

‘‘Ayra ! tunggu jap, kenapa laju sangat ni?’’.

‘‘Eh, Tyra, sorry sangat-sangat. Aku tak perasan la pulak kau kau panggil aku, aku nak cepat ni. Fariz dah tunggu lama kat library, kitorang nak siapkan assignment microphy ni’’.

‘‘Weh, tunggu la kejap Ayra’’. Athiera menarik tangan Ayra dan mengajaknya duduk di pondok kecil berhadapan library Uitm. ‘‘Aku ada something nak bagitahu kau ni’’. Kedengaran riang sekali suara Athiera.

‘‘Erm’’, kening Ayra yang tebal seolah-olah bercantum menjadi satu. Kehairanan dengan sikap sahabat baiknya itu. ‘‘Ni mesti ada benda yang penting dan best ni, betul tak?’’ Duga Ayra.

‘‘Eh, macam mana kau tahu ni? Kau ni memang sahabat terbaik la Ayra. Sayang kau!’’

‘‘Sayang-sayang juga tapi apa benda bestnya yang kau nak bagitahu aku ni? Cepat la. Aku nak cepat ni. Karang tak pasal-pasal mamat tu merajuk. Bukan senang nak pujuk. Merajuk mengalahkan mak nenek’’.

‘‘Erm, macam mana nak cakap dengan kau ni ye Ayra? Erm susah la nak cakap.Kau ni macam rushing je. Takpa la kalau macam tu, aku bagitahu kat rumah jela’’. Terus bangun dari tempat duduk.

‘‘Eh, kau jangan nak mengada-ngada kay. Aku tak suka betulnya spesis yang macam kau ni. Baik kau cakap sekarang. Eh, sakit pulak hati ni. Meh, duduk balik. Kau jangan harap nak lari kalau tak bagitahu dulu something yang penting tu’’.

‘‘Okey-okey jangan la marah. Aku nak bagitahu yang abang vespa bagi respond kat email aku. Arghhh sukanya’’. Senyuman yang tak lekang dibibirnya.

‘‘Hah? Arghhhh. Yeke? Wah. Gila lah. Weh, bestnya. Hohohoho’’.

‘‘Weh, control la sikit gelak tu. Kau pulak yang over. Macam la abang vespa tu email pada kau’’.

‘‘Oppss sorry, terover pulak saya. Hehehehe. Eh, wait ! but how he send email to you? You give your email to him?’’

‘‘Yela, kau ingat tak note yang aku suruh adik tu hantar. Kat note tu aku tulis email aku. Hehehe…brillion tak saya?’’ Erm, kening kanan terangkat naik. Bangga nampak. Itu la Athiera namanya, suka masuk tong golek sendiri. Hohoho.

‘‘Wah advance kau ea. Aku ingat note biasa je kau tulis. Apa lagi yang kau tulis? Kau tak cakap kan dekat aku kau tulis apa’’.

‘‘That’s secret kay. Tak ada siapa pon yang boleh tahu. Except me, him and Allah. Erm ok la bye. Aku pon ada kerja nak buat’’. Dengan pantas Athiera meninggalkan Ayra yang terpinga-pinga di pondok.

Perempuan ni kan. Geram sungguh la aku. Macam tu je pergi. Ayra menghantar sahabatnya dengan pandangan. Semakin lama bayang Athiera semakin hilang.

Erm Tyra, aku doakan kau bahagia sayang. Hopefully dia lah yang terbaik buat kau. Tiba-tiba hatinya sayu. Athiera berhak untuk bahagia. Ya Allah, kau kekalkanlah senyuman dibibirnya itu, sudah lama aku tidak nampak Athiera senyum begitu.

Seyuman yang sama seperti 4 tahun lepas. Jika dulu, ya. Athiera selalu tersenyum. Kerana dia bahagia.

Tapi itu dulu, 4 tahun lepas. Selepas Iqmal pergi akibat luekimia, hatinya juga sama dibawa pergi. Persahabatan yang terjalin dengan Athiera sejak mereka sama-sama bergelar pelajar diploma sehinggalah kini.

Sekarang masing-masing melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Univesiti yang sama. Jika dahulu mereka berempat, dia, Athiera, Haziq dan Arwah Iqmal. Tapi kini yang tinggal hanya bertiga. Sedih, ya memang sedih. Kehilangan seorang kawan yang cukup baik.

Athiera, aku tak mahu lihat kau bersedih lagi. Kekalkanlah senyumanmu sahabat. Cukuplah aku hanya kehilangan seorang kawan. Aku tak mahu kehilangan lagi seorang kawan. Cukuplah, sampai saat ini sahaja. Titis-titis air mata jatuh juga akhirnya.

Fariz menghampiri Ayra, sapu tangan dihulurkan. Ayra terkejut memandang Fariz dan akhirnya disambut jua huluran sapu tangan. Senyuman dihadiahkan.

‘‘Thanks awak’’.

Fariz tersenyum. Hatinya juga sayu. Memahami apa yang dirasai oleh kekasihnya itu. Kerana dia juga turut merasakan perasaan yang sama. Lama dia memerhatikan Ayra bersama Athiera tadi. Walaupun tidak sepenuhnya mendengar perbualan mereka, tapi dia tetap dapat mengagaknya.

Semoga kau bahagia Athiera. Doa Fariz dalam hati. Jom Ayra, kita pergi makan dulu. Saya tahu awak belum makan lagi kan. Jom…

Ayra bingkas bangun dan berjalan bersama menuju ke Café Laparis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience