BAB 1

Drama Series 1249

It’s a beautiful life,
I’ll stand right behind you,
beautiful love,
If I am with you under this sky,
Just breathing alone makes me happy,
It’s a beautiful life.
-Daisy-

“Done!” Sha menutup kemas diarinya. Diarinya diambil lalu diletakkan di dalam laci meja. Lirik lagu Beautiful nyanyian Crush menjadi nota pertama dia untuk bulan ini.

Setiap bulan Sha akan tulis satu nota kecil untuk dirinya bagi memotivasikan dirinya sendiri. Tetapi, siapa lagi pada zaman ni yang masih nak luahkan perasaan melalui diari? Itulah, Irsha Hani. Disebabkan zaman sekarang sudah moden, maka kebanyakan orang akan menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan.
Namun bukan Sha. Baginya, perasaan kita tidak boleh dikongsi dengan sesiapa kerana ia milik kita. Selagi tiada sesiapa yang berjanji untuk berkongsi perasaan dengan kita, selagi itulah kita harus menyimpannya. Itulah prinsip dia.

Oleh itu, apa sahaja perasaan dia. Sha akan menulisnya di dalam diarinya yang hanya boleh dibaca olehnya serta seseorang yang istimewa sahaja. Setelah berpakaian lengkap, Sha mengambil beg galasnya lalu dia terus keluar ke dapur.

“Morning,” sapa Sha sebaik sahaja melihat kelibat uminya yang sedang mengemas meja.

“Waalaikumussalam, Sha.” uminya memandangnya. Sha tersengih. “Sori, umi!” Sha memegang lengan uminya.

“Haih, anak umi ni. Susah sangat ka nak buang tabiat tu?” Maznah menegur anak tunggalnya itu.

“Alah, umi ni. Gurau sikit pun tak boleh ka? Chill la umi.” Sha memuncungkan mulutnya. Maznah hanya memandang telatah anak tunggalnya itu. Dia senyum.

“Yelah, cepat makan. Nanti sejuk pula bihun goreng tu.” pinggan diraihnya.

“Eh, umi. Tak nak. Sha nak makan roti ja.” Sha menolak lembut. Dia bukan tak suka bihun tapi biasalah lumrah wanita cuba nak diet. Heh, entah bila lah boleh kurus Sha ni.

“Hmm, diet la tu.” Maznah meneka. Sha tersengih lagi sehingga menampakkan giginya yang putih itu.

“Kamu ni kan Sha. Dah macam orang putih dah. Kalau nak sarapan itu mesti nak makan makanan yang ringan ja. Bila umi masak nasi tak nak makan pula. Lepastu nanti malam mulalah suruh umi masak awal sebelum pukul tujuh. Cubalah jadi Melayu tulen sikit, Sha. Nak diet la sangat. Kamu tahu tak umi dengar kamu cakap macam tu lima tahun lepas tau. Tak ada beza pun dengan sekarang ni.” perli umi. Sha buat tak tahu ja. Dia menyapu sedikit planta di atas roti Gardenier.

“Umi. Sha kan perempuan. Sha kenalah jaga penampilan Sha, body Sha and yang paling penting sekali kesihatan Sha. Sha tak nak bila makan banyak-banyak nanti dapat pula macam-macam penyakit. Sepatutnya umi kena sokong Sha tau, bukannya marah Sha macam tu. Lagipun, satu benefit juga dekat umi bila Sha diet. Umi tak perlu nak masak makanan yang banyak-banyak. Bagi yang ni pun dah cukup, umi.” Sha menerangnya dengan lembut.

“Nak jaga kesihatan la sangat. Sha tahu tak bihun goreng tu sikit ja kalori berbanding dengan planta yang kamu sapukan tu. Lagi satu, ramen yang kamu selalu makan tu lagi banyak tau kalori dia. Kalau nak diet Sha, biarlah seimbang. Kalau kamu makan banyak tapi ikut masa yang ditetapkan, tak akan gemuk punyalah.” Sha memejam matanya.
Itulah yang malas nak balik rumah. Asal balik ja, mesti umi asyik duk berleter ja. Haih, apalah nasib.

“Tengok mulalah tu. Bila umi bercakap, mesti dia nak buat-buat tidur.”

“Alah, umi. Setiap kali Sha balik umi pasti akan cakap benda yang sama. Boringlah.”

“Sebab kamu jarang balik la umi nak berleter ni. Bukan hari-hari umi nak berleter dekat Sha. Sekali-sekala ja kan. Tu pun malas nak dengar. Umi suruh belajar dekat area Shah Alam tak nak. Nak sangat duduk kat Kedah kan. Sekarang ni umi nak jumpa dengan anak umi ni pun susah.” Sha menadah sahaja telinganya.

“Ala...Sha ajak berface time dengan umi. Umi yang tak nak. Kata tak reti la, tak pandai la. Orang dah beli ipad tu dekat dia pun tak reti lagi nak guna,” perli Sha. Bukan selalu nak perli umi kesayangan aku ni!

“Eh, hello! Umi ni bukan hidup dalam zaman canggih kamu ni. Dah berapa puluh tahun dah umi hidup. Memang umi tak reti pun face face ni. Apa face tak tau!” suara Maznah ditinggikan sedikit. Eh, anak aku sorang ni! Umi ni old school la.

“Face time la umi. Tu la orang nak ajar tak mau. Pastu duk membebel kata rindu la. Tu yang orang selalu balik. Sha ni kan umi. Banyak assignment pun Sha balik tau. Nampak tak Sha ni anak mithali umi dengan walid.” Senyuman Sha dilebarkan lagi.

“Hmm...ya la. Lepas ni umi nak Sha duduk sini ja. Tak payah dah balik Kedah. Nanti kalau nak buat praktikal minta kat area Shah Alam sudah. Senang sikit.” kata Maznah agak tegas.

Kalau sebelum ni, mereka sekeluarga mempunyai dua buah rumah. Satu di Kedah. Satu lagi di Shah Alam. Tetapi sejak Nordin sudah berpencen, mereka sudah jarang pulang ke Kedah. Boleh kata yang ni ja la tempat tinggal mereka.

“Ala...biarlah Sha nak buat praktikal kat sana. Lagi bagus apa. Umi dah lupa ka yang Sha ni anak jati Kedah. Sebab tu Sha minta duduk kat sana. Tak best la duduk kat sini umi.”

Maznah hanya membiarkan sahaja kata-kata Sha. Dia tahu yang Sha ni jenis yang degil. Kalau dilarang, lagi-lagi dia nak buat. Jadi, lebih baik biar ja.

Maznah terlalu bersyukur kepada Tuhan. Walaupun, dia dan suaminya hanya dikurniakan seorang anak sahaja. Namun, anaknya ni tidak pernah memberontak untuk melakukan perkara yang dia suka.
Masa dulu bila Sha kata yang dia dapat tawaran kemasukan ke universiti di Kedah. Bukan main happy lagi Sha. Even dia mahu anak tunggalnya sentiasa bersama dengannya, tetapi dia sedar yang kebahagian Sha lagi penting.

Bagi Sha pula, bila dia elok ja bersekolah di Kedah. Tetiba umi dengan walidnya suruhnya berpindah sekolah. Mahu tak menangis. Ya la. Dah duduk dekat sini sejak umur tujuh tahun.

Tiba-tiba umi kata jom ke Shah Alam. Ha! Dua malam Sha merajuk. Tak nak bercakap langsung. Puas la juga umi dengan walid memujuknya. Akhirnya dia terpaksa terima juga. Bukan senang nak tangani anak tunggal macam Sha ni. Tetapi bila diikutkan dengan kerja walidnya, Sha terpaksa mengalah.
Tapi bila dia sampai ja dekat sekolah barunya di Shah Alam. Kisah dirinya bermula. Di situlah dia berjumpa dengan seseorang!

Bila dia dah habis belajar, dia bawa dirinya yang kecewa ke Kedah. Ya! Semasa dia bersekolah, satu peristiwa hitam telah berlaku kepadanya. Kerana itu dia tak nak lagi berada di Shah Alam. Dia takut dia akan berjumpa dengan si ‘dia’.

Sha merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. Disebabkan tanggungjawabnya sebagai pelajar masih lagi perlu digalas. Oleh itu, Sha perlu tinggal di inasis di dalam universitinya.

Setelah tamat belajar di sekolah menengah, Sha memohon untuk masuk ke universiti tersebut. Katanya dia tak nak belajar di Shah Alam. Baik belajar di Kedah. Lagipun, universiti tersebut mempunyai persekitaran yang sangat cantik.

Tempatnya tidak terlalu sesak. Dan yang paling penting lagi semua pelajar diwajibkan tinggal di dalam universiti. Tempat kediaman yang mereka sediakan sangatlah selesa. Tambahan lagi, Sha memang minat bab pengurusan. So, UUM memang the best la kalau nak belajar soal pengurusan ni.

Sha memang suka sangat kalau duduk asrama ni. Cuma umi dengan walid yang tak berkenan. Bila Sha pujuk tujuh hari tujuh malam. Memang cairlah umi dengan walidnya. Biasalah anak tunggal ni kalau kata apa pun kena ikut. Betul ka?
Sha tinggal bersama dengan rakan barunya, Indah. Tapi setiap dua minggu sekali Sha akan balik rumah di Shah Alam. Tetapi itu masih bergantung. Sekiranya jadual kelasnya tidak terlalu pack. Dia akan pulang. Paling lama dia balik. Ada la dalam tiga hari.

And dulu bila masa dia masih bersekolah di sekolah menengah. Setiap cuti sekolah, Sha akan balik ke kampung ‘angkatnya’ di Terengganu. Katanya dia lebih suka kehidupan di kampung berbanding bandar yang sesak dengan kenderaan. Tetapi sekarang dia dah tidak boleh balik ke sana lagi.

“Sha dengar tak ni?” Maznah memanggil bila melihat anaknya itu sudah mengelamun.

“Ya, umiku yang tersayang. Sha dengar. Sha janji lepas ni Sha makan apa saja yang umi masak. Okey?” tangannya diangkat seperti sedang berikrar.

“Hmm, ye la tu. Hari ini kamu nak ke mana pula? Baru semalam ja balik dah nak keluar dah. Bukan kamu kata yang kamu cuti ka minggu ni?” soal Maznah sambil menuang air Milo ke dalam gelas Sha.

“Sha memang cuti umi. Tapi kejap ja sebab next week Sha ada group presentation. So, today Sha nak keluar jumpa kengkawan ha dekat kafe Alamanda. Indah dengan Aqilah pun ada balik umi. Kami dah janji nak jumpa dekat sana. Kita orang nak buat discussion soal presentation nanti. Lepastu next month Sha dah ada exam. So maybe susah sikit nak balik, umi.” jelas Sha.

“Ya ka? Kamu exam nanti untuk sem yang last kan?” Sha mengangguk.

“Lepas habis exam kamu tak buat apa-apa kan?” tanya Maznah.

“Entahlah. Duduk kat rumah je la kot lepas tu. Then habis cuti baru boleh nak sambung buat praktikal plak. Kenapa umi?”

“Tak de lah. Baguslah, kamu dah nak habis belajar. Lepas ni boleh tolong umi pula.”

“Hmm..umi, mana walid? Dari tadi tak nampak pun.” Sha bangun ke sinki lalu membasuh tangannya.

“Walid pergi beli surat khabar. Kejap lagi dia balik la tu. Ni nanti kamu nak pergi dengan siapa?”

“Entahlah, Indah datang ambil kot.” Walaupun Indah tu anak yatim piatu tapi dia sebenarnya kaya juga. Abangnya ialah seorang arkitek di Jepun. Kereta tu abang Indah yang belikan. Aku ni pun tak ada kereta lagi. Even, lesen dah berkepuk dalam purse. Tapi bila umi say no. Apa kau boleh jawab ha? Mampu senyap ja la. Haih!

“Kesian pula dekat Indah nanti. Tak pa lah. Nanti umi suruh walidlah yang hantar kamu.”

“Ok, umi. Kejap Sha nak call Indah dulu.” Sha keluarkan telefon bimbitnya untuk dial nombor Indah setelah selesai mencuci gelasnya.

“Assalamualaikum,” Nordin masuk dengan membawa surat khabar di tangannya.

“Waalaikumussalam, walid.” Sha pergi ke walidnya lalu mengucup lembut tangan walidnya itu.

“Sha nak ke mana ni?” Nordin melihat anak kesayangannya itu sudah bersiap.

“Sha nak keluar dengan kawan-kawan. Nak buat discussion pasal presentation, walid.”

“Abang, boleh tolong hantarkan Sha tak?” soal Maznah yang datang dari dapur.

“Hah? Oh, boleh ja. Sha nak jumpa dekat mana?” surat khabar yang dibelinya itu diletakkan di atas meja di ruang tamu.

“Kafe Alamanda, walid.” jawab Sha.

“Ok, jom. Walid pergi start kereta dulu.” Kunci kereta diambilnya semula. Sha mengangguk lalu berlari ke uminya untuk bersalaman.

“Sha pergi dulu ya umi.” pipi uminya dicium lembut.

“Ye lah, hati-hati.” Maznah juga membalas ciuman itu di pipi anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience