BAB 8

Romance Completed 1673

“Mulut tu jaga sikit ye. Belum masanya lagi. Aku nak capai cita-cita dulu. Baru cinta”

“kau tak malu ke ada sepupu macam aku ni? Seorang penagih dadah,sampah masyarakat.Memalukan keluarga ” soalnya perlahan. Namun dia masih membelek-belek gitar kesayangannya.

“Jangan cakap macam tulah. Buruk baik macam manapun, kau tetap sepupu aku. Aku bangga sebab kau nak berubah. Jangan peduli apa orang lain kata..” jelas Haiza drastik. Dia tidak mahu Karl meragui keikhlasannya.

“terima kasih Haiza.”

Perubahan Karl membuatkan Haiza berasa lega. Katanya dia berazam untuk membantu memulihkan remaja yang tersasar sepertinya setelah keluar dari rumah pengasih. Haiza tetap akan menyokongnya. Biarpun kini dia agak tersisih dari keluarga pak ngah. Doa Haiza agar dibukakan hati mereka untuk menerima Karl kerana dia tahu sokongan keluarga adalah obor Karl untuk memulakan hidup baru.

“Haiza..terima kasih sebab setia sebagai sahabatku. Terima kasih sebab percaya aku. Insyaallah..aku takkan khianati kepercayaan itu dan tidak akan buat mak,ayah dan kau risau lagi.”

Ipod itu perlahan-lahan mengakhiri alunan lagu ‘Untukmu Haiza ’. pita rakaman itu dipeluknya erat.

Ya Allah, masihkah aku diberi peluang mendengar gelak tawanya lagi?Adakah dia berpeluang memperbaiki kehidupannya yang tersasar dari sirat mustaqimMu? Berilah keampunan dan peluang kepada hambaMu yang dhaif itu..

Air mata ini tidak mampu lagi mengalir. Hanya pilu yang kian hadir dilubuk jiwa. Wajah itu kelihatan pucat disebalik cermin kaca ini. Bagaikan mayat hidup yang bergantung kepada nadi wayar untuk bertahan. Dikelilingi oleh keluarga yang tersayang penuh pengharapan.

Rupanya perubahannya merupakan suatu tanda. Membakar semangatnya melawan derita AIDS. Sekurang-kurangnya, Haiza mampu tersenyum pilu mengenangkan hasrat Karl mendapat perhatian keluarganya semula tercapai. Tapi bukan dalam keadaan begini!!!

“Karl..semoga kau bahagia disana..Innalilah…..” bisik Haiza kepasrahan. Terasa kakinya lemah untuk berdiri apabila melihat selimut putih itu mula menutupi wajah tenang Karl. Seolah–olah mengirim kata-kata perpisahan buat sepupu dan sahabat tersayang, Scha Haneem Binti Syawal !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience