BAB 2

Drama Series 1251

SYED KHAIRUL baru sahaja selesai mandi apabila Datin Faridah masuk ke bilik anak keduanya itu.

“Owh, mama ingat angah still lagi mandi. Mama nak ambil baju kotor kamu.” jelas Faridah.

“Angah baru ja selesai mandi ma. Tak pa mama ambillah. Angah nak pakai baju kerja kejap.” kata Khairul perlahan.

“Oh, okey.” Faridah mula mengutip beberapa helai baju kotor di dalam bilik anaknya itu. Dia juga ada mengemas katil Khairul. Memperbetulkan balik cadar dan selimut di tempat asalnya. Khairul terlupa untuk mengemas katilnya lagi. Dia terbangun lewat hari ni. Tak ada la lewat mana. Pukul 6.30 pagi ja pun.

Walaupun sudah banyak kali ditegah oleh anak-anaknya. Namun, Faridah masih lagi mahu melayan mereka seperti kanak-kanak kecil. Menurut Faridah, selagi anak-anaknya itu masih lagi belum berkahwin. Dia bertanggungjawab untuk menjaga makan dan pakai anak-anaknya itu.

Syed Khairul merupakan anak kedua keluarga Dato’ Hakim. Walaupun dirinya dikenali dengan perangainya yang panas baran dan sombong itu.

Namun, Khairul sebenarnya seorang anak yang baik. Syed Khairul sentiasa melayan kedua ibu bapanya dengan penuh kasih sayang. Dia tidak pernah melawan kata kedua ibu bapanya.
Oleh sebab itu, ramai yang kata dia ini hidup dua alam. Bila di luar rumah atau di tempat kerja dia cepat marah. Tetapi bila di dalam rumah sejuk mata memandang. Ini kerana Khairul mengutamakan konsep profesional bila bekerja. Namun begitu, ada sebab tertentu kenapa Khairul tiba-tiba berubah.

Tambahan pula, Syed Khairul mempunyai empat adik beradik lelaki. Oleh itu, dia jarang bergaul dengan perempuan selain mamanya. Sedari kecil lagi, Khairul dikelilingi oleh ramai perempuan ternasuklah peminat perempuan yang menyukainya sejak sekolah menengah.
Diri Khairul yang arrogant membuatkan lebih ramai yang menyukainya. Lagipun, rupanya yang sungguh kacak dan handsome membuatkan dia digilai ramai wanita.

Tetapi, Syed Khairul tidak pernah sekali pun membalas kata cinta mereka. Dia lebih suka berdiam diri dan buat tidak peduli sahaja. Namun, segalanya berubah setelah satu kejadian. Kejadian yang mengubah dirinya yang arrogant menjadi seorang yang humble serta kejadian yang mengubah dirinya yang humble kembali menjadi arrogant. Kejadian itu!

“Angah ingat tak apa yang mama cakap semalam?” Datin Faridah duduk sebentar di birai katil sambil memandang tepat ke arah mata anak keduanya itu. Syed Khairul yang baru sahaja menyalin pakaian kerja memandang Datin Faridah tidak berkelip. Dia menundukkan wajahnya lalu segera mendekati ibunya itu.

“Angah mesti pergi ka, mama?” tangan lembut ibunya diraih perlahan.

“Ya. Kamu dah janji dengan mama dah kan semalam yang kamu akan pergi jumpa Ifa. Tak baik tau mungkir janji. Pergilah. Lagipun, esok dia dah nak balik sana. Jumpalah dia kejap. Dia kan tunang kamu.” Faridah cuba memujuk anaknya itu. Tangan anaknya dibelai lembut.

“Mama, angah ada meeting penting la tengah hari nanti. Kalau lewat macam mana? Punahlah reputasi angah dekat syarikat nanti. Mama pun tak nak dengar gosip pasal angah kan? Lagipun angah ada banyak kerja la kena buat sejak along tak ada kat sini.”

“Sebab itulah mama suruh kamu jumpa Ifa waktu pagi bukannya petang sebab mama tahu yang anak mama ni sibuk ja memanjang. Alah, bukannya selalu kamu nak jumpa dia. Sebulan berapa kali ja kan semenjak Ifa tinggal dekat sana,” Raut wajah Khairul mula berubah.

“Mama dah kasi tahu papa yang kamu masuk lewat sikit hari ini. Jangan risau, okey?” tangan anaknya dibelai lembut. Khairul mengangguk perlahan. Perlahan-lahan dia bangun dari katil sambil diiringi ibunya.Apabila sampai sahaja di pintu rumah, Khairul mengucup perlahan tangan ibunya.

“Angah, terima kasih.” Faridah memandang penuh kasih terhadap anaknya itu. Syed Khairul hanya senyum. “Mama tahu susah untuk kamu tanggung kerja di pejabat sejak along tak ada. Mama harap kamu boleh bertahan. Sekejap ja lagi. Tak lama lagi along akan balik. Kamu kena kuat sampai dia pulang okey?” ujar Faridah lembut.

Khairul memeluk ibunya erat. “This is what I should do when he’s not here. That’s what we called brother right?” Datin Faridah senyum bangga melihat hubungan anak-anaknya yang akrab walaupun anak-anaknya yang lain tinggal berjauhan.

“Farhan dah pergi sekolah belum?” Kasut kulit kerjanya disarung kemas. “Emm, dah. Dia keluar awal hari ini sebab ada exam katanya. “Oklah, angah pergi dulu.”

KERETA BMW One Series berwarna hitam meluncur laju di jalan raya. Samsung Galaxy S9 diraih pantas. Syed Khairul memeriksa sekali lagi mesej yang ditinggalkan ibunya.

“Café Alamanda.”

Aish, kenapalah nak jumpa kat situ pula. Punyalah berlambak Café kat luar sana. Situ juga nak berjumpa. Dah lah waktu-waktu macam ni Café tu ramai orang. Nanti lambat pula nak masuk ofis.

Sudah hampir setengah jam Khairul mencari parking lot tetapi tetap juga tidak jumpa. Alamak! Dah lewat ni. Parking je la kat sini. Sekejap ja kan. Akhirnya, Khairul membuat keputusan untuk memarkir keretanya di tepi jalan. It’s okay, duit saman aku mampu bayar. Ujar Khairul dalam hati. Dia berlari keluar untuk menjimatkan waktu.

Disebabkan kereta Khairul diparkir di tepi jalan, ia hampir menyukarkan perjalanan kereta yang lain kerana ia berdekatan dengan simpang. Nordin juga terlibat dalam kesesakan tersebut. Sha menarik earphonenya apabila kereta walidnya berhenti. Dia yang asyik mendengar lagu K-pop melihat keluar tingkap.

“Banyak pula kereta hari ini,” tegur Sha. Dah lama aku tak balik Shah Alam. Nasib baik Kedah tak macam ni.

“Hari ini kan hari minggu mestilah banyak kereta.” jawab walidnya. Nordin merupakan seorang pesara polis yang telah berkhidmat sebagai DSP Nordin selama hampir 30 tahun.

Dua tahun lepas, Nordin telah bersara awal dari kerjanya. Dengan itu, dia mempunyai lebih banyak masa terluang bersama keluarganya. Nordin juga suka bercuti bersama anak dan isterinya. Dia tidak pernah rasa menyesal untuk bersara awal.

“Walid, kenapa ni?” soal Sha kehairanan.

“Entahlah, Sha. Tiba-tiba ja jalan sesak. Selalunya jalan ni tak berapa sesak.” jelas Nordin perlahan. Kereta-kereta di hadapannya sudah mula berhenti. Kenapa ni? Dekat simpang mana boleh berhenti?

“Maybe ada accident kot.” teka Sha. Seketika kemudian, bila kereta walidnya menghampiri simpang, barulah jelas kelihatan yang terdapat sebuah kereta memarkir di tepi jalan.

“La...patutlah jammed. Ada orang parking kereta dekat tepi jalan macam tu. Memang sesaklah,” Nordin mengeluh. Sha memandang ke luar sekali lagi setelah mendengar walidnya merungut.

“Ha?” Sha memandang kereta di tepi jalan itu.

“Ya Allah, teruknya orang tu. Agak-agaklah nak parking pun. Government dah kasi parking lot pun still nak parking luar kotak. Tak faham betullah. Tahulah kaya pun, pentingkan diri betul. Takberperikemanusiaan langsung. Menyusahkan orang lain ja.” Sha membebel sendirian.

“Tak baik kata macam itu Sha. Kita tak tahu sebab kenapa dia parking dekat situ. Maybe dia ada hal lagi mustahak dari kita. We still don’t know. So, don’t judge it yet. Okay?” tegur walidnya lembut.

“Wah, dah boleh agak apa yang walid akan kata. Walidlah orang paling baik di dunia ni. Cayalah!” ibu jari Sha diangkat tanda bagus. Bibirnya mengukir senyuman gembira. Nordin tersenyum melihat gelagat anak tunggalya itu.

Ketika itu, mata Sha menangkap kelibat jejaka yang keluar dari kereta mewah itu. Berpakaian ofis? Office boy maybe. Walaupun hanya mampu melihat dari jauh, dia boleh mengecam dengan cepat kerana Sha memang suka berfantasi dengan pakaian seragam terutamanya bila melibatkan fesyen.

“Ouh, walid. Drop Sha dekat depan tu ja.” Sha menggalas begnya lalu mencium tangan walidnya lembut. “Pergi dulu.”

“Emm, hati-hati. Nanti nak balik macam mana?”

“Ahh..tak pa kot walid. Menyusahkan walid ja. Nanti Indah boleh tolong hantarkan.” Nordin mengangguk. Pintu kereta dibuka lalu Sha berlari perlahan masuk ke Café tersebut.

“SORRY, I’m little bit late.” Syed Khairul menarik kerusi lalu duduk di hadapan Nazifa, tunangnya.

“It’s okay. I pun baru ja arrive sini. Kita order dulu ya.” Nazifa mengangkat tangannya memanggil waiter. Selesai membuat pesanan, mereka mula berbual.

“Awak naik flight bila?” soalan pertama yang keluar dari mulut Khairul ternyata amat mengecewakan Nazifa.

“You ni kan. Cubalah tanya soalan lain. You macam nak I cepat pergi ja.”

Senyap. Khairul cuba elak dari memandang mata Nazifa.

“Aunty paksa awak jumpa saya kan? Sebab itu awak macam ni,” Khairul memandang muka Ifa.

“Huh, u can’t lie to me. I know you by years.” kata Nazifa agak geram.

“Hmm, sorry. I shouldn’t say like that. It just because I’m little bit busy in office.”

“I knew that. Abang Adam ada cakap soal you kena handle syarikat. You should be very busy. Well, the CEO is not around for years.”

“Abang Adam? You ada jumpa along ka? Bila?” soal Syed Khairul terkejut.

“Haritu la. Before I depart kat sini.”

“Then,why don’t you tell me anything?” Syed Khairul agak marah.

“Do you think I have time to tell you? Or do you have time for meet me? No, right. This is our first meet after I arrived in Malaysia three months ago. You and I never have time to meet even we are working for the same building. And yet the first question you asked me after three months was when will I off? What do you think of it? Huh?” sindiran Nazifa kedengaran sungguh tajam.

Khairul terkelu sebentar. Masakan tidak kesemua yang dikatakan Nazifa itu benar belaka. Nazifa merupakan salah seorang architect utama di Hakim Holdings. Walaupun dia bukanlah architect yang profesional, namun dia telah merangka pelan untuk beberapa projek bangunan terbesar di bawah kerjasama JS Group. Contohnya, adalah seperti IOI Resort City,Warisan Putri dan Sunway Futra Mall.
Dan kini dia sedang menguruskan sebuah lagi bangunan di bawah kerjasama IKM Corporation Berhad dan Hakim Holdings iaitu Projek Battersea Station, London. Oleh itu, sejak dua tahun lepas hingga kini, Nazifa sering ke luar negara bagi menyelesaikan projek tersebut.

Mahupun begitu, dia masih boleh pulang ke Malaysia untuk menguruskan urusan yang lain. Sejak mereka berdua bertunang dua tahun yang lalu, mereka tidak pernah meluangkan masa bersama kerana masing-masing sibuk dengan projek tersendiri.

Bagi Nazifa, walaupun masih sibuk namun dia masih mahu berjumpa dengan Khairul. Cuma kekadang Khairul yang sering memulaukannya.

Mereka berdua telah berkawan sudah hampir 11 tahun. Tetapi, hanya Nazifa sahaja yang betepuk sebelah tangan. Tidak bagi Khairul. Sejak Syed Adam berpindah ke United Kingdom tiga tahun yang lalu, Syed Khairul yang terpaksa menguruskan kesemua urusan syarikat dalam Hakim Holdings. Kerana itu dia tidak dapat meluangkan banyak masa bersama Nazifa.

“I’m sorry Ifa.” Khairul mengambil minuman yang dibawa oleh pelayan untuk dihirup. Apabila semua makanan telah sampai, Khairul cepat-cepat memasukkan ke dalam mulut setelah membaca Bismillah. Dia cuba untuk mengelakkan dari bertembung mata dengan Nazifa.

Nazifa mengeluh bila sudah perasaan dengan reaksi Khairul. Hmm, bilalah agaknya rasa macam nak dating real. Bila berjumpa ja tak lain tak bukan mesti cakap pasal kerja. Kalau couple lain mesti cakap pasal hubungan diaorang. Tapi couple dia lain. Memang lain dari yang lain. Haih!

“Why...do you still thinking about her?” tiba-tiba Nazifa meneka. Khairul terberhenti seketika apabila mendengar tekaan Ifa. Suapan terakhirnya dibiarkan seketika. Dia memandang semula muka Nazifa.

“Why? Am I wrong?” Nazifa meneguk minumannya.

“Ifa, I got meeting this evening. Lebih baik kita makan cepat sikit.” Khairul tidak menghiraukan pertanyaan Ifa. Memang dia tak nak peduli pun.

“I know. But you juga tahu kan yang I akan depart tengah hari nanti. And kita maybe tak akan berjumpa for a few months,” Khairul senyap lagi.

“Khai, I tak minta banyak dari you. I just nak you bagi perhatian dekat I sikit ja. You tahu kan kita ni dah bertunang hampir dua tahun. But kita berdua tak nampak langsung macam orang yang dah bertunang. Keluar dating pun kita tak pernah. Paling tak pun I nak la juga keluar macam pasangan lain,”

“Khai, I tahu you busy sejak Abang Adam tak ada kat sini. But don’t you think that you also need to pay attention to me too?” soal Nazifa.

“Enough, Ifa. I datang sini sebab mama suruh I teman you makan sebelum you depart. So, kita makan ja lah. Tak perlu nak cakap soal lain.” kata Khairul dingin.

“That’s what I mean. You datang teman I when aunty suruh ja. Tapi bila aunty tak suruh you ada tak datang jumpa I? Tak kan? Come on, Khai! You sendiri tahu kan macam mana perasaan I terhadap you. Perasaan I tak pernah berubah Khai. I akan still tunggu you Khai.” ujar Nazifa lembut.

Khairul menghirup minumannya sehingga habis. “I had told you before this. Kita dah pun bertunang. So, just react like what we are. There’s nothing else. Lagipun, pertunangan ini bukannnya pertunangan yang saya harapkan. That’s what our family want. I’m not interested at all. Dah jom I hantar you dekat airport. Nanti you lewat pula.” Khairul segera bangun dari duduknya.Nazifa mengeluh.

“Tak perlu.” Nazifa pula yang dingin. “You kata you busy sangat kan? Then, tak perlu la hantar I. I boleh pergi sendiri. Nanti you lewat pula masuk meeting.” perli Nazifa padat. Dia segera bangun lalu beredar tanpa sedikit pun melihat Khairul.

Khairul hanya memandang belakang Ifa. Had I been too harsh? Hmm, biarlah. Kemudian, Khairul meninggalkan not RM50 di atas meja lalu keluar dari Café tersebut. Dia langsung tidak mengejar Nazifa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience