BAB 3

Drama Series 1249

“HAI, sori lambat.” kata Sha.

“Kau ni kan selalu lambat. Ada tak masa yang kau pernah datang awal?” soal Aqilah.

“Alah, sorilah. Kau bukannya tak tahu umi aku tu. Kalau tak berleter pagi-pagi buta dulu memang tak sah. Lagipun tadi ada mamat kapochi mana entah main parking kereta sembarangan ja sampai sesak semua orang.” Sha menarik kerusinya lalu melabuhkan punggungnya.

“Hmm,tu lah. Indah nak bagi tumpang kau tak nak,” kata Aqilah acuh tak acuh.

“Bukannya aku tak nak tapi walid aku nak hantar. Lagipun aku tak nak susahkan sesiapa.” balas Sha. Dia segera mengeluarkan buku rujukan dan nota Ekonomi dari begnya. Bekas pensil dibukanya lalu mengeluarkan sebatang pen biru untuk menulis beberapa nota.

“Indah mana?” tanya Sha kehairanan. Kepalanya dipusing beberapa kali untuk mencari kelibat rakan baiknya itu. Ingat dah sampai. Pergi mana pula?

“Ada. Pergi ladies kejap.” jawab Aqilah.
Seketika kemudian, Indah datang meluru ke arah mereka berdua.

“Weh, korang. Ada hot story.” Sha mengangkat mukanya. Hot story?

“Kau ni kan pagi-pagi buta dah buat gosip. Nak jadi mak cik bawang juga ka?” perli Aqilah.

“Eii, ni bukan gosip tapi true story. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.”

“Apa dia? Cepatlah kasi tahu.” gesa Aqilah. Eleh, tadi dia yang marah buat gosip pagi-pagi buta. Now, dia pula yang tak sabar nak dengar cerita. Haha, lawak betullah. Sha menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Indah ni pun satu. Kalau tak bergosip memang tak sah. Kalau dulu orang selalu kata tak baik gosip ni berdosa. So, now ramai yang dah kata ini bukan gosip tapi fakta. Gosip and fakta tu bukan sama ka? Ye la, kalau fakta itu dibiarkan macam itu. Tak la nak jadi gosip. Melainkan ada orang yang menyebarkan fakta tu. Then, ia jadi gosip juga kan sebab ramai orang akan memperkatakannya. Haih! Indah..Indah. Sha hanya membiarkan sahaja perbualan mereka. Malas nak masuk campur.

“Tak..tadi kan aku tengok drama pagi. Masa aku nak keluar dari ladies tadi aku nampak satu couple ni gaduh. Ya Allah, rugi betul aku tak rakam. Sebijik betul macam drama TV3 yang pukul tujuh tu.” jelas Indah.

“Diorang bergaduh? Asal?” si pendengar Aqilah ni pun dua kali lima ja.

“Entahlah. Aku tak sure. But aku terdengar yang diaorang tu dah bertunang lama. Cuma lelaki itu ja yang buat macam pasangan dia tu tak wujud. So, yang perempuan itu marah lah. Then, dia belah macam itu ja. Tinggalkan tunang dia sorang-sorang. Then, kau tahu. Aku ingat yang lelaki itu nak kejar perempuan tu. Ala macam cerita ala-ala Hindustan sikit kan. Tapi, huh! Tak pun. Lelaki itu biar ja perempuan tu pergi.” amboi rancak betul Si Indah bercerita. Banyak pula then dia.

“La, ya ka? Teruk betullah lelaki tu. Ada ka patut buat macam itu. Scene main curah air tak ada ka?”

“Hah?”

“Alah, kau tahu. ‘I don’t love you.’ ‘What?’ Then, perempuan itu ambil air curah dekat muka laki itu. Scene itu tak ada ka?” soal Aqilah penuh harapan.

Eh, nak jadi pengarah drama pula ka kawan-kawan aku ni. Sha mengeluh. Ya Allah, kawan-kawan aku ni. Dia tersenyum.

“Ala...tak ada la pula. Aku pun tunggu lah juga scene tu. Tapi hmm punah...” kemudian, mereka berdua sama-sama gelak. Sha just tengok ja. Dah malas nak melayan.

Baginya, mereka berdualah kawan rapatnya sejak dia mula menyambung belajar di universiti. Walaupun baru sahaja mengenali, tetapi masing-masing sudah terbiasa dengan perangai ‘masuk ayaq’ni.

Sejak Sha kehilangan rakan baiknya ketika dia berumur 17 tahun, dia berjaya mendapatkan rakan baharu. Ketika dia masih sedih dengan pemergian Shafina ke United Kingdom, Indah dan Aqilahlah yang datang dan membuang kesedihannya selepas hampir tiga tahun mengenalinya.

Tambahan lagi, mereka berdua merupakan roommate dan classmate Sha. Oleh itu, mereka memang rapat. Segala hal dan perangai memang sudah dihafal Sha.

“Kau ada nampak tak muka lelaki tu? Mesti handsome kan? Selalunya kalau berdrama macam itu. Lelaki itu mesti handsome sampai perempuan itu pun sayang nak curah air kat muka. Hahaha...” gurau Aqilah.

“Eii...kau ni kan! Tu la sayang gila weh. Aku tak nampak muka dia sebab terlindung dengan dinding. Muka perempuan itu aku nampaklah. Cantik doh,” ujar Indah semangat.

“Serius? Kalau kau kata perempuan tu cantik aku caya. Sebab kau tu hodoh. Tu yang kau pandai nilai orang.” gelak Aqilah lagi. Indah segera memukul bahunya.

“Jahat!” Sha yang dengar pun gelak sama. Adoi...boleh pecah perut aku duduk dengan diaorang ni. Baru tiga tahun kenal, kalau 10 tahun rasanya usus perut duduk dekat luar dah ni. Haha!

“Tapi kan beb, aku nampak mamat tu dia pakai baju ofis. Rasanya budak ofis kot.” Indah buat telahan sendiri. Sha mengangkat mukanya. Budak ofis?

“Budak ofis? Hah, entah-entah dia tu CEO apa.” Kali ni Aqilah pula yang buat telahan sendiri.

“Aku rasa macam itu juga. Sebab baju dia nampak kemas gila. And perempuan itu pun sama. Mesti diaorang tu orang kaya en?” Kini, tekak terasa kering pula. Indah meneguk sedikit minumannya setelah penat mengeluarkan air liur.

“Orang kaya la tu.” ujar Aqilah setuju dengan kata-kata Indah.

Budak ofis? Mamat arrogant tadi tu ka? Mesti mamat yang parking kereta kat tepi jalan tadi. Siapa lagi yang pakai baju ofis pagi-pagi macam ni masa hari minggu? Indah mungkin betul. Mesti CEO besar. CEO ke tak CEO ke ingat elok ke parking macam itu menyusahkan orang ja. Hello encik abang, manners mana manners?

“Mamat kerek tu CEO lah kot. Manusia mana yang pakai baju ofis time cuti? Pergi meeting penting lah tu. Sampai adab pun tak jaga.” secara tak sengaja Sha luahkan kata-katanya. Eh, cakap dalam hati tapi keluar dekat mulut pula.

“Ha? Betul juga kata kau tu, Sha.” Indah mengiyakannya.

“La...kau ada kat sini kat Sha. Bila kau sampai? Aku ingat kau tak wujud. Sebab dari tadi asyik aku ngan Indah ja yang bercakap. Kau senyap ja. Tak sangka pula kau pasang telinga ya?” perli Aqilah. Sha memberi pandangan yang tajam dekat Aqilah.

“Aku bukan pasang telingalah. Dah korang berdua bercakap macam duduk satu kilometer jauh. Mana taknya aku tak dengar. Eh, orang dekat sebelah kita tu kan asyik pandang korang ja tau. Memalukanlah!” balas Sha geram.

Memang dia perasaan beberapa pelanggan sudah mula melihat mereka bertiga apabila Indah dan Aqilah ketawa punya kuat. Lagipun, ini favourite place diaorang setiap kali pulang ke Shah Alam.

So, diaorang dah biasa dah. Sebab itu Sha buat tak tahu ja. Owner kedai pun dah kenal sangat dengan kami bertiga yang kecoh ni. Erk! Bukan kami bertiga tapi diaorang berdua yang kecoh.

Tapi bila diaorang sebut ja pasal budak ofis tu. Sha dah mula tertarik. Sebab dia rasa macam kenal ja ngan mamat arrogant tu.

“Ala, biarlah. Café ni public kot. Bukan private. Kita ada hak la.” tegas Aqilah.

“Tapi customer lain pun ada hak juga. Okay?” Aqilah buat muka 40 darjah dia. Indah gelak.

“Weh, buruk doh.” Indah menyakat.

“Dah lah tu. Jom kita sambung study. Next week ada presentation. Kang tak lepas, jangan menangis tak berlagu ya,” pesan Sha. Saja nak menyakat but at the same time berpesan sesama kawan juga.
Kemudian, masing-masing meneruskan pembacaan.

Indah orang Kedah. Tu yang Sha memang suka berkawan dengan dia sebab sama negeri. Tambah lagi, Indah ni roommate dia. Aqilah pula orang Shah Alam. Classmate Sha. Bilik tepi bilik Sha ja. Tu yang boleh jadi rapat sebab duduk dekat. Malam-malam kalau diaorang ni tak melalak memang tak sah.

Kekadang Aqilah selalu tidur sekali dalam bilik Sha. Haha! Jenis perangai masuk ayaq sapa tak minat! Setiap kali balik Shah Alam, Aqilah pasti akan bawa Indah sekali. Maklumlah, Indah kan dah tak ada keluarga. Dia hanya ada abangnya ja. Tu yang boleh jumpa kat Shah Alam setiap kali balik cuti.

SYED KHAIRUL masuk ke dalam ofis lewat tengah hari. Alamak! Lewat sangat dah ni. Ni sebab Ifa la. Aduh!

Dia berjalan cepat. Kakitangan lain yang bekerja pada hujung minggu menunduk tanda hormat.

“Afternoon, Encik Khairul.” sapa Suraya merangkap PA Khairul.

“Oh, Su. Semua dah sampai ka?” Khairul masuk ke dalam biliknya. Suraya juga mengikutinya.

“Ya, Encik Khairul. Mereka sampai dah hampir 15 minit.” Suraya melihat jam tangannya untuk memberi anggaran yang tepat.

Syed Khairul mengeluh. Dia segera mengambil kot yang digantung di atas kerusinya. Lalu, segera ke bilik mesyuarat. Dia memilih tarikh hujung minggu kerana pada hari lain dia amatlah sibuk. Oleh itu, dia terpaksa mengorbankan hujung minggunya.

Syed Khairul menjadi Timbalan Pengarah Urusan (Vice President) bagi Hakim Holdings pada usia 22 tahun, iaitu sejurus setelah dia tamat pengajian dan selepas dia bertunang dengan Nazifa. Ketika itu, Syed Adam merupakan Pengarah Urusan (CEO) dan waktu itu jugalah Syed Adam telah berpindah dan menetap di London, United Kingdom.

Oleh itu, Syed Khairul harus menggantikan tanggungjawab abangnya bagi menguruskan syarikat papanya walaupun dia masih tidak tahu apa apa. Terlalu banyak kerja yang dia perlu buat sehingga kekadang dia tiada masa untuk berehat.

Setelah Syed Khairul sudah biasakan diri dalam dunia perniagaan, kini dia mampu mengendalikannya sendiri. Cuma dia masih berasa dirinya tidak layak untuk mengambil tempat abangnya, Syed Adam. Angah akan tunggu along! Desis hati Khairul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience