BAB 7

Romance Completed 1673

“Kau peduli apa? Baru sekarang nak jumpa aku ye! jahat kau,Karl !”Haiza memalingkan mukanya dari Karl sambil mengesat air mata dengan tisu. Memang perangai tak berubah. Suka mengejek apabila aku menangis.

“Dahlah..malu orang tengok”

Haiza …janganlah kau bazirkan air matamu demi orang macam aku ni. Manusia yang menggelapkan masa depan sendiri. Orang yang tak pernah bersyukur kerana kehadiran orang yang menyayangi di sekeliling. Rintih hati kecilnya. Namun dia mampu gah di depan gadis itu. Karl mengambil gitar kesayangan di atas meja.

“Thanks sebab bawakan gitar cabuk ni. Bolehlah aku berkarya disini” Katanya sambil memetik gitar.

“Amboi, gayanya macam nak tinggal lama disini je. Aku harap kau boleh keluar awal. Bolehlah kau jenguk aku kat hospital. Sekarang aku kerja di HUKM” jelas Haiza sambil menguntum senyuman.

“Wah, baguslah, doktor Haneem. Bolehlah bagi aku rawatan percuma ye”

“no problem. Asalkan kau keluar cepat dari pusat ni”

“Ni sebab tak sabar nak bagi aku makan nasi minyak kau kan” duga Karl

“Apa kau cakap ni?”

“Tahniah sebab aku dengar ustaz Muslin dah masuk meminang. Dia memang sesuai dengan kau” Ucap Karl perlahan. Terasa getar pada suaranya.

“Apa yang kau merepek ni? ustaz tu meminang kak Shazlina lah, bukan Haneem ! dari mana kau dapat berita palsu ni? hehe”Soal Haiza tergelak kecil. Macammana dia boleh salah faham ni.

“eh, ye ke? mati-mati aku ingat kau orangnya.hehe.. kau bila pulak? Garang sangat sampai tak de siapa yang berani dekat?”soal Karl selamba. Terasa kelegaan di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience