BAB 4

Romance Completed 1673

Cuti semester kali ini berlalu dengan banyak masa dihabiskan dirumah menolong kak Lina menyiapkan tempahan baju kurung. Sejak pertemuan itu, dia sudah jarang melihat kelibat Karl datang berkunjung ke rumahnya. Perkhabaran dari kak Lina mengenai Karl dihalau oleh pak ngah kerana mencuri duit sedikit sebanyak mengganggu ketenangannya.

Ada juga Haiza datang melawat mak ngah untuk mengetahui keadaan sebenar. Hanya deraian air mata kepiluan seorang ibu yang singgah dihatinya.

Mengenangkan betapa degil dan kerasnya tuduhan seorang ayah terhadap anaknya yang telah mengecewakannya. Kini Karl tinggal di bengkel motor tempatnya bekerja.

Haiza bengang. Telefon langsung tidak diangkatnya. Berkali-kali dia menghantar SMS, tetapi Karl tidak membalas. Takkan dia masih berkecil hati dengan perkara itu? Haiza percaya Karl tidak mencuri.

Penafiannya sendiri membuatkan Haiza bertambah yakin. Puas Haiza memujuk Karl meminta maaf kepada pak ngah biarpun dia tidak bersalah. Dia perlu pulang ke rumah demi ibunya.

Tapi dia memang degil dan keras kepala. Tidak mahu membetulkan keadaan. Cerita buruk yang di dengari dari mulut rakan sekampungnya mengenai Karl bertambah merunsingkannya.

Karl bergaul dengan kumpulan mat rempit dan terlibat dengan dadah dan pil khayal.

“Err..kau buat apa disini?”Tanya Karl terkejut. Cepat-cepat dia membuang puntung rokok yang masih berasap ke longkang. Dia meletakkan spana ditepi kereta yang dibaikinya.

“Berapa banyak duit kau bazirkan beli rokok tu?”Tanya Haiza sinis. Betul kata kak Lina, dia masih merokok.

“Kadang-kadang je aku hisap. kau ingat senang ke nak berhenti?”

“Dulukan kau dah janji nak berhenti. Bila kau nak balik rumah?”

“Jangan risaulah.. nanti aku baliklah. Baik kau balik cepat. Bosan si Ayu tunggu lama-lama di motor tu. Tak elok kalau orang nampak kita berjumpa disini” dalih Karl

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience