BAB 4

Romance Completed 11941

Di ruang tamu rumah, kelihatan seorang lelaki menonton tv. Tangan kanan memegang remote control, manakala sebelah tangan lagi memegang kertas kecil. Pink note.!

Siapa perempuan ni ye? Persoalan yang selalu muncul di fikiran. Sejak dua minggu lepas tidurnya terganggu oleh kehadiran note ringkas yang terselit di vespa.

Hai, saya suka tengok vespa awak and awak juga ! your admire_ Taman Jaya

Sebaris ayat ringkas yang mengganggu seluruh harinya buat dua minggu ini. Dalam hati terdetik untuk bersua muka. Berani sungguh perempuan ni. Yelah, terkejut juga, balik kelas ada note terselit di vespa. Secret admire?

Note yang kedua diberikan kepada rakannya di hadapan rumah. Melepas untuk bersua muka dengan gadis yang berjaya mencuit hatinya. Tapi siapa?

Erm, siapa ya? Your admire? Taman Jaya ? bermakna perempuan ni satu taman la dengan aku dan dia juga satu kampus dengan aku? Student uitm juga. Tapi siapa?

Hint yang tidak dapat membantu untuk mencari siapakan empunya note tersebut. Ternanti juga note yang seterusnya, setiap kali balik kuliah pasti diteliti vespa. Mana tahu diselitkan lagi note comel untuknya, namun hampa. Argh, pening pulak bila fikir, dah-dah la tu. Ini semua perasaan je. Jangan dilayan sangat!.

Tuala dicapai, lalu berlalu ke bilik air untuk mandi dan bersedia untuk ke surau di hadapan rumah. Solat berjemaah bersama penduduk Taman Jaya, besar ganjarannya. Lupakan hal dunia sementara, dekatkan diri dengan Allah, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang besar. Sama juga dengan note ni. Serahkan segalanya kepadaNya, sesungguhnya Dia yang merancang dan Dia jugalah yang mengetahui segalanya. Perancangan Allah adalah yang terbaik, kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Jika dijodohkan untuk aku bertemu empunya note, Alhamdulillah. Jika tidak, redakan sahaja. Kita sebagai hambanya hanya perlu taat, berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience