BAB 9

Romance Completed 11941

Hand phone Athiera bergetar dalam mode silent. Dia berada di library menghabiskan masa untuk study. Minggu study week sebelum peperiksaan akhir untuk dia menamatkan Degree in Hotel Management. Segera diangkat apabila nama Emer Haziq muncul di skrin Iphone 5 miliknya.

‘‘Assalamualaikum, ye awak ada apa? Saya kat library ni’’. Rindunya kepada lelaki yang berada di talian saat ini sekarang.

‘‘Waalaikummussalam. Athiera, saya nak jumpa awak sekejap. Sekarang, saya tunggu kat pondok depan library ok. I need to talk to you, urgent’’.

‘‘Ok, sure. Jap, saya keluar’’.

Talian dimatikan. Athiera termenung seketika. Kemanakah penghujungnya hubungan ini. Dia pon tidak pasti. Selepas peristiwa yang terjadi di McD hampir sebulan lepas, hubungannya bersama Emer dingin. Emer seakan menjauhkan diri darinya, padahal Athiera langsung tak menyebut tentang siapa perempuan yang bersamanya. Dengan harapan Emer sendiri akan memberitahu, tapi sampai sekarang, semuanya masih menjadi teka-teki. Athiera mengemas semua buku dan lantas melangkah laju keluar dari library untuk berjumpa Emer

Dari jauh dia terpandang Emer, wajah yang seringkali membuat hatinya terluka. Athiera melangkah menghampiri Emer yang senyum memandang Athiera, rindunya kepada lelaki itu. Mungkin hari ini teka-teki akan terungkai dan barharap agar semuanya kembali kepada asal sama seperti dia mula-mula mengenali Emer. Namun, langkahnya terhenti apabila seorang perempuan melangkah menghampiri Emer dan duduk disebelahnya. Perempuan yang sama di McD tempoh hari. Untuk apakah dia disini? Ya Allah, kuatkanlah aku untuk semua ini. Pintaku didalam hati. Lama mata ini menatap mata Emer, meminta penjelasan. Emer seakan mengerti dan…

‘‘Athiera Adreena’’. Emer memanggil lembut nama Athiera. Sungguh aku rindu untuk mendengar Emer memanggil nama penuhku. Aku rasa tenang sekali apabila dia menyebutnya.

‘‘Awak duduk jap. Saya ada sesuatu yang penting nak bagitahu awak. Penting sangat’’, katanya lalu tersenyum. Tapi senyumannya cuma seketika apabila dia menoleh pada perempuan disebelahnya.

Ya Allah, kenapa hati ini rasa sakit. Aku tak boleh lemah. Tiba-tiba aku rasa macam tak punya kekuatan untuk semua ini. Kuatkanlah aku Ya Allah. Pintanku dalam hati.

‘‘ Athiera’’, sekali lagi namaku diseru. Lantas aku tersedar. Aku menggagahkan juga untuk membuka mulut.

‘‘Ya, ada apa awak nak jumpa saya Emer?’’ Soalku sambil memandang sekilas perempuan disebelahnya. Cantik, free hair. Itu yang aku nampak.

‘‘Athiera, kenalkan, ni Aimy. Tunang saya’’.

Hampir terduduk aku mendengar perkataan tunang dari Emer. ‘‘Are you fooling me Emer? Sejak bila awak ada tunang? Kenapa saya tak tahu?’’

‘‘Maafkan saya Tyra, saya takda niat nak permainkan awak atau apa. Ya, saya mengaku yang saya salah. Saya tipu awak, saya dan Aimy dah hampir setahun bertunang. Kami bertunang sebelum saya kenal awak. Tapi saya takda niat nak permainkan awak dan perasaan saya kepada awak memang ikhlas Tyra. Saya sayangkan awak dan dalam masa yang sama saya cintakan Aimy. Maafkan saya Athiera. Maafkan saya’’. Redup matanya memandang Athiera, ada kesal diwajahnya. Kesilapan besar baginya kerana melukakan hati insan yang disayangi. Dia amat menyayangi Athiera tapi cintanya hanya buat Aimy. Baginya Aimy adalah segala-galanya, tiada siapa yang mampu menggantikannya termasuklah Athiera Adreena.

‘‘Sampai hati awakkan Emer? Buat saya macam ni. Awak buat saya jatuh cinta dan sayang dekat awak sangat-sangat, lepastu awak cakap awak tunangan orang? You are so cruel Emer. Saya tak sangka awak sanggup khianati saya, awak sedar tak yang awak dah lukakan hati saya Emer?’’. Aku rasakan dunia ini gelap, betapa hancurnya hatiku apabila melihat perempuan disebelahnya adalah tunang kepada lelaki yang aku sayang. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga.

Aimy diam membisu, hanya memandang kosong. Mungkin dia kata aku gila. Gila mencintai seorang lelaki yang menjadi tunang orang lain.

Ya, memang aku gila. Emer yang buat aku gila. Kalu dia tak menyambut salam perkenalan aku dulu semuanya tak akan berlaku. Bodohnya aku.

‘‘Athiera, maafkan saya. Awak terlalu baik untuk saya, saya tak boleh teruskan perhubungan kita. Saya minta maaf kerana megheret awak dalam kisah saya dan Aimy, awak hadir saat saya dan Aimy hampir untuk berpisah. Awak datang mengubat duka saya, dan saya mengaku yang saya sayangkan dan sukakan awak. Tapi saya sedar yang cinta saya hanya untuk Aimy, bukan awak Athiera. Bukan awak. I’m so sorry, I meant it Tyra. Saya harap awak maafkan saya’’.

Ya Allah, apa yang aku dengar ini? Dia kata yang cinta dia bukan untuk aku? Pembohongan apakah yang Emer cipta kepadaku? Kemana Emer yang aku kenali dulu? Ya Allah, kuatkanlah aku menghadapi ujianmu ini. Aku bangun, tak sanggup lagi untuk mendengar lebih banyak penipuan yang bakal terbongkar. Lagi lama aku disini lagi pedih dan sakit untuk aku terimanya.

‘‘Athiera, are you ok? Awak buat saya takut. Tyra, ada sesuatu yang saya tak bagitahu awak lagi. Sebenarnya saya bukan… Emer bangun untuk mengejar aku tapi tiba-tiba pergerakanya terhalang oleh Aimy, kata-katanya juga mati disitu. Mungkin Aimy tak mahu Emer berasa bersalah kepada aku. Aku pon tak tahu, yang aku tahu hati aku sakit. Iqmal, mana awak? I really need you right now.

Aku berjalan lemah menuju je kereta. Sempat aku menghantar SMS kepada Ayra untuk menjemputku balik.

Sampai ke kereta, Ayra terkejut dengan keadaan aku yang lemah.

‘‘Athiera!! what happen to you? kenapa dengan kau ni. Ya Allah pucatnya muka kau. Tyra, kau buat aku takut’’.

Lantas aku memeluk Ayra dengan erat. Hanya air mata yang dapat aku luahkan untuk menggambarkan perasaan aku saat ini. Ya Allah, sesungguhnya aku amat merinduimu Iqmal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience