BAB 10

Romance Completed 11941

2 tahun selepas itu…

Akhirnya aku akan berangkat ke Malaysia setelah bertungku-lumus menghabiskan Master in International Tourism Management di Greenwich University, London. Tak sangka pula, setelah tamat degree aku ditawarkan ke London in fully scholarship.

Seperti megetahui akan derita dihati kerana dilukai oleh Emer, keputusan untuk sambung belajar ke luar negara adalah

tepat. Lebih menyakitkan hati lagi, Emer menipu yang selama ini dia adalah abang vespa. Dia bukan abang vespa merah yang aku cari dan admire selama ini. Dia cuma rakan serumah yang selalu menggunakan vespa dan dia jugalah yang mengambil note daripada budak perempuan tempoh hari. Dia bukan sahaja menipu aku malah dia juga menipu kawannya sendiri. Apa-apa pon aku dokan kau bahagia bersama Aimy dan dia juga mengaku salahnya serta memperkenalkan aku dengan tuan sebenar vespa merah. Noah Ibrahim, itulah orangnya, tapi pertemuan aku dan dia cuma sebentar sahaja di hari peperiksaan terakhir. Selepas itu aku tidak lagi berjumpa dengan dia dan Emer juga sudah selamat menjadi suami Aimy beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah, berkat doa seorang ibu akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ini impian aku sejak dulu lagi. Ya, impian bersama arwah. Iqmal, awak tetap dihati saya buat selamanya.

Kini aku selamat sampai ke Malaysia. Dari jauh aku nampak mama, abah dan adik beradik aku yang lain. Ya Allah, rindunya aku pada mereka. Lantas dipeluk erat mereka semua. Syukur kerana aku masih diberi peluang untuk bersama mereka.

‘‘Kakak, ada orang nak lamar akak taw’’. Tiba-tiba adik bongsu aku membuka cerita pada suatu malam bila aku menolong dia menyiapkan latihan matematik.

‘‘Hah? Siapa dik?’’ Soalku.

‘‘Ntahla, tapi mama kata dia kawan uda masa sekolah dulu. Tapi dia dulu satu universiti dengan akak taw. Mama yang cakap, adik tak tahu’’. Langsung dia meneruskan latihan tanpa memandangku.

Biar betul adik aku ni? Boleh percaya ke cerita dia. Kawan uda? Tak kan lah budak tahfiz yang selalu datang rumah dulu? Tak mungkinlah. Tiba-tiba dia teringat uda pernah membawa balik kawan sekolah, dan mama memang cukup suka dengan dengan budak tu. Siap nak buat menantu lagi. Haishh, cerita lama lah. Entah-entah dia pon dah khawin sama macam uda. Lalu aku melangkah masuk ke bilik mama.

‘‘Eh, abah pon ada?’’ Soalku berbasi-basi apabila terlihat abah dan mama berbual. Macam ada sesuatu yang serius je.

‘‘Masuklah Tyra, meh duduk’’. Mama menarik tangan ku menyuruh aku duduk disebelahnya. Lantas aku memeluk mama. Mama mengusap lembut rambutku. Sungguh aku rindukan saat-saat ini.

‘‘Athiera Adreena’’, mama tiba-tiba memanggil nama penuhku. Gulp, aku menelan air liur, seperti dapat mengagak apakah yang akan terjadi. Aku dah paham sangat sikap mama kalu dia panggil aku dengan nama penuh pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan.

‘‘Ye mama, mama ada nak cakap sesuatu ke’’? Soalku apabila melihat mama dan abah saling berpandangan. Yap, sure, 100% aku yakin sesuatu yang penting yang mama dan abah mahu sampaikan.

‘‘Athiera, beginilah, mama dan abah nak jodohkan kamu dengan seseorang’’.

Aku yang terkejut lantas bangun. Betul la kata adik aku tadi. ‘‘Mama, abah biar betul? Siapa yang nak khawin dengan Tyra ma? Wah bestnya ada orang nak kt Tyra.’’ Tiba-tiba jadi excited pulak. Hihihi..

‘‘Ya Allah budak bertuah ni. Kita ingatkan dia terkejut, nak marah ke apa ke sebab kita ni jodohkan dia dengan seseorang. Awak tengok anak awak ni bang? Aduh, pening saya’’.

‘‘Hahahahaha’’.. abah hanya mampu gelak melihat tingkah aku. ‘‘Biasala ma, abah. Nak khawin ni sebenarya. Siapa dia mama, abah? Hensem tak?’’ bertalu-talu soalan aku ajukan.

‘‘Hensem sangat Tyra’’. Abah bersuara sambil tersenyum.

‘‘Yes, nasib baik hensem. Pandai mama dengan abah cari. Kira ok la ye. Bye-bye, mama abah. Nak tido dulu. Selamat malam, Assalamualaikum’’. Pantas Athiera bangun dan mengucup pipi mama dan abah dan keluar dari bilik.

‘‘Terkejut mereka berdua dengan kelakuan pelik Athiera, tak membantahkah dia?’’ Fikir mereka berdua.

Hati Athiera berbunga riang. Dia merasakan yang dia betul-betul nak khawin dengan pilihan mama dan abah. Walaupon dia tak pernah mengenali siapa lelaki tersebut, tapi dia tahu, pilihan mama dan abah adalah yang terbaik untuknya. Dia terima dengan hati yang terbuka.

Dua minggu setelah Athiera dikhabarkan tentang jodoh pilihan mama dan abah, maka hari ini merupakan hari ijab dan kabul buat Athiera dan si lelaki yang dia tak pernah kenal. Tak pernah kenal muka dan juga nama. Sengaja dia buat begitu, pelik juga permintaan Athiera kepada mama dan abahnya. Dia akan berkhawin dengan lelaki tersebut tapi biarlah dia betul-betul mengenali selepas dia sah menjadi isteri kepada lelaki tersebut. Itu permintaanya, dan mama serta abah memenuhi tanpa banyak soal begitu juga pihak lelaki.

Athiera gementar untuk menunggu saat yang akan mengubah statusnya dalam beberapa minit lagi. Ayra masuk ke bilik dan memberitahu yang pengantin lelaki sudah smpai. Lagilah nervous Athiera dibuatnya. Aduh, perut ni, memulas pulak.

‘‘Weh, kau ni kenapa? Takut? Tulah, aku dah cakap kenal dulu dengan dia. Ni tak main terjah je. Mana taw laki kau nanti hodoh ke, buruk perangai ke. Baru kau menyesal nanti Athiera’’.

‘‘Kau ni Ayra, tak habis-habis bercakap. Tak penat eh? Biarlah, laki aku, bukan kau. Lagipun aku rasa pilihan mama ngan abah aku tepat. Tak kan diorang nak musnahkan hidup anak sendiri dengan khawinkan dengan orang jahat. Aku percaya dengan mama dan abah aku,kau tengok la pilihan aku dulu, hancur tahu tak. Lagipun diorang dah kata yang laki aku ni hensem dan yang paling penting dia tak cacat itik macam kau’’. Hahahah..gelak Athiera, sempat lagi untuk mengenakan Ayra.

‘‘Kau ni kan, haishh, malas nak gaduh. Penat taw tak. Yela, aku percayakan kau. InsyaAllah, pilihan kau ni yang terbaik. Aku doakan yang terbaik buat kau sahabat. Di ayang terbaik, buka Emer dan bukan juga arwah Iqmal. Allah maha adil untuk kita Tyra’’. Ayra menarik Athiera dalam dakapannya. Lama sehingga mampu untuk meniskan air mata.

‘‘Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat Ayra dan aku doakan kebahagian kau bersama Fariz. Cepat-cepatlah bagi aku anak buah’’.

‘‘InsyaAllah, next month aku bagi, hahaha’’.

Owh, really. Gelak mereka meletus lagi. Ayra dan Fariz sudah hampir setahun mendirikan rumahtangga sewaktu Athiera masih di London. Semoga kalian berbahagia sahabat.

‘‘Ayra, bawa Athiera keluar’’. Suara mama memanggil mereka.

‘‘Jom, aku bawak kau jumpa laki kau. Kau suka kan?’’ Usik Ayra

‘‘Jom, aku pon tak sabar ni.. hahahaha.’’

‘‘Gatal kau ni’’.

Mereka berjalan ke ruang tamu, ramainya yang datang. Tiba-tiba Athiera jadi gementar yang amat. Dia tunduk, tak mampu untuk mengangkat muka kerana dia tahu dia menjadi tontonan umum !

Setelah duduk, Athiera mendengar tok kadi memberi salam dan meminta kebenaran untuk memulakan majlis akad nikah.

Aku hanya mampu menutup mataku serapat-rapatnya kerana sebentar lagi aku akan menjadi seorang isteri. Ya, seorang isteri.

‘‘Noah Ibrahim Bin Suhaimi’’. Tok kadi menyeru nama tersebut. Hati aku jadi tak keruan, Noah Ibrahim? Diakah yang akan menjadi imamku kelak? Benarkah nama dia yang tok kadi sebut?

Sekali lagi namanya disebut.

‘‘Noah Ibrahim Bin Suhaimi’’,

‘‘Ya, saya’’.

Suara dia, suara dia membuat aku jadi lemah. Ya Allah, aku berharap dia yang terbaik. Masih tidak mampu untuk menatap wajah yang akan menjadi penemanku. Aku tak punya keberanian. Kemana menghilangnya Athiera yang berani? Aku pon tak tahu.

‘‘Aku nikahkan dikau Athiera Adreena Binti Adam dengan mas kahwinya sebanyak RM2000 tunai’’.

‘‘Aku terima nikahnya Athiera Adreena Binti Adam dengan mas kahwin sebanyak RM2000 tunai’’.

Tenang sahaja Noah melafazkan akad nikah. Cepatlah tok kadi jawab sah. Cepatlah.

‘‘Sah!!!’’ jawab Tok kadi.

Yes, akhirnya. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah. Akhirnya jatuh lagi air mata kegembiraan. Thanks Ya Allah. Aku milik dia buat selama-lamanya.

Saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.

Noah menghampiri Athiera untuk menyarungkan cincin.

Aku agak gugup disitu. Beku tanpa bergerak.

Saat tanganku disentuh, perasaan gementar makin kuat. Benarkah dia yang menjadi suamiku. Masih tak mampu untuk menggangkat muka untuk mengesahkanya. Aku takut bukan dia yang menjadi suamiku. Kerana namanya membuat hatiku bergetar, sebaris nama yang aku kenal dulu. Harap-harap dia. Doaku dalam hati.

Noah menyarungkan cincin di jari manisku. Cantik. Hanya itu yang terucap. Tapi hanya dihati tak terluah dibibir. Cincin platinum bertatahkan tiga butir berlian,cukup cantik. Pandai Noah ni pilih. Aku pon lantas menyarungkan cincin di jari Noah. Agak kekoh, lucu plak rasanya. Sempat Ayra menyedarkanku, kerana dia tahu apa yang bermain difikiran aku sekarang. Tentunya Athiera Adreena sedang berangan sekarang.

‘‘Tyra, cepat la. Salam suami kau. Tunggu apa lagi’’.

Baru aku sedar betapa lamanya aku merenung cincin dijari Noah. Malunya Ya Allah apabila ramai orang yang mentertawakan diriku. Aduh,pipi menjadi panas, pantas kusambut tangannya lalu ku cium.

‘‘Awak tak nak tengok saya ke Athiera?’’

Eh, ni suara Noah ke? Alamak, bestnya suara dia.

‘‘Tyra, pandang la saya’’.

Aku tak punya keberanian untuk menatap dia, aku terlalu takut.

‘‘Athiera… pandang saya sayang’’.

Sayang??? Ya Allah, suara dia cukup untuk menyentuh hatiku. Aku pon perlahan-lahan menganggat muka memberanikan untuk memandangnya.

Agak lama kami berpandangan. Matanya cantik, lalu ku amati wajahnya. Bagaikan terpukau dengan wajahnya. Dia senyum dan mengucup ubun-ubunku.

Aku menutup mata dan debaran ini semakin kuat. Terima kasih Ya Allah kerana jodohkan aku dan dia. Aku cukup pasti dia adalah dia yang aku kenal dulu. Walaupon pertemuan antara aku dan dia Cuma sekejap. Tapi aku pasti dialah orangnya.

Kepingan nota-nota bewarna merah jambu diletakakan di tapak tanganku. ‘‘Terima kasih awak kerana terima saya menjadi suami. Kerana awak Athiera Adreena, telah mencuri hati saya melalui nota-nota pemberian awak’’. Terima kasih untuk itu sayang.

Sebuah senyuman paling ikhlas dihadiakan buat suamiku. Terima kasih Ya Allah kerana temukan aku dan Noah dalam ikatan yang suci ini, terima kasih kerana sudi mendengar doaku. Ya benar, aku berhak untuk tersenyum, dan aku berhak merasai nikmat bahagia ini. Tersenyumlah duhai hati, takkan engkau menangis lagi melainkan kau menangis rindu untuk bertemu Rasul dan penciptamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience