Completed
11941
Hampir dua bulan perkenalan Athiera dengan Emer. Semuanya berjalan lancar dan semakin hari dirinya semakin rapat dengan Emer. Mungkinkah ini dinamakan cinta? Cinta yang sama hadir waktu dia dan Iqmal dulu? Sesungguhnya dia amat selesa berkawan dengan Emer, hampir setiap hari mereka meluangkan masa bersama. Mungkin sudah tiba masa untuk Athiera memulakan kisah baharu bersama Emer dan meninggalkan Iqmal dalam kenangan terindah yang tidak akan dia lupakan sama sekali.
‘‘Tyra!, apa yang kau pandang ni?’’ Cepatlah, Fariz dah lama tunggu.
Ayra menarik tangan Athiera menuju ke pintu masuk McDonalds. Hari ini birthday Fariz, dan meraka bertiga menyambutnya bersama.
‘‘Tyra, kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok macam ada yang tak kena je? Are you ok Athiera Adreena?’’ Soal Fariz.
Soalan Fariz dibiarkan tanpa jawapan. ‘‘Sorry guys, aku rasa tak sihat badan la. Aku balik dulu. Fariz, nanti kau hantar Ayra terus taw. Jangan nak merayap kat mana-mana plak. Ayra, aku gerak dulu, jumpa kat rumah’’. Langsung meninggalkan mereka berdua.
‘‘Eh, Tyra! kau..
‘‘Awak, biarkan dia’’. Fariz menghalang Ayra dari terus-terusan memanggil Athiera. ‘‘Saya rasa saya tahu apa masalahnya. Nanti saya cerita, sekarang kita makan dan lepas tu saya hantar awak balik’’.
Ayra mengagguk. Dia pasti ada yang tak kena dengan Athiera sekarang.
Atiera berbaring di katil sambil ligat memikirkan kejadian di McDonals tadi. Adakah aku tersalah orang atau itu memang Emer Haziq? Ya Allah, betapa mesranya mereka. Tapi kenapa Emer ada di sini, bukan ke dia sekarang berada di Perak untuk melawat neneknya sakit? Ya Allah, sandiwara apakah semuanya. Apa yang Emer buat dengan perempuan tu. Kenapa mereka begitu mesra? Ya Allah, adakah ini ujian mu kerana aku mengkhianati cinta Iqmal? Iqmal, saya rindukan awak. Rindu sangat-sangat. Kenangan bersama arwah Iqmal satu persatu bermain di kepala. Betapa dia amat merindui wajah itu, wajah yang sentiasa tenang melayani semua kerenah insan yang bernama Athiera Adreena. Dia menagis lagi, esakan yang semakin lama semakin kuat. Ya Allah, tabahkan lah aku untuk menghadapi ujianmu ini. Tanpa tersedar dia terlena disitu.
Share this novel