BAB 5

Romance Completed 1673

“Bagitahu aku. Apalagi perkara yang kau rahsiakan dari aku?”soal Haiza drastik. Karl masih boleh lagi buat muka selamba. Bukan dia tidak tahu aku tidak suka ditipu.

“Rahsia apa?”Tanya Karl pura-pura tidak tahu. Dia tahu dia tidak mampu berbohong lagi di depan gadis manis yang bertudung ini. Seorang yang amat memahaminya sejak kecil. Kini banyak perkara yang terpaksa disembunyikan darinya.

“Betul ke kau selalu berlumba haram?”

Pengakuan Karl membuatkan Haiza makin sakit hati. Mengapa dia terlalu berterus terang? Adakah dia sengaja mempermainkan aku? Berjanji tidak akan terlibat dengan perkara sia-sia itu, lepas tu lakukan semula.

Apabila aku bertanya, dia mengaku dan berjanji semula. Kebaikannya di depan mata penuh kepura-puraan. Kau membuatkan kepercayaanku makin hilang, Karl !

Malam itu, khabar buruk mengenai Karl seakan benar belaka. Haiza mengikuti ustaz Muslin dan ayah ke balai polis untuk menjamin Karl yang diberkas polis ketika berlumba haram.

Dia tidak sanggup memberitahu ibubapanya kerana Karl tahu Pak ngah akan semakin membencinya. Hatinya merintih kesal.

Betapa malunya rasa melihat beberapa pemuda dan gadis dari kampungnya sendiri rosak dengan perbuatan sia-sia. Hatinya bertambah pilu mengenangkan Karl terlibat sama.

“Haiza, aku minta maaf..” kata Karl kesal sebaik sahaja keluar dari balai polis.

“Tak guna kau minta maaf Kalau kau sendiri tak mahu berubah”Haiza cuba menahan perasaan. Betapa hancur hatinya mendengar ucapan maaf Karl yang tidak bermakna.

“Kau tak faham. Aku..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience