BAB 4

Drama Series 1251

KERETA MYVI berwarna merah berhenti tepat di hadapan rumah Sha. “Thank you, beb.” ucap Sha. Indah mengangguk lalu meluncur pergi.

“Assalamualaikum, umi..walid. Sha dah ba...”Sha terbehenti seketika. Dia memandang kasut Nawal Jes berwarna kuning cair yang terletak di hadapan pintu rumah itu. Kasut ni...takkan??!
Sejurus dia melihat kasut yang amat dikenalinya itu, dia terus berlari ke dalam rumah.

“Umi...Sha nampak kasut...” dia mencarinya empunya kasut tersebut di merata rumah. Kemudian, dia terlihat kelibat susuk tubuh yang amat dikenalinya itu sedang membawa pinggan yang berisi nasi ke arah meja dapur. Sha senyum hingga ke telinga.

“Akak!” jerit Sha kuat.
Anis yang tengah menghidang makanan tengah hari melihat adik angkatnya itu. Dia tersenyum gembira.
Irsha Hani kemudiannya berlari mendapatkan kakak angkatnya yang amat disayanginya itu. Dia memeluk erat Anis sehingga Anis tidak mampu untuk bergerak.

“Ya Allah, Sha!”

“Akak…bila balik? Kenapa tak call Sha? Sha rindu gila kat akak...” luah Sha penuh perasaan. Pelukannya diperkemaskan.

“Hmm, itulah. Bila Anis dah balik, budak tu bukan pandang umi dah,” suara Maznah keluar dari dapur. Dia mendulang air minuman ke arah meja dapur.
Anis hanya gelak.

“Sudahlah Sha. Jom kita makan.” ajak uminya. Malas nak melihat adegan melepaskan rindu mereka berdua tu.

“Akak...” panggil Sha sambil menggoyangkan tangan Anis. Kang tumpah lah nasi tu.

“Ye...akak pun rindu Sha. Sudah kita makan dulu ya?” pujuk Anis. Masakan dia tidak merindui adik angkatnya itu. Sudah lama mereka tidak bertemu sejak Anis tinggal di Canada untuk menyambung pengajiannya.

Walaupun begitu, mereka tidak pernah sekalipun terputus hubungan. Sha selalu menghubungi Anis untuk bertanya khabar. Begitu juga dengan Anis yang menghubungi Sha pada setiap hujung minggu bila mereka mempunyai masa senggang bersama.

Oleh sebab Irsha Hani ialah anak tunggal keluarga itu. Nordin dan Maznah tidak pernah mengongkong Sha. Malah, mereka lebih suka Sha berkawan dengan ramai orang bagi mengelakkan Sha rasa kesunyian.

Anis dan Sha saling mengenali sejak Sha kecil lagi. Ibu Anis ialah satu-satunya keluarga yang Maznah ada. Walaupun mereka bukanlah keluarga kandung, tetapi ibu Anis ialah anak angkat kepada nenek Sha, iaitu ibu Maznah. Apabila nenek Sha meninggal, Maznah dan Azimah tinggal bersama. Kerana itu, Anis boleh kenal Sha. Sha telah dibesarkan dengan ilai tawa seorang kakak angkat. Oleh itu, dia amat sayangkan Anis. Begitu juga dengan diri Anis.

Semasa Sha berada di sekolah menengah boleh dikatakan setiap bulan yang Sha akan pulang ke kampung Anis di Dungun, Terengganu. Dia lebih sukakan untuk berada di kampung berbanding dengan di bandar.

Setiap pagi dia dapat melihat pantai Terengganu yang bersih dan cantik. Dia juga suka melihat matahari terbit serta matahari terbenam kerana rumah keluarga Anis amatlah dekat dengan pantai.

Tambahan lagi, dia dan Anis satu sekolah. Memang bertambah akrab la.
Tetapi semenjak Anis dan keluarganya berpindah ke Canada dua tahun lalu, Sha tidak dapat lagi pulang ke kampung. Tambahan pula, mereka telah tinggal secara menetap di sana kerana suami Anis juga bekerja di sana.

Dengan itu, mereka hanya berhubung melalui media sosial sahaja. Sha pula tidak suka bersosial di dalam media sosial. Dia tiada Instagram, Wechat or even Twitter. Ini kerana dia lebih cintakan dunia klasik.
Paling kurang pun dia ada Whatsapp ja la. Dan bagi diri Sha yang pernah boikot media sosial dulu kini rasa menyesal pula sebab sekarang baru dia tahu apa fungsi sebenar media sosial. Bukan hanya sekadar untuk bersosial. Tetapi dapat digunakan ketika ingin menghubungi saudara mara yang tinggal berjauhan. So,the lesson today is never judge the book by it’s cover!

“Abang!” laung Maznah sedikit kuat untuk memangilkan suaminya turun untuk makan tengah hari di rumah.

“Abang...jom makan.” Nordin turun ke dapur setelah mendengar namanya dipanggil.

“Makanan dah siap ka?” soal Nordin. Kerusi tengah ditariknya dan duduk di atasnya.

“Emm...dah siap. Nasib baik Anis ada tolong,” jawab Maznah.

“Ha, Sha! Dah jom makan. Walid tahulah kamu berdua dah lama tak berjumpa, tapi walid lapar dah ni,” gurau Nordin. Sha dan Anis hanya gelak. Kemudian, mereka sama-sama duduk di meja makan.

SETELAH semua orang selesai makan, Nordin dan Maznah duduk di ruang tamu manakala Sha sudah tarik Anis ke biliknya.

“Siapa call abang tadi?” tanya Maznah. Segelas air masak diletakkan di atas meja kecil di hadapan sofa tersebut.

“Hakim.” jawab Nordin. Air masak diambil lalu meneguknya perlahan.

“Dah lama dia tak call abang. Kenapa dia call? Ada benda penting ka?”

“Tak adalah penting mana. Dia just ajak makan dekat rumah dia ja. Faridah pun ajak awak juga.” jelas Nordin.

“Oh...ya ka? Ok la tu. Nanti kita pergi ya? Saya pun dah lama tak jumpa dengan Faridah,” teruja Maznah mendengar berita itu.

Nordin senyum.

“OK...now akak kena bagitahu bila akak sampai. Hari tu masa kita on the phone akak kata nak balik next month. Tipu Sha ja.” Anis ditarik ke dalam bilik Sha. Mereka berdua duduk di birai katil.

“Haha...sorilah. Sis saja nak kasi surprise. Lagipun Sha kan busy. Nanti kalau sis bagi tahu nak balik sini. Sha pula ponteng kelas. Lagipun tadi walid yang pegi ambil akak dekat airport.” jelas Anis.

Walid pergi ambil? Maksudnya umi ngan walid tahulah yang akak nak balik. Sampai hati diaorang tak kasi tahu. Haih!

“Hmm...akak balik sorang ka? Mak tak balik ka?”

“Tak pula. Akak balik kejap ja sebab nak uruskan akaun bank mak. Selasa ni akak balik sana balik. Sebab akak ambil cuti tiga hari ja. Lagipun kesian dekat Amir. Kena jaga Afiq sorang sorang. Mak dah tak larat nak jaga. Budak tu dah makin buas.” jelas Anis lembut.

Bila Anis buat keputusan untuk menyambung pengajiannya di luar negara lima tahun lepas. Tiada siapa yang dapat menghalangnya termasuklah Sha sendiri. Kerana ketika itu dia telah mendapat biasiswa penuh. Oleh itu, dia segera bersetuju untuk ke sana.

Pada mulanya, Azimah agak berat hati untuk lepaskan anak tunggalnya yang berumur 19 tahun menetap di negara orang. Dengan itu, dia membuat keputusan untuk mengikutnya sekali.

Setelah Anis selesaikan tugasnya sebagai seorang pelajar Sains Kemanusiaan di Canada. Seawal usia 22 tahun, Anis telah menamatkan zaman bujangnya bersama dengan kekasih hati yang ditemuinya semasa sama-sama belajar di Canada.

Kemudian, Anis mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya di peringkat Master. Suaminya pula, Amir bekerja sebagai seorang kontraktor di Canada. Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Afiq Ikhwan.

“Rindunya Sha dekat Afiq. Nanti Sha nak juga jumpa Afiq. Hihi. Kalau macam tu apa kata kalau akak tidur sini malam ni? Sha ada banyak benda nak bagitahu akak.” soal Sha penuh harapan.

Anis mengusap pipi adik angkat kesayangannya itu.

“Memang akak plan nak tidur sini pun. Kat mana lagi akak nak tidur selain dari rumah kesayangan akak ni.” Kedua-dua mereka sama-sama tertawa.

SHA turun ke ruang tamu setelah selesai solat Isya’. Anis sudah turun awal lagi kerana dia sedang dalam cuti perempuan.

“Sha. Kamu dah makan ka belum?” soal Maznah bila melihat Sha turun ke dapur.

“Emm...dah umi. Sha makan roti ja tadi.” Air masak di atas meja dituang ke dalam gelas.

“Roti ja?” Anis menyampuk.

“Kau serius adik?” Anis akak terkejut.
Sha mengangguk sambil minum air.

“Sha memang macam tu. Bila umi masak lambat sikit ja dia bukannya nak makan. Jaga badan konon.” perli uminya.

Biar betul budak ni. Sejak bila diet ni? Buat tabiat erk?

“Sha dah kurus. Nak diet apa lagi?” soal Anis pelik.

Sha hanya biarkan sahaja soalan tu. Dia bergerak ke arah ruang tamu. Nordin sedang menonton televisyen. Dia duduk di sebelah walidnya.

“Walid... walid...” dia mula rapat dengan walidnya. Nada suaranya berubah.

“Ha...tu nak minta apa pula?” Maznah juga duduk di sofa. Begitu juga dengan Anis.

“Umi ni...”

“Sha nak apa sayang?” soal walidnya. Tangannya diusap lembut.

“Hihihi....emm..esok kita keluar dengan akak Anis ya? Ala...kita pergilah makan ka shopping ka? Lagipun Sha dah lama tak keluar dengan walid dan umi. Esok tengah hari Sha dah kena balik kolej sebab lusa dah ada kelas.” pujuk Sha. Tangannya mula melingkar ke lengan walidnya.

“Esok pagi ka Sha? Akak tak boleh la. Esok pagi akak kena pergi bank. Maybe lama sikit. Kita keluar tengah hari je lah.” Anis bagi pendapat.

“Tengah hari?” soal Maznah.

“Kalau nak keluar tengah hari tak boleh la. Sebab esok tengah hari umi ngan walid nak pergi ke rumah kawan umi. Mereka ajak kita makan. Sha ikut sekali boleh kan?” tanya Maznah.

Dia memang berharap nak bawa anak perempuannya itu ikut sekali. Tapi macam tak jadi ja ni.

“Rumah kawan umi? Ala...maksudnya tak boleh la kita keluar bersama. Indah nak ambil Sha pukul dua petang esok. Dia ada hal nak kena urus sebab tu kami nak balik awal.” jawab Sha sedih.

Aku nak balik dah esok. Akak pula baru sampai hari ni. Tu la lain kali kena plan awal-awal. Hampeh betul lah!

“Akak boleh tak postpone nak pergi bank esok? Please!” Pergilah bank hari lain akak. Sha free pagi esok ja ni.

“Sorilah Sha. Akak dah buat appointment dengan bank. Sha betul ka nak balik esok? Sha kata kelas lusa. Apa kata Sha balik petang ja. Biar akak hantar la.” cadang Anis.

Kesian la pula dekat adik aku ni. Tu la lain kali kalau nak balik bagi tahu dulu. Senang sikit nak plan. Tengok sekarang ni. Dah tak boleh nak spend time dengan adik kesayangan aku ni. Eii..kau ni Anis! Kesian Sha. Tapi nak buat macam mana. Aku cuti minggu ni ja.

“Haah, Sha. Kamu balik ja la petang. Umi nak bawa kamu jumpa kawan umi. Lagipun kamu dah lama tak jumpa mereka. Nanti walid boleh tolong hantarkan. Betulkan abang?” Maznah masih lagi berharap untuk bawa Sha bersama.

“Ya, Sha. Walid boleh hantarkan.” kata Nordin. Semenjak dia bersara, dia ada banyak masa yang terluang. Boleh ja nak hantar Sha balik kolej nanti.

“Hmm...tak apa kot. Hari lain la kita keluar. Sha dah janji dengan Indah nak teman dia balik esok tengah hari sebab ada keluarga dia meninggal. Nak suruh dia pergi sendiri. Takut macam-macam pula jadi.” Sha terpaksa ambil keputusan untuk mengorbankan masa bersama keluarga demi rakannya Indah.

“La...ada keluarga dia meninggal ka? Innalillah...kalau macam tu tak apa lah. Kamu tak perlu ikut umi ngan walid pergi rumah kawan umi. Sha pergi teman Indah. Lagipun orang tua dia kan dah lama meninggal. Dia ada abang dia ja. Kesian pula umi tengok dia. Nanti kamu sampaikan salam takziah dekat dia ya?”

Tak apa lah Sha. Hari lain lah umi bawa kamu jumpa kawan Umi.

“Emm...ok umi. Bila akak nak balik sini semula?” Sha memandang wajah Anis.

“Ahh...rasanya lama lagi kot. Sebab akak ada exam lagi dua bulan. Maybe susah sikit nak balik lepas ni.” susah pula nak jawab.

“Oh ya ka? Sha dah mula cuti sem bulan depan.”

“Kalau macam tu nanti kamu datang la jumpa akak kat sana. Bukannya kamu tak pernah ke sana kan?” cadang Anis.

Sejak Anis dan maknya menetap di Canada, Sha selalu juga ke sana untuk pergi menziarah. Tambah-tambah lagi bila musim panas dan musim luruh. Sebabnya kedua-dua musim tersebut adalah musim terbaik di Canada. Ketika itu, bunga Lavender baru nak mekar. Daun Maple yang gugur dari dahan pula akan nampak sangat cantik bila ditiup oleh angin. Memang cantik lah scenery dia. Tambahan pula, cuti sem Sha selalu kena pada kedua musim tu. Itu yang dia boleh ke sana.

“Serius kak? Baguslah. Sha pun nanti boring duduk kat sini bila cuti. Sha pergi sana lah umi ya? Walid? Lagipun Sha boleh main dengan Afiq sekali.” teruja betul Sha. Tahun ni dia belum lagi pergi ke sana. Sebab jadual terlalu pack dengan kelas. Al-maklumlah pelajar tahun akhir kan.

Maznah dan Nordin berpandang. Fikir panjang pula mereka sebelum memberi keizinan.

“Hmm..ye lah. Pergi ja lah Sha. Lagipun kamu dah habis belajar kan nanti.” Maznah berat hendak beri kata setuju. Tapi bila lihat muka puteri kesayangannya itu. Dia on ja la.

“Serius umi?” soal Sha meminta kepastian.

“Ya, Sha. Pergilah. Lagipun tahun lepas Sha nak pergi sana tapi tak boleh sebab kena ikut umi ngan walid pergi ke kenduri kawan walid kan,” kali ni Nordin pula yang bagi kata setuju.

“Wah..seronoknya...” Sha terus lepaskan lingkaran tangan walidnya dan bangun dari duduk. Dia melompat gembira. Haha. Gila tak seronok weh!

Nordin dan Maznah ketawa melihat keriangan anaknya itu.

“Kalau macam tu, apa kata Anis ikut umi ke rumah kawan umi. Ala..rumah Datin Faridah. Majikan mak Anis dulu.” ajak Maznah.

“Ouh..Datin Faridah ka? Boleh juga. Dah lama Anis tak jumpa dia.” Anis pun setuju. Sha hanya senyap ja. Sha mungkin tak ingat siapa Datin Faridah. Sejak bila umi aku ni kawan dengan datin ni?

Memang dah lama Anis tak jumpa dengan Datin Faridah. Rasanya hampir lima tahun dah. Mak Anis sebenarnya adalah seorang tukang gaji di rumah Datin Faridah. Beliau terlalu baik terhadap mereka sekeluarga sehingga sering memanggil Anis datang ke rumah untuk makan bersama.

Tambah pula Anis ni pernah sekelas dengan anak keduanya semasa di sekolah menengah.Ya! Anak kedua keluarga Datin Faridah dan Dato’ Kamal. Syed Khairul bin Syed Hakim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience