BAB 5

Drama Series 1249

SETELAH selesai berbual di ruang tamu. Masing-masing balik ke bilik tidur. Jam pula sudah menunjukkan jam 11 malam. Anis tidur sekatil dengan Sha. Walaupun ada bilik tetamu tapi Sha paksa juga Anis untuk tidur sekali dengan dia. Alasannya esok dia dah nak balik sana.

“Esok Sha nak bertolak pukul berapa?” Anis mengambil telefon di tepi katil. Sha yang baru sahaja keluar dari tandas terus berbaring di atas katil.

“Dalam pukul 11 pagi kot. Entahlah, Sha pun belum pasti lagi. Sebab sebelum ni Indah kata nak keluar selepas lunch tapi tadi dia ada chat. Katanya kena keluar awal pula sebab jenazah nak simpan selepas asar. Nanti takut tak sempat pula sampai.” jelas Sha. Selimutnya diperbetulkan. Begitu juga dengan bantal tidurnya.

“Oh, kalau macam tu Sha kena keluar awal. Takut sesak nanti.”

Sha hanya mengangguk.

Bila tengok kesepian Sha, Anis fikir mungkin adiknya itu dah tidur. Tapi hakikatnya belum lagi. Tengah main fon. Patutlah senyap.

“Sha buat apa lagi? Tak nak tidur lagi ka?”

“Ha? Ahh..kejap. Tengah layan fan Sha yang gila ni,” jelas Sha.

Benci betul aku! Setiap malam mamat syok sendiri tu akan hantar mesej dekat dia.

‘Dah makan ka belum? Dah tidur ka belum? Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur. Baca bismillah sebelum tidur. Tidur mimpi saya tau.’

Ya Allah! Meluatnya! Macam manalah aku nak tangani mamat macam ni. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh dapat nombor aku. Punyalah aku sorok sampai sepakat dengan kawan-kawan. Jangan kasi nombor aku dengan dia. But still dia boleh dapat. Setahu aku yang tahu nombor aku ni kawan sekelas, kawan rapat and family ja. Orang lain tak pernah tahu pun. Haih..pelik sungguhlah.

“Ha? Apa dia? Tengah layan fan? Sha serius ka?” Anis terbangun dari baringnya.

“Ya, akak. Sha serius ni.” Sha tunjuk chat mamat syok sendiri tu dekat Anis. Anis mengambilnya. Kemudian...terhambur terus tawanya.

“Sha...di..dia ni..,” Anis dah tak boleh terus bercakap. Dia ketawa dengan kuat.
Sha hanya memandangnya tajam.

“Akak!”

“Sori..sori..” Anis mengelap sedikit air mata yang keluar. Aduh! Adik aku ni masih lagi popular macam dulu rupanya.

Anis mengambil masa lama la juga nak berhenti gelak tu. Sha kat sebelah dah mula sakit hati.

“Dia still tak give up ka Sha?” soal Anis. Phone Sha ditelitinya lagi. Anis scroll up chat yang sebelum ni. What? Bluetick ja? Hebatlah adik aku ni.

“Akak rasa mamat tu tahu ka maksud give up?” jawab Sha panas hati.

“Wah...gila la Sha. Akak tabik spring dekat Sha,” Tangannya diangkat dan diletakkan di tepi kening ssbelah kanannya. Seolah-olah seperti prebet yang tabik ke arah sarjan di dalam kem tentera.

“Sha kasi bluetick pun dia still balas mesej Sha. Kenapa Sha tak block ja dia?” cadang Anis.

“Sha dah banyak kali block number dia. Tapi tu la setiap kali Sha block ja dia pasti akan tukar number baru and chat Sha lagi. Sampai satu tahap tu Sha dah malas nak block dia. So, Sha tinggal bluetick ja la.” jawab Sha geram.

Pecah lagi tawa Anis. Dia memegang perutnya yang sakit akibat terlalu banyak sangat ketawa.

“Then..kenapa Sha tak tukar number ja?”

“Memang terfikir nak buat macam tu pun. Pernah sekali Sha tukar number sebab dia asyik spam number Sha. Tapi entah macam mana la dia boleh dapat balik number baru Sha. Setahu Sha number baru Sha tu Sha just kasi kat kawan-kawan and family ja. Tapi kak...dia dapat number Sha!
Astarghfirullahallazim. Penat tau Sha. Phone Sha ni pun dah nak hang tau. Mesej masuk setiap jam. Dalam kelas pun berbunyi tau. Budak lain dah pandang semacam tau. So, Sha punya decision sekarang ni Sha nak biar ja. Kang nanti dia syok sendiri pula sebab dia fikir yang Sha tukar number sebab dia. Akak bukan tak tahu mamat tu kan jenis yang syok sendiri.
Sha dah bluetick pun still nak ganggu Sha tau. Geram betullah.” Bantal peluknya dipukul beberapa kali.

“Dia tak putus asa tu sebab dia memang sukakan Sha la tu. Why not Sha accept ja dia? Kesian pula akak tengok dia bekerja keras sampai macam tu sekali.”

“Eeii...minta simpang malaikat 44 la. Sha nak accept dia? Tujuh keturunan dia tunggu pun belum tentu lagi Sha nak accept tau.”

Anis ketawa mendengar jawapan adiknya itu.

“Jangan benci sangat Sha nanti..” belum sempat lagi Anis nak teruskan Sha dah menyampuk.

“Jatuh cinta ka? Sha dengan dia? Ya Allah, kak! Sha ni setiap kali solat Sha selalu berdoa dekat Allah jangan jodohkan Sha dengan mamat tu. Kalau boleh tolong jauhkan. Actually banyak lagi doa Sha boleh minta. Jadi kerja pula Sha berdoa semata-mata sebab dia.” Sha dah buat muka meluat dia.

“Tak da lah. Dia tu kan kaya, hensem pun ya. Tambah-tambah lagi dia tu anak Dato’. Bukan senang nak cari anak Dato’ yang suka dengan kita Sha. Zaman sekarang ni kalau nak cari lelaki kena tengok juga latar belakang dia. Alah, Sha bukan tak kenal family dia. Umi dengan walid kan kenal dengan family dia juga.”

“Sebab umi dengan walid kenal family dia la Sha tambah benci tu. Lagi satu kak, lelaki yang kaya, hensem, anak Dato’ macam dia tu kalau tak ada hati memang bukan manusia la. Perangai dengan rupa paras tu punya jauh gila beza. Macam langit dengan bumi. Kalau muka tu hensem perangai tu tolong bagi hensem sikit. Ni tidak. Menyakitkan hati orang ja pandai.” Anis ketawa lagi.

“ But at least Sha mengaku yang dia tu hensem.”

Sha tersentak. Dia senyap sekejap. Anis sudah mula senyum. Sha cuba nak cari alasan.

“Tak ada lah. Boleh la. Boleh la. Muka macam dia tu masih lagi dalam list anak dara dekat luar sana cuma perangai tu. Lagipun kak, dia kan dah bertunang. Sha rasa macam tak manis ja la. Dah bertunang tapi masih lagi nak menggatal dengan perempuan lain.”

“Kalau macam tu Sha kena jelaskan dekat dia betul-betullah soal perkara tu. Sebab nanti yang susahnya Sha. Kang Maria salah faham pula.”

“Tu la. Sha dah banyak kali cuba. Cuma si Zul tu la. Tak dengar orang cakap. Entah la, biarlah. Tak kuasa nak fikir pasal dia.” Sha menarik selimutnya.

Anis melihat adiknya tu sudah hilang minat nak bercakap pasal Zul. Jadi, mahu tak mahu Anis terpaksa diam. Bila Sha dak kata tak nak, jangan sesekali melawan. Kalau tak memang jawabnya tiga hari berperang mulut la. Tak bercakap langsung. Haha! Adik aku ni memang degil
Tapi aku nak ke rumah Datin esok. Sha tak nak pesan apa-apa ka?

“Sha..” panggil Anis.

Senyap.

“Sha...” panggilnya lagi.
Sha bergerak sikit.

“Emm...apa dia kak?” suara serak-serak basah Sha kedengaran.

“Esok akak nak ke rumah Datin Faridah. Sha ada tak nak pesan apa-apa?”

“Pesan apa kak? Sha kenal pun tak Datin Faridah tu. Kenapa?”

“Owh, tak ada apa la. Sha sambung la tidur. Perjalanan esok kan jauh.” Selimut Sha diperkemaskan. Seketika kemudian, kedengaran dengkuran halus. Sha sudah pun masuk ke alam tidur.

Anis senyum. Akak lupa yang Sha masih lagi belum tahu tentang dia. Kalau Sha tahu apa agaknya Sha akan buat ya?
Dia? Siapakah ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Anis? Moga kebenaran tentang si ‘Dia’ segera terungkai.

SEAWAL jam 11 pagi lagi Sha dah bertolak. Indah datang mengambil tepat pada waktunya. Setelah bersalaman dengan kedua-dua orang tuanya dan Kak Anis, Sha meminta izin untuk pergi dahulu.

Selepas Anis pulang dari bank, Maznah dan Nordin segera bersiap untuk ke rumah Datin Faridah. Jam sudah menunjukkan jam 12.30 tengah hari.

Sesampainya mereka di sana, bukan main rancak lagi mereka berbual. Faridah dan Maznah saling berpelukan. Mereka berdua sudah lama tidak berjumpa. Maznah dan Faridah masing-masing merupakan rakan baik sejak sekolah menengah lagi.

Setelah berkahwin Maznah berpindah ke Kedah kerana Nordin ialah anak jati Kedah dan juga bekerja di sana. Ada suatu ketika mereka terjumpa di sebuah majlis. Ketika itu, Sha berumur tujuh tahun.
Selepas itu, masing-masing telah putus hubungan. Apabila Sha berumur 15 tahun, Nordin dapat posting ke Shah Alam. Maka, mereka sekeluarga berpindah ke sini. Bila dah berpindah ke Shah Alam, Maznah terjumpa semula dengan Faridah. Sejak itu mereka sentiasa berhubung.

Namun, setiap kali Maznah berjumpa dengan Faridah tak pernah dia bawa Sha. Bukannya dia tak nak. Tapi Sha yang tak nak ikut sebab katanya ada banyak hal nak kena buat. So, now bila Sha ada cuti ja. Maznah plan nak bawa Sha sekali tapi Sha pula kena balik awal. Memang tak ada jodoh la anak aku dengan Faridah ni!

“Masuklah.” Faridah mempelawa mereka masuk. Dia perasan dengan kehadiran seorang wanita di belakang Maznah. Macam pernah nampak ja wanita ni. Dia flashback semula.

“Dah, you ingat tak siapa perempuan ni?” soal Maznah.

Mereka duduk di sofa. Kemudian, kelihatan maid datang menatang dulang yang berisi beberapa gelas air minuman. Air tersebut dituang dan dibahagi kepada semua tetamu. Anis hanya senyum.

“Macam pernah nampak la,” ujar Faridah teragak-agak.

“Ini Anis. Anak perempuan Azimah. Maid you dulu,” jawab Maznah menjawab segala persoalan Faridah.

Maznah berasa bahawa ini takdir tuhan. Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh terjumpa semula dengan Faridah setelah bertahun berpisah. Bila dia dapat tahu yang kakak angkatnya tu merupakan pembantu rumah di rumah Faridah.

Bukan main gembira lagi dia. Sejak itu Maznah selalu berhubung dengan Faridah.

Faridah bagaikan teringat sesuatu. Dia melihat semula Anis.

“Ya Allah, Anis lama betul aunty tak jumpa kamu.” mereka berdua berpelukan. Faridah baru teringat.

“Betul tu aunty. Aunty sihat?” soal Anis. Sudah lama dia tak jumpa dengan majikan maknya itu.

“Alhamdulillah, sihat. Mak Anis sihat?” tanya Faridah. Tangan Anis digenggam.

“Alhamdulillah sihat, aunty.” pendek Anis menjawab. Tapi sudah cukup menggembirakan hati Faridah.

“Berapa tahun ya kita tak jumpa sejak Mak Anis berhenti kerja?” Faridah cuba berfikir sejenak. Dia membuat anggaran.

“Emm..rasanya dah lima tahun. Sebab masa mak berhenti dulu masa tu Anis nak sambung study.” pantas Anis menjawab.

“Owh...betullah. Masa Azimah minta nak berhenti tu. Tekejut betul saya. Saya ingatka saya ada buat salah. Tapi rupa-rupanya sebab nak teman anak dia sambung belajar dekat luar negara. So, Anis macam mana sekarang ni? Dah kerja ka?” banyak pula ditanya.

Azimah hanya senyum melihat Faridah rancak berbual dengan Anis.

“Belum lagi, aunty. Anis tengah sambung master.”

“Master? Alhamdulillah. Baguslah macam tu. Azimah mesti bangga sangat tu.” puji Faridah. Dia tahu yang anak Azimah memang pandai sejak sekolah menengah lagi.

Anis hanya senyum sahaja.

“Maz, kata nak bawa Sha. Mana Sha nya?” kini soalannya beralih pula kepada kawan lamanya.

“Ya Allah, Dah. Budak tu kena balik universiti dia awal pula hari ni.” jawab Maznah.

“La ya ka? Tak pa lah. Nanti-nanti boleh jumpa dia lagi.” kata Faridah.

Memang dia teringin sangat nak jumpa dengan Sha. Sebab baginya Sha tu macam anak perempuannya sendiri. Tapi, tak apa lah. Nanti-nanti boleh jumpa lagi.

Ketika itu, mata Anis sudah meliar ke seluruh rumah. Mana dia?

Tanpa segan silu, Anis menanya. “Aunty, Khairul mana?”

“Khairul? Ouh...dia keluar. Katanya nak pergi jumpa kawan.”

“Ouh..ya ka? Tak apa la.” Anis merendahkan suaranya. Dia tak ada pula.

“Anis nak jumpa dengan dia ka?”

“Eh, tak apa lah aunty. Saja ja tanya.”senyum Anis.

Ok! Now, aku better senyap. Part aku dah habis. Desis hati Anis. Dia hanya mendengar sahaja perbualan kedua-dua ibu itu.

Nordin pula awal-awal lagi sudah keluar bersembang di tepi kolam dengan Hakim.

“Anak-anak you macam mana?” tanya Maznah.

“Alhamdulillah, semua okey ja. Adam ada dekat UK. Yang lain ada ja dekat-dekat sini. Cuma Iskandar dengan Alif ja la yang duduk kat overseas.” jelas Faridah.

“Adam dah okey ka belum?” gelas minuman diraih. Dia menghirup sedikit air the.

“Hmm...macam tu la, Maz. Sekarang ni dah okey sikit dari sebelum ni.”

“Baguslah. anak you yang bongsu still sekolah kan?”

“Haah, Farhan masih sekolah. Tahun depan nak ambil SPM. Tapi tu la still duk main lagi. Bila orang tegur, katanya SPM lambat lagi. Haih, penat saya ni.” keluh Faridah.

Di antara anak-anaknya, Farhan la yang paling manja. Maklumlah anak bongsu. Paling manja satu hal. Dua hal bila dia suka sangat bermain. Tak macam abang-abang dia yang lain. Konsisten ja. Tapi main-main pun result peperiksaan still gempak.

“Biasalah. Budak sekolah. Nanti lepas dah habis sekolah. Dia tak akan main dah.” kata Maznah sekadar penyejuk hati.

Dia tak dikurniakan anak lelaki tetapi dia masih faham bagaimana nak besarkan seorang anak.

“Farhan ambil aliran apa? Sains juga macam abang-abang dia ka?”

“Ya. Aliran sains. Anak I semua ambil sains. Tak nak ambil akaun. Katanya akaun untuk budak perempuan ja. Demand lebih diaorang tu,” perli Faridah.

Mereka berdua ketawa. Anis pun gelak juga. Aku perempuan tapi aku ambil sains tak apa pun. Peraturan apa la!

“Farhan ni tak macam abang-abang dia. Kalau abang-abang dia semua subjek boleh score. Tapi dia ni ada one subjek yang dia tak lepas. Add Math. Kalau Biology, Physics and Chemistry dia pandai pula.

Bila datang Add Math ni mula la dapat B. Kita ni pulun hantar pergi tuisyen. Bila result keluar dapat B+ ja. Tu la main banyak sangat. Dia bukannya apa cuma tak minat ja.”

“Add Math ka? Ouh, kalau Sha tu minat sangat dengan Add Math.” kata Maznah. Sha memang suka Add Math. Sebab tu dia masuk akaun. Ada kira-kira. Kalau sains kena banyak hafal katanya. Cepat mengantuk. Monolog Maznah dalam hati.

“Ya ka? Eh, apa kata saya suruh Sha ja yang datang ajar Farhan. Kot-kot la dia boleh lepas pula kali ni.” cadang Faridah. Kalau Sha dah pandai Add Math, mungkin Farhan boleh dapat A. Sha pula muda.

“Boleh ja nak suruh dia. Tapi dia masih lagi belajar sekarang ni. Bulan depan nak exam. Cuti sem nanti boleh la kot nak datang sini mengajar. Sebab waktu tu dia dah pun habis belajar,” jawab Maznah.

“Baguslah. Nanti Maz tanya dia boleh tak datang ajar Farhan. Jadi tutor kejap. Tak apa. Gaji saya bayar. Jangan risau.” kata Faridah.

“InsyaAllah, nanti saya suruh dia. Tak payah la nak bayar gaji. Kira halal ja.”

“Eh, tak boleh la. Saya nak bayar juga. Nanti merajuk budak tu,”

“Ikut suka awak la. Nanti bila Sha dah habis mengajar anak awak boleh la dia bantu awak buat kerja rumah pula,” soal Maznah.

“Kerja rumah? Eh, tak perlu la. Saya ada pembantu rumah. Nanti Sha tak selesa pula buat kerja dekat rumah ni..”

“Tak adalah. Sha tu dah lama duduk di Kedah. Dia balik sini kadang-kadang ja. Nanti dia dah cuti semester. Biar dia bekerja sekejap. Bagi semua sengal badan dia masa belajar tu hilang bila bantu awak. Tak lama mana pun. Sementara ja. Saya nak dia belajar cara hidup berdikari dekat rumah orang luar pula. Asyik duduk terperap ja dekat rumah. Maklumlah dia anak tunggal. Saya nak ajar dia bersosial sikit. Lagipun, kawan-kawan dia dah pergi bercuti dengan family masing-masing.”

“Yalah. Kalau awak sendiri dah kata macam tu. Saya tak ada masalah. Lagipun, saya pun teringin juga nak berbual lama dengan Sha. Anak perempuan sendiri tak ada. Anyway, Sha ambil jurusan apa ya?”

“Awak boleh layan dia macam anak perempuan sendiri. Kitakan dah lama berkawan. Sha ambil jurusan pengurusan pentadbiran. Sekarang ada dekat UUM, Sintok Kedah. Dah nak habis dah. Lepas ni saya suruh dia minta buat praktikal dekat Shah Alam ja. Tak payah nak ke Kedah dah. Jauh.” terang Maznah.

“Ya ka? Praktikal? Kalau dia ambil jurusan tu why not kalau dia buat praktikal dekat syarikat Hakim ja.”

“Eh, boleh ka?” tanya Maznah. Bila kawan lama dah bercakap alamatnya tunggulah kau sampai diaorang puas bercakap.

Anis dari tadi hanya menjadi pendengar setia saja. Dari tadi asyik cakap soal anak- anak Datin ja. Yang anak kedua tu kenapa tak mention sekali. Aku nak la juga dengar apa yang dah jadi dengan dia. Dia boleh hidup ka tanpa Sha?
Hmm..Sha nak jadi tutor? Maid? Dalam rumah ni? Seriuslah! Macam menarik ja. Kalau namanya jodoh tu memang tak ke mana la. Habislah, kau Sha! Anis senyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience