BAB 6

Drama Series 1249

KHAIRUL menjawab panggilan telefonnya. Bukannya dia tak dengar cuma tadi dia tengah bercakap dengan client penting itu yang dia biar ja phone tu.
Mama? Banyaknya missed call. Ada hal penting ka?
“Hello, ma!” jawab Khairul.
“Angah ada mana sekarang ni?”
“Angah ada dekat Alor Setar, Kedah. Kan angah dah kasi tahu mama semalam yang angah outstation hari ni,” katanya.
“Ya, mama tahu. Bila angah habis kerja?” tanya Faridah.
“Angah baru ja habis kerja. Ni baru nak kemas barang nak fly balik Shah Alam malam nanti. Kenapa mama?”
“Baguslah kamu dah habis kerja. Tadi mak su ada telefon mama. Dia nak minta tolong kamu ambil Nadia di UUM, Sintok. Mak su dengan pak su tak boleh pergi sebab ada hal. Nadia habis exam awal hari ni. Kamu boleh tolong tak?”
“Owh...UUM? Jauh juga tu. Tak apa lah. Angah tolong hantarkan. Lagipun angah memang tak ada kerja apa nak buat pun petang ni.” ujar Syed Khairul. UUM? Jauh kot. Adoi! Tak pa la. Nak tolong sepupu punya pasal.

ANIS pulang setelah dua hari berkampung di bumi Malaysia. Maznah dan Nordin menitipkan salam kepada Anis untuk Azimah serta suaminya, Amir. Sha pula sejak kembali semula ke kuliah. Makin sibuk dirinya. Bila presentation dah tamat. Dia dah lega sikit. Walaupun minggu exam tapi class masih berjalan seperti biasa.

Aduh! Bila digelar student ni sebenarnya tak boleh rehat langsung. Harap-haraplah aku cepat berhenti belajar dan cepat-cepat kerja. Kata Sha. Minggu ni minggu last exam. Next week aku hanya ada satu paper. Lepas exam aku nak hooray! Dan yang paling penting lepastu aku dah boleh tidur dua hari dua malam. Qadha balik tidur aku yang tak cukup sebelum ni. Lagipun, nanti nak balik jumpa Kak Anis kat Canada. Tak sabar weh!

Sha tutup buku notanya. Barang-barang seperti buku dan alat tulis segera dimasukkan ke dalam beg sandang tepinya. “Jom Aqilah! Dah pukul tiga setengah ni. Nanti takut masuk lewat pula ke kelas. Hari ni kan Prof. Nazim nak kasi hint last untuk kita.” ajak Sha.
“Haah. Nanti nak tunggu bas lagi. Jom!” buku dikemas. Aqilah menutup laptopnya lalu dimasukkan terus ke dalam beg laptopnya. Mereka berdua segera meninggalkan library. Indah tidak ikut mereka hari ni kerana tidak berapa sihat. Selalunya time nak dekat exam ni la, macam-macam penyakit nak datang menjelma. Nasib baik tak kena dekat aku. Kalau tak parah la. Kata hati Sha. Sha pula jenis yang susah nak sembuh kalau sakit.

Bila kedua-duanya sudah turun, Aqilah berhenti. “Kau apehal?” soal Sha. Apa pula dah yang tertinggal?
“Buku nota aku. Tertinggal atas meja la.” gelisah Aqilah mencari.
“Ada kat atas kot. Cepatlah pergi cari. Aku tunggu sini.” jawab Sha lembut. Bas pun belum sampai nak kalut apa? Aqilah mengangguk. Dia beri beg laptopnya kepada Sha. Sha menggalasnya sebelah sahaja. Sebelah lagi dia galas beg sandangnya. Dia semak mesej di telefon sementara menunggu Aqilah mengambil buku nota yang tertinggal. Lama la juga. Sebab tadi kami duduk dekat tingkat dua.

“Hello, Nadia! Dekat mana? Abang Khairul dah sampai depan library ni.” Khairul keluar dari keretanya. Mana sepupu aku ni? Kata ada dekat library. Penat aku cari. Dah la univesiti ni besar. Aku pula first time masuk sini.

“Ya. Kejap. Nadia ada dekat depan ni. Nad pakai tudung warna kelabu.” kedengaran suara kecil Nadia di hujung telefon.
Tudung biru? Mata Khairul meliar mencari wanita bertudung kelabu. Kemudian, dia terlihat susuk tubuh seorang wanita seperti Nadia berdiri di hadapan library tengah pegang phone. Oh, tudung kelabu!

“Oh, okay! Abang dah jumpa. Tunggu jap abang pergi.”

“Hah? Mana?”

Tup! Panggilan dimatikan. Syed Khairul mendekati wanita tu. Wanita tu seperti mencari seseorang. Ni mesti Nadia. Semasa wanita itu pusing ke belakang, Khairul segera menarik beg laptop yang digalas wanita itu.

“Alamak, mana Aqilah ni? Dah lama kot dia masuk dalam. Tak jumpa buku ka?” Sha memusing ke belakang. Dia mencari kelibat Aqilah. Tiba-tiba dia terasa seperti ada orang menarik beg laptop Aqilah. Dia segera berpaling.

“Nad! Jomlah cepat!” Khairul terus-terus menarik beg laptop wanita itu tanpa melihat empunya tuan punya beg.

Sha cemas. Apasal mamat ni? Nak ragut pun agak-agaklah. Tengah-tengah rembang macam ni pun still nak buat hal. Sha terus menariknya semula. Akibatnya, Khairul tersentak ke belakang.
Khairul berpaling. Mata mereka bertaut.

Hensem! Desis hati Sha.

“Eh...encik ni dah kenapa tarik-tarik beg saya? Nak ragut beg saya ka?” marah Sha. Setakat muka ja hensem tapi peragut! Hish!

Khairul terkejut. Eh, ni bukan Nadia!

“Oh...saya tak sengaja. Saya ingat tadi cik ni orang yang saya kenal.” Khairul melepaskan beg laptop tersebut. Silap orang pula!

“Betul ka? Boleh percaya ka? Jangan-jangan encik ni memang betul nak ragut beg saya. Tapi tak sempat nak ragut. Dah kantoi kan? Tu yang cari alasan bagai.” suara Sha sudah mula tinggi.

“Saya bukan meragut la. Saya ni bukannya miskin sangat sampai nak meragut harta benda orang. Kan saya dah kata yang saya cuma salah orang ja. Tak payah la nak memperbesarkan keadaan.” jelas Khairul.

“Ingat saya percaya ka kata-kata encik tu? Orang zaman sekarang ni suka sangat pakai alasan. Macam mana encik boleh masuk sini? Pak cik guard depan pintu utama tak tahu ka yang encik ni peragut?” tajam mata Sha melihat lelaki yang dikata peragut itu.

Berdesing juga telinga Khairul mendengar.

“Hello! Kan saya dah kata saya silap orang. Tak perlu la nak kecoh sampai macam tu sekali.” Khairul tidak puas hati.

“Saya tak percaya. Muka hensem saja tetapi peragut rupanya. Encik sebenarnya boleh didakwa di bawah Akta Kanun Keseksaan bagi mencuri untuk ragut yang tidak membabitkan kekerasan.
Hukuman maksima untuk kesalahan ragut tanpa kekerasan yang pertama adalah lima tahun dan tujuh tahun bagi kesalahan berulang. Any comment?” Ambik kau! Dengan akta-akta sekali aku keluarkan. Ingat aku ni koman sangat ka? Hei, even aku ni budak akaun tapi bapak aku ni polis tau. Jangan main suka hati ja nak buat perkara yang bukan-bukan. Malaysia dah lama merdeka weh!

Khairul tercengang. Ap...apahal perempuan ni keluar sekali dengan akta-akta bagai. Budak law ka?

“What?” Sha masih memadang tajam lagi muka Khairul.

“Eh, you ni betul ka student sini? Ka you ni sebenarnya student dari Tanjong Rambutan yang terlepas. Pak cik guard depan pintu utama tak tahu ka yang you ni student dekat situ.” Pedas kata-kata yang dilemparkan. Copy paste ayat aku ni!

Khairul ni memang macam ni. Selagi orang itu hormatnya, dia akan berlembut. Tapi kalau dah sampai jadi macam ni. Better aku sound ja. Ingat dia ja ka yang tahu marah?!! Menyirap darah Sha mendengar kata-kata lelaki tersebut. Student Tanjung Rambutan? Wah! Dia kata aku ni gila ka? Dah la panas hari ni. Panas lagi hati aku ni.

“Excuse me! Cakap tu biar elok sikit ya! Saya ni student sini. Tak nampak ka saya pakai tag nama pelajar ni? Dah buta? Ka encik tak diajar adab masa kecil?”

“Apa kau cakap? Kau tu yang pekak. Aku dah kata yang aku salah orang. Kau tak faham bahasa ka? Pelajar universiti tapi otak macam budak tadika.” Khairul sudah mula memanggil ‘aku-kau’.
Sabar Sha! Sha hanya mampu menahan sabar. Walid kata orang bersabar ni orang beriman.
Fuuh!

“Ok. Saya minta maaf. Tapi ni bukan salah saya. Encik yang patut minta maaf. Sebab encik yang datang terus tarik beg saya. Sepatutnya encik kena pastikan dulu siapa orang tu. Jangan terus buat macam tadi tu. Kalau mana-mana orang dekat luar sana pun pasti akan cakap benda yang sama seperti saya.” Sha memperlahan suaranya.

Weh, Sha! Sejak bila kau jadi penyabar ni? Selalunya kau tak macam ni! Terkejut tak?!!
Aku pun tak tahu. Tetiba muka walid terus terlintas dalam fikiran aku. Tu yang aku cool down.
Kemarahan Khairul sedikit reda melihat gadis tersebut meminta maaf. Dia pula yang rasa bersalah.

“Oh...saya minta maaf. Saya ingat tadi awak ni orang yang saya kenal,” Khairul juga merendahkan suaranya.

Tak mungkin? Khairul asal kau tetiba jadi baik ni? Ini bukan diri kau la.
Sha hanya menundukkan mukanya. Ok. Mamat ni dah minta maaf. So, now apa aku nak buat dekat sini? Seganlah pula. Kata hati Sha.

“Abang!” jerit Nadia dari jauh. Puas dia mencari kelibat abang sepupunya itu. Akhirnya jumpa juga. Tapi Abang Khai dengan siapa tu? Aku ni punyalah penat mencari dia. Dia boleh pula bersembang dengan perempuan tu.

Khairul dan Sha sama memandang ke arah suara tersebut. Khairul lega. Datang pun. Sha tersentak. Abang? Itu kan Nadia? Alamak! Tu abang dia ka? Habis la aku. Sha memusingkan kepalanya ke arah yang bertentangan. Please! Jangan tegur aku.

Nadia berlari anak mendapatkan abang sepupunya. “Apa abang buat dekat sini? Kata tadi dah jumpa Nad.” perlahan suaranya. Mungkin masih penat berlari anak tadi. Kemudian, Nadia melihat wanita di sebelahnya itu.

“Siapa ni?” Nadia memandang muka Khairul. Khairul hanya senyap. Dia sebenarnya sudah lihat reaksi Sha tadi. Dia senyum sinis melihat Sha.

“Eh, Sha! Kau buat apa kat sini?” soal Nadia penuh tanda tanya. Dia kenal Abang Khairul ka?

“Ha? Oh..Nadia..aa..aku tunggu..Aqilah. Dia tertinggal buku dekat library,” Sha senyum tidak ikhlas. Khairul sudah nak tergelak. Kan apa aku kata betul. Aku tak meragut la. Cuma salah orang ja.
Sha tak berani nak bertentang dengan Khairul lepas apa yang yang berlaku tadi. Malu kot!

“Oh, ya ka? Abang pula buat apa kat sini?”

“Abang cari Nad la.” Nadia mengangguk.

“Eh, Sha. Kau still exam kan? Good luck ya! Aku baru habis hari ni. Itu yang nak balik awal dengan abang sepupu aku. Oklah, aku pergi dulu ya? Nanti jumpa lagi waktu konvo.” ujar Nadia. Mereka bersalaman.

Abang sepupu? La, ya ka? Ingat abang betul tadi. Sha hanya senyum. Aku dah tak mampu nak keluarkan suara buat masa ni. Jangan cakap dengan aku.

Kemudian, Nadia dan Khairul pergi meninggalkan Sha. Sebelum masuk ke dalam kereta, Khairul sempat lagi melihat Sha yang membatu dari tadi. Dia tersenyum.
Sha pula hanya menundukkan matanya sahaja. Tak berani angkat muka. Agak-agak bunyi kereta macam dah jauh sikit tu. Baru dia angkat mukanya.

Huwaa!!! Nak menangis weh! Kenapa aku salah tuduh orang?! Nasib baik mamat tu tak keluarkan akta memfitnah tadi. Kalau tak habis aku! Desis hati Sha.

Ketika itu, Aqilah berlari keluar. “Weh, Sha! Sori lambat. Buku nota aku terselit dalam buku rujukan tadi. Puas aku cari.” terang Aqilah dalam keadaan penat berlari turun tangga.

“Kenapa kau lambat?! Kau tahu tak apa yang dah jadi tadi?” Sha meletakkan mukanya di bahu Aqilah. Aqilah terkejut. Dah kenapa Sha ni? Tunggu aku lama macam tu sampai jadi tak betul macam ni. Haih!
“Kau ni kenapa? Benda apa yang jadi tadi?” Aqilah menolak badan Sha ke belakang sedikit. Berat doh kepala kau!

Sha menggeleng. Kemudian mereka berlari mendapatkan. Setibanya mereka di hadapan bangunan COB, mereka segera turun dari bas. Lagi lima minit, cepat! Kena sampai sebelum prof masuk. Mereka berlari anak ke kelas.
Kemudian, Aqilah tiba-tiba berhenti. Sha melihat Aqilah berhenti. Jadi, dia pun berhenti.

“Kau kenapa?” soal Sha kehairanan.

“Beb, kat muka aku ni ada apa-apa ka?” Sha meneliti muka Aqilah. Ada apa? Tak ada apa-apa pun.

“Tak ada apa-apa la. Kenapa?” jawab Sha.

“Ok, good. Maksudnya bukan aku tapi kau.” Aqilah meneka.

“Kenapa dengan aku?” Sha tersentak.

“Kau tak perasan ke yang semua orang tengah tengok kau sekarang ni.” Aqilah memuncungkan mulutnya ke arah rakan-rakan yang lain.

Sha memusingkan kepalanya ke arah yang ditunjukkan Aqilah. Haah..la! Semua pelajar yang berada di bangunan COB sedang melihatnya. Ada yang tersenyum dan ada juga yang seperti membisik.
Apa hal pula ni? Sha mengangkat bahu seperti orang yang tidak tahu apa yang berlaku. Sha dan Aqilah hanya senyap. Mereka langsung tidak mempedulikan renungan tersebut lalu segera ke kelas. Apabila sampai di hadapan kelas, mereka tarik nafas.
Fuh!

Prof tak sampai lagi. Sha berjalan perlahan lalu masuk ke dalam kelas. Begitu juga dengan Aqilah yang mengekorinya dari belakang. Sekali lagi. Bila dia masuk saja ke dalam kelas, rakan-rakan sekelasnya memandangnya. Ada yang tersenyum. Dan ada juga mengucapkan tahniah kepadanya.
Tahniah? Tahniah apa ni?!! Sha bingung.

Aqilah membisik ke telinga Sha. “Sejak bila kau jadi popular ni?” Sha hanya membiarkan soalan Aqilah tu. Dia mencari tempat duduknya. Kemudian, dia ternampak sejambak bunga ros dan sekotak coklat berada di atas meja belajarnya. Meja belajar yang amat digemarinya. Walaupun tidak diletakkan nama, tapi rakan-rakan lain tahu yang itu ialah tempat kegemaran Sha.

Aqilah melihat jambakan bunga tersebut. Patutlah semua orang tengok Sha tadi. Rupa-rupanya ada orang tengah berdrama dekat sini. Kata hati Aqilah.

Sha mengambil jambakan bunga ros itu. Dia menghidunya. Erk...wanginya! Sakit hidung aku. Siapa yang bagi ni? Siap dengan coklat lagi. Soal hati Sha.

Kemudian, dia ternampak sekeping kertas yang diselitkan di dalam jambakan bunga tersebut. Dia mengambil lalu membacanya.

‘This is for my lovely one, Irsha Hani.’ Sebaik sahaja Sha membacanya, dia bagaikan sudah tahu siapakah gerangan yang menghantar bunga dan coklat ni kepadanya. Dia merenyukkan kertas tersebut. Hatinya mula panas.

Sha segera berpaling ke arah Maria. Maria juga memandangnya. Maria hanya memberi pandangan kosong sahaja. Sha mula berasa bersalah. Maafkan aku, Maria!
Profesor Nazim masuk tepat pada waktunya.

“Evening, guys! Have a seat.” Sha masih berdiri. Sendi-sendinya mula kaku.

Aqilah yang sedar tentang keadaan itu segera menarik Sha untuk duduk. Aku tahu kau marah Sha. Tapi bukan sekarang. Prof. dah masuk. Nanti-nanti kita sembang lain.

Sha hanya menurutnya. Dia mula tidak dapat berikan tumpuan di dalam kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience