BAB 6

Romance Completed 1673

“Sudahlah! memang aku tak faham dengan perubahan kau ni. Kau dah berubah, Karl ! Aku dah tak kenal kau..”pintas Haiza sebelum sempat Karl menjelaskan keadaan sebenar.

“Lantak kaulah, jangan sibuk pasal aku lagi!”marah Karl geram.

Kini apa yang dirasakan dia semakin kehilangan sepupunya itu. Karl sudah kehilangan identitinya sendiri.

Dia hanyut dalam dunia hitam yang makin menariknya masuk ke lembah kegelapan. Dia sudah tidak pulang menjenguk Mak ngah. Haiza juga tidak pernah nampak kelibat Karl dimana-mana. samada kedai kopi atau bengkel.

Penemuan Karl benar-benar memeranjatkan Haiza. Dia ditangkap polis bersama beberapa orang penagih dadah di pondok dusun durian hujung kampung.

Hatinya berbalut duka melihat mak ngah Karl jatuh sakit mendengar berita buruk itu. Pak ngah hanya memendam kemarahan dan malu apabila mukanya di calit arang oleh anaknya sendiri.

Hatinya keras tidak mahu menjamin Karl keluar dari lokap dan membiarkan Karl menanggung kesalahan sendiri. Doa Haiza agar tindakan mereka menghantar Karl ke pusat pemulihan dadah adalah keputusan terbaik buat Karl.

Hatinya mula berdebar-debar. Perasaan risau mula menyelubungi dirinya. Haiza berharap agar Karl mahu bertemu dengannya kali ini. Sepanjang dia berada di rumah Pengasih ini, dia enggan menemui Haiza.

“ehm…Assalamualaikum”

Haiza tersentak mendengar teguran seseorang dibelakangnya.

“Waalaikummussalam.Karl....!” Diamati wajah kembali berseri itu lama-lama. Kopiah putih di atas kepalanya menambahkan lagi nur di wajahnya. Dia betul-betul nampak lain! ahh..air mata ini mengalir lagi.

“Hoi, kenapa menangis macam budak kecil ni? aku tak mati lagilah” Tegur Karl sinis sambil duduk bertentangan dengan Haiza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience