BAB 2

Romance Completed 1673

“tak nak ikutlah tu. kau kan budak baik. sekejap je makcik ye.!”

Karl meninggalkan Haiza bersendirian dihadapan rumahnya. Keluhan berat dilepaskan. Karl sememangnya sengaja membuatnya risau.

KARL ADRYAN … nama yang selalu menghidupkan diari hidupnya sejak kecil lagi.Sepupunya dan pencabar utama memburu kejayaan sejak sekolah rendah. Sememangnya dia seorang yang sederhana dan selamba.

Tanpa berusaha keras dan mengadap buku setiap hari, dia masih mampu membolot semua ‘A’ dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Ironi dengannya yang terpaksa mematuhi jadual belajar dan mengadap buku pelajaran lebih dari lapan jam sehari.

Keluarga pak ngah memang ada gen pintar agaknya kerana semua abang dan kakaknya adalah lepasan universiti.

Haiza masih ingat betapa bersemangat mereka berdua berikrar untuk bersama-sama ke menara gading di atas pangkin ini. Malangnya, awal-awal lagi mereka terpisah dari menyambung pelajaran ke MRSM bersama-sama.

Karl terpaksa menolak tawaran untuk menjaga mak ngah yang sakit tenat. Itu bukan penghalang untuk mereka berjaya. Mereka selalu berbincang dan saling bertukar soalan dan nota pelajaran.

Sayangnya, dugaan tetap datang menjengah. Kegagalannya dalam SPM mengubah corak hidupnya. Mungkin kekecewaan Pak ngah menambah tekanan buatnya. Karl dihantui bayangan kecemerlangan kakak dan abangnya yang menaruh harapan tinggi supaya dia berjaya seperti mereka.

Dia mula hilang semangat juang dan membiarkan cita-citanya pudar ditelan masa.

Haiza perasan wajah yang kelihatan riang itu berbalut duka. Mukanya kelihatan cengkung dan pucat. Terlalu kuat bekerja agaknya. Selain dari bekerja di bengkel motor, dia selalu menolong pak ngah di ladang sawit dan menjaga lembu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience