BAB 7

Romance Completed 11941

‘‘Tyra, mamat tu cakap nak jumpa kau kat mana ni?’’

‘‘Kat pantai la, mana lagi. Kau ni tu pun nak tanya. Cepat la sikit. Aku dah tak sabar ni. Hehehe’’.

‘‘Ya Allah, sabar boleh tak Tyra? Dia tak akan larinya, percayalah. And one more thing, aku rasa kau ni lupa kot. Aku taw la ko ni extra excited nak jumpa mamat tu. Tapi kau nak jumpa dia ni kat belah mana? Pantai Dungun ni luas Miss Athiera Adreena oii, celah bedah mana pantainya? Ce kabo, ce kabo. Kita dah kat pantai dah ni pun’’.

‘‘Ya Allah Miss Ayra Firzana, macam manalah aku boleh lupa semua tu? Aduh, macam mana ni? Eh eh, cuba try cari vespa merah dia. Sure adalah’’.

‘‘Erm, oklah. Kita try cari kat Teluk Gadung nak? Aku rasa macam dia ada je kat situ. Sebab aku rasa kat situ je tempat yang sesuai nak purpose orang macam kau ni. Hahaha’’.

‘‘What!!! what kind of orang yang kau maksudkan ni Ayra? Kau memang nak kena kan? Eee… geram plak aku ngan orang cacat itik nih !’’

‘‘Adoi, sakit la.. tak payah la nak sepit-sepit aku plak. Cacat ea? Yang cacat ni jugak la yang kau mintak tolong kan? Mana kawan kau yang lain tu? Yang normal macam kau ni.mana! mana! Hurgh…’’. Geram pulak dia dengan sikap Athiera.

‘‘Hahahah. Aku mana ada kawan yang normal. Semuanya cacat. Tapi aku lagi suka kawan aku yang cacat itik ni. Comei dia. Macam Park Shin Hye’’.

‘’Peghhh, nasib la kau ni pandai memujuk Tyra, kalau tak aku memang nak tendang kau keluar dah ni’’.

‘‘Hahaha, amboi kau. Cukup la kau sorang yang cacat. Tak kan kau nak aku cacat plak. Yelah, seorang gadis cantik menjadi cacat kerana ditendang keluar daripada kereta. Lebih mengharukan lagi, kawannya itu juga seorang yang cacat. Ya, cacat itik. Hahahah’’.

‘‘Gila la kau ni Tyra, adoii.. pening aku melayan kau ni. Eh Tyra, tu bukan vespa merah ke?’’

‘‘Mana-mana? Tak Nampak pon?’’

‘‘Tu la, kat pondok bawah tu’’.

‘‘Ok, aku dah nampak. Ya Allah, kenapa hati aku ni? Nervous la weh…jom la patah balik. Jom Ayra, aku rasa tak sanggup la’’.

‘‘Weh, no no no.Kita dah sejauh ni ok. Bukan ke ni yang kau harapkan? Berjumpa dengan dia. It’s ok la Tyra, InsyaAllah, semuanya ok je. Jom-jom aku teman. Aku taw kau takut, Jom’’.

Kereta diberhentikan dan diparking disebelah pondok. Ayra bergerak menghampiri lelaki di pondok berhadapan tasik sambil Tyra mengikuti dari belakang.

‘‘Err.. Assalamualaikum…

‘‘Waalaikummussalam…Athiera?’’

‘‘Eh, bukan. Saya Ayra, kawan Athiera. Dia !! Athiera !!’’ Ayra menarik Athiera kehadapan.

Akibat daripada tarikan kuat yang dicipta Ayra, badan Athiera hampir tersungkur kehadapan. Dan, jeng jeng jeng, apalagi. Abang vespa pon secara refleksnya mengampu badan Athira yang ehem ehem…comei la…chubby, huhuhu.

Alangkah indahya saat itu. Pandangan mata bertaut. Sepasang mata yang redup merenung ke anak mata Ayra yang bulat. Like Barby Doll. Chop, eh eh, wanita muslimah. Harus jaga batas. No!! Cepat-cepat Athiera bangun.

‘‘Opss, sorry’’. Lantas Emer memusingkan kepala ke kiri sambil mengusap rambut.

‘‘Hensem.. hanya itu yang keluar dari mulut Athiera. Opss, alamak. Asal kau ni Athiera. Tersedar akan kata-katanya. Malu lah weh.

‘‘Sorry? Awak cakap apa tadi? Saya tak dengar la?’’ Berkerut dahi Emer meminta penjelasan.

‘‘Eh, nothing! Tak, saya tak cakap apa-apa pon’’. Huhu…fuh, selamat aku. Tyra, behave ok. Cool down.

‘‘Err…ok, eh, awak…er…Aaa…tyra, jom duduk’’. Tiba-tiba pulak dia rasa segan. Aduh Emer, asal ni. Selalunya kau ok je. Tak kan dengan budak ni tiba-tiba jadi gagap plak.

‘‘Owh, sure’’. Athiera duduk.

Ok, dua-dua freeze. Tak taw nak buat apa. Ayra pon boleh pulak kau hilang kan. Aduh, malu la..

‘‘Emm, hai. Awak dah lama sampai?’’ Aduh aku pulak yang kena start dulu. Apa punya mamat ntah. Pipi Athiera mulai merah. Maluuuuuuuu…

‘‘Erm, tak lah. Baru jugak. Setengah jam’’.

‘‘Hah? Setengah jam?’’ Melopong mulut Athiera mendengarnya.

‘‘Opss sorry’’. Aduh Tyra, asal dengan kau ni. Cubala control sikit mulut tu. Dah dua kali kau buat perangai wahai mulutku ini. Kan dah buat abang vespa ni terkejut dengan kau. First day dah tunjuk perangai sebenar.

Emer gelak sambil menggeleng kepala. Lucu jugak budak ni. Not bad. Fikirnya .

‘‘Eh, saya ok la. Hahaa. Awak ni lawak la Athiera. BTW, saya Emer,Emer Haziq B. Hazwan’’.

‘‘Owh, heheh..saya Athiera Adreena Bt Adam. Nice to meet you Emer.

Ok, aku dah tahu nama penuh dia. Yahoo,erm, nice name. Hati Athiera melonjak riang, kalau Emer tahu mesti dia cakap aku ni gila. Ah, what ever la, dia bukan tahu pon. Its save !!.

‘‘Me to, nice to meet you sweet girl. Harap-harap saya boleh kenal awak dengan lebih dekat lagi’’. Senyum Emer kepada Athiera.

‘‘With my plessure, yes sure’’.

Omg! I like your smile. Thanks Ya Allah, selama ni aku just boleh tengok vespa dia je. Tapi hari ini aku boleh berjumpa dengan orangnya. Thanks for fulfill my dream. Athiera tersengeh lagi. Tapi kali ini lebih teruk apabila matanya turut terpejam rapat. Berangan!!!

‘‘Ehem, Athiera, awak berangan ke?’’

‘‘Eh, tak la’’. Alamak dia nampak ke aku berangan. Be cool Athiera. Tiba-tiba dia terfikir. ‘‘Awak marah kat saya tak Emer?’’

‘‘Marah?, maksud awak? Saya tak faham la Athiera’’.

‘‘Emm, macam ni…. Sambil membetulkan duduk Athiera menghadap Emer. Dari mana dia punya keberanian untuk duduk berhadapan dengan lelaki itu pon dia tak tahu.

Hampir tersentak Emer dengan perlakuan Athiera. Berani budak ni. Tapi sweet. Ya, aku suka tengok dia, manis. But naughty.

‘‘Awak marah tak saya bagi note kat awak Emer?’’ Akhirnya terkeluar juga soalan dari mulutnya. Memang itu pon yang Athiera hendak tanya dan dia memang berharap Emer tak akan marah dengan tindakannya memberikan note.

‘‘Eh, tak la. Buat apa saya nak marah. Ini menunjukkan yang saya ni hot la kan sampai awak admire dan buat note tu semua. Betul tak Athiera?’’ Sengaja dia menduga Athiera apabila gadis dihadapannya itu menunduk malu. So blushing Athiera.

‘‘Hah? Terkejut Athiera dengan kata-kata Emer. Er…hot la kot’’. Hampir tergelak Athiera dengan Emer. ‘‘Sebenarnya, saya tak pernah pon tengok muka awak taw Emer. So, saya tak tahu la awak ni hot ke tak dan rupa awak memang saya tak boleh bayangkan. Yelah, tak pernah sekali pon saya nampak muka awak. Saya just kenal awak melalui vespa awak je’’.

‘‘Hah??’’ Kini giliran Emer pulak terkejut dengan pengakuan Athiera. ‘‘Awak biar betul? So, selama ni awak memang tak tahu rupa saya? Are you kidding me?’’

‘‘No, I’m not kidding you at all. Betul, saya tak pernah pon tengok awak. First time saya nampak vespa awak kat kedai Aunty Fify depan taman kita. Saya nak sangat tunggu awak, nak tengok siapa yang bawak vespa merah. Tapi masa tu saya nak cepat, ada hal. So dari situ saya agak yang awak ni duduk satu taman dengan saya. Kiranya senang la nak jumpa kan. Tapi sebenarnya tak jugak. Susah taw tak nak jumpa awak. Heheheh’’. Athiera gelak sambil memandang wajah lelaki yang kini mendapat tempat hatinya.

‘‘Owh, macam tu ke? Wah, unik betul la awak ni. Serius, saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tapikan, saya rasa awak ni minat kat vespa saya je. Betul tak Athiera?’’

‘‘Eh, mana ada. Cuba awak ingat balik, saya tulis kat note tu, saya suka tengok vespa awak dan awak juga. So, saya suka vespa dan dalam masa yang sama saya juga suka awak’’.

‘‘So, awak suka saya la ni?’’ Usik Emer.

‘‘Erm.. alamak’’.Apa aku dah cakap ni. Alamak, sekali lagi mulut ni buat hal.Akhirnya semua dah memakan diri sendiri. Dasar mulut tak reti diam. Ya Allah, malunya..

‘‘Athiera? Awak berangan lagi?’’

‘‘Eh, tak la…

‘‘So?’’

‘‘So what?’’

‘‘Awak suka saya tak?’’

Omg, otokeyy……

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience